Friday, March 11, 2011 | By: Luna Biru

Biarlah masa yang menentukan

Pendendam? Keras hati?

Itulah antara lontaran kata-kata abah pada aku semalam waktu aku berkeras untuk tidak memaafkan kejadian buruk yang menimpaku baru-baru ini. Kata-kata yang sama juga dihadiahkan oleh seorang sahabat lama yang entah tiba-tiba saja mahu jadi perunding kaunseling jiwa pada aku. Dua perkataan itu begitu menyentuh jiwaku sampai bengkak-bengkak mata aku menangis. Akhirnya aku mengakui, mereka benar. Ya, aku memang pendendam dan keras hati. 

Mesyuarat Penataran Standard Prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR PSV TAHUN 1

"20% kejayaan akademik di sekolah membantu kejayaan pelajar dalam kehidupan sebenar. 80% selebihnya adalah bergantung kepada kejayaan pelajar dalam menguasai adab, kemahiran bergaul dan komunikasi serta cara bagaimana dia menghadapi sesuatu masalah. Yang mana, kesemua ini kurang dititikberatkan dalam pendidikan di sekolah, kerana desakan sistem yang berlandaskan peperiksaan akademik semata-mata (exam based). Oleh itu, KSSR dibentuk untuk menjadikan individu pelajar tersebut berkembang mengikut kemampuannya, sekaligus mengembangkan potensi JERIS. Sistem exam based hanya mengembangkan potensi 'I' semata-mata hingga pelajar hilang wibawa berkembang dari sudut jasmmani, emosi, rohani dan sosial (JERS). Bagi menyeimbangkan keperluan ini, Pentaksiran Standard Berasaskan Sekolah telah digubal semula agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua pihak demi generasi yang bakal memimpin dunia kita akan datang,"

Thursday, March 10, 2011 | By: Luna Biru

Hikayat Merong Mahawangsa...The watching day...

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada pengarah muda Yusry Abdul Halim dan krunya yang berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang begitu mengujakan. Kehadiran idea baru dan segar seperti ini amat diperlukan di negara kita demi membawa industri filem kita ke persada dunia. Kisah kepahlawanan Merong Mahawangsa yang sudah pupus dalam ingatan, akhirnya dikembalikan semula dalam bentuk yang epik yang segar. Bangga juga bila akhirnya Malaysia mampu melahirkan filem epik sehebat ini. Satu percubaan yang begitu berani dan berkesan.

Sunday, March 6, 2011 | By: Luna Biru

Anak, permata hati...

Bila bercakap pasal anak, kalau di kalangan member2 ni, sure lah aku yang menang. Tak kira lah sama ada rakan seperguruan, rakan persekolahan, rakan seFB atau apapun, tetap juga aku yang paling ramai. Ramai juga yang tak percaya dalam usiaku ini, aku sudah pun melahirkan 6 zuriat. Sebenarnya, aku sendiri pun tak percaya. Rasanya macam baru kelmarin kami bernikah, tau-tau, hari ni sudah ada 6 orang anak. Lagi tak percaya yang anakku tu 5 daripadanya semua lelaki. La...gi tak percaya yang akhirnya aku nekad buat BTL 3 tahun lepas, yang akhirnya melepaskan aku dari seksa mengidam dan perih melahirkan.Yang paling penting, aku tidak akan lagi terkedek-kedek dengan baju maternity dan perut buncit yang ku hoyong ke sana-sini. Yes!!!

Kasih Umi...

Peluklah aku Umi,
Kerana barangkali tak akan ada hari begini lagi,
setelah kuhitamkan wajahmu
dengan tompokan arang hitam
yang legam-melegam.


Atau hancurkan sajalah aku
dengan tanganmu, Umi.
Setelah kutoreh halus-halus
jantung cintamu dengan busa dosaku.
Biar dapat ku kongsi
derita sakitmu,
Bersama harapanmu yang melebur.


Tapi mohon jangan,
kau rampas cintamu,Umi,
yang telah melilit-lilit dalam jiwaku,
Yang mengalir-alir dalam darahku.
Kerana tak mungkin bisa
kupisahkan daging-daging ini
Yang telah kau beri
untuk menghidupi aku...
seorang anak derhaka.

25/11/1998
http://rineyramley.blogspot.com/2011/03/umi.html
Saturday, March 5, 2011 | By: Luna Biru

Umi...

Aku cuba lakarkan satu perenggan paling indah untuk ku bahaskan tentang Umi. Tapi, akhirnya aku stuck di dada komputer riba ini dengan menungan yang panjang. Tiada bahasa yang terbaik untuk mengungkapkan perasaanku padanya. Dia terlalu indah. Terlalu istimewa. Dan aku percaya, sesiapa pun di dunia ini akan merasakannya. Kerana seorang ibu terlalu istimewa nilainya dalam hidup kita.

Umi selalu cakap, entah berapa lama lagi dia akan hidup dengan membawa tumor di otaknya. Temujanjinya di hospital saja sudah semakin kerap. Kalau dulu 3 bulan sekali, sebulan sekali, sekarang sudah mencecah ke seminggu sekali. Bila sakitnya menyerang, aku sudah tidak tahu harus melakukan apa untuk menenangkannya. Aku harap aku masih boleh berbuat sesuatu untuknya.

MBSB is annoying!

Teruja dengan offer pinjaman i-waslah 80%, aku akhirnya memilih syarikat ini menguruskan pinjaman peribadiku . Borang dah submit pada 25/01/2011 lagi. Katanya, kena tunggu sebulan proses. Itu kita faham dan boleh diterima. Ternyata benar, pada 25/02/2011, aku diberitahu oleh agent tersebut bahawa pinjamanku sebanyak RM200,000 telah luluskan. Alhamdulillah...

Tapi ternyata kesnya bukan berhenti di situ sahaja. Aku ingatkan, penantian itu akan berakhir di situ. Rupanya aku terpaksa tunggu 20 hari bekerja lagi untuk sesi interview ataupun dalam istilah dorang, AKAD. Lepas tu, aku kena tunggu 20 hari lagi untuk kes overlapping sampai cek ku clear baru boleh dapat cash. Ini bermakna kesemua proses mengambil masa 3 bulan untuk mendapatkan cash!