Saturday, March 5, 2011 | By: Luna Biru

PIERS OFFICIAL LAUNCH 2011

DATE  : 3rd MARCH 2011 (THURSDAY)
PLACE : BERINGGIS RESORT PAPAR
TIME : 1.45-2.50pm
VIPS : Mr. Dominic Morley, SE Asia Business Development Director CfBT Education Malaysia,
Ms. Elizabeth Wee, Head, Group Communication (Malaysia) and Corporate Sustainability HSBC Bank Malaysia Berhad,
Dato' Paul Ng, Chief Executive-Property Division Hap seng Consolidated Berhad,
En.Mohd Fadzli B. Abdul Rozan, Principle Assistant Director (English Unit), Academic Management Sector, sabah State Education Office.

Reunion SJS 94 & Majlis Perpisahan

Hari ni, dua majlis berjalan sekaligus meskipun dalam waktu yang berbeza. Pertama, majlis jamuan perpisahan abang dari Sk. St.Mary,Papar yang diadakan di Courtyard,1 Borneo, lunch hour. Lepas tu, malam pulak majlis Reunion SJS 94 batch bertempat di Borneo Paradise.
Tuesday, March 1, 2011 | By: Luna Biru

RPH PSV KSSR Tahun 1 (1)

Contoh lesson Plan PSV (selaras dengan KSSR) 

Tahun                                      :  1
Bidang                                     :  Menggambar
Aktiviti                                    :  Capan
Tema                                       :  Alam Semulajadi
Tajuk                                       :  Rama-rama
Masa                                        :  60 minit
Media                                      :  Alatan: Daun keladi, Tapak tangan
                                                   Bahan: Kertas lukisan,kertas cat air
Pendekatan                               :  Konstruktivisme
Kaedah                                    :  Hands On                                        
Bahan bantu mengajar              :  Contoh Lukisan,contoh capan
EMK                                       : Elemen Kreativiti & ; Inovatif, Keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN
Menghasilkan gambar menggunakan media basah dengan teknik capan yang menekankan aspe rupa dan jalinan.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1       Persepsi Estetik                      
            Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual
            yang terdapat pada karya seni.

1.1.1   Unsur seni
                         1.1.1.1                        : Garisan – lurus dan melengkung
                         1.1.1.2                        : Rupa -organik
                         1.1.1.3                        : Jalinan - tampak
            1.1.2   Prinsip Rekaan
                         2.1.2.1                        : Harmoni- bentuk, rupa dan warna
                          
1.2       Aplikasi Seni              
            Murid dapat mengaplikasikan menerusi penggunaan media dan teknik dalam
            aktiviti seni.
               1.2.1 Mengenal  dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1             Media basah (basah atas kering) – warna air, warna poster atau tampera
1.2.1.2             Alat – palet, berus warna
1.2.1.3             Bahan – kertas lukisan, bahan semulajadi (fauna)

1.3       Ekspresi Kreatif                     
            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
            Bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D                            
                 1.3.1           Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
                 1.3.2           Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya
                 1.3.3            Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual


1.4       Apresiasi Seni            
            Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
            berpandukan bahasa seni visual
                 3.4.1           Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
                 3.4.2           Menceritakan karya sendiri secara lisan                     
                 3.4.3           Menghargai karya sendiri dan rakan


Langkah
Standard Pembelajaran
Ilustrasi/ Fasa/SDK

Set Induksi
( 10 minit )




























Langkah 1
( 15 minit )


Persepsi Estetik
Guru memperkenal sebuah lagu Rama-rama terbang
.
Lagu:
Dari ulat jadi kepompong,
Makan minum dalam kelongsong
Tiba-tiba kelongsong pecah,
Jadi rama-rama yang indah.
  
Guru menjelaskan perkaitan rama-rama dengan  capan.
1.Siapa yang pernah melihat rama-rama?
2.Rama-rama hidup di mana?


Guru menerangkan unsur,bentuk,warna dan rupa.
1.Apakah bentuk rama-rama?
2.Apakah warna rama-rama?


Murid-murid melihat dan mengenal pasti
  bahagian-bahagian yang terdapat pada  
  rama-rama.

Guru menunjukkan contoh lukisan.
Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan apan.

Aplikasi Seni

Guru menunjuk cara membuat capan.
Murid menyatakan bahagian-bahagian
Rama-rama yang perlu dicapkan dengan teknik capan.





SDK : FASA PERSEDIAAN
 1.1.6 Mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat
 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.





   
FASA IMAGINASI
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada    memerlukan tindakan susulan atau diketepikan


http://insanwardah.blogspot.com/2010/11/contoh-lesson-plan-psv-selaras-dengan.html

Langkah
Standard Pembelajaran
Ilustrasi/ Fasa/SDK











Langkah 2
( 20 minit )















Penutup
( 10 minit)






Menyediakan kertas warna atau kertas A4

Gunakan daun keladi untuk mendapatkan sayap rama-rama. Bahagian badan rama-rama, gunakan botol air. Apabila siap kedua bahagian tersebut, gunakan penggenggam tangan untuk membuat bahagian kepala. Selesai itu, gunakan jari kelingking untuk membuat tentekal dan kaki menggunakan warna yang berlainan.


Ekspresi Kreatif

Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi bentuk rama-rama.
Murid-murid menghasilkan capan.

Murid meletakan warna ke atas lampiran rama-rama yang di sediakan mengikut kreativiti masing-masing
Guru membimbing murid.

Membuat kemasan pada capan yang dihasilkan.


Apresiasi seni

Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan capan ikan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.
Menyanyikan lagu ‘Rama-rama’.












FASA PERKEMBANGAN
3.1.1 Menokok tambah idea
3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan
3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek    







FASA TINDAKAN   4.2.3  Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan
Elemen Kreativiti





Elemen keusahawanan

Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1

Aku terima surat dari SPA tadi yang isinya menjemput menghadiri Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1. Ia akan berlangsung pada 07.03.2011-10.03.2011 di Imperial Hotel,KK. Dengan adanya mesyuarat ini, harap hilanglah demam guru-guru PSV tentang isu pentaksiran. Hmmm...apa-apapun, hasil mesyuarat akan diupdate minggu depan. Tunggu ya....!

Kalau mau download contoh RPH, boleh terus layari blog ini dalam label : Dunia Seni Visual

Connie Husny

Akhirnya, aku jumpa juga ngan kawan aku sorang ni. Punyalah susah mo jumpa padahal bukan tinggal jauh sangat pun. Pertemuan dengannya menamatkan rasa ingin tahuku pada kesunyiannya di FB yang mendadak itu. Sekaligus mendapat jawapan pada soalan-soalan misteri kami selama ini, live lagi! Yang paling penting, kehadiran Connie memberikan aku satu alasan kukuh untuk menghadiri kursus PIERS yang menyempitkan itu. Nasiblah dia jadi guru BI...Kalau jadi ustazah hari tu, hmmm...nda dapatlah kami jumpa.

Rindu aku ngan kawan aku yang dah berubah bentuk fizikalnya ni. HIhihi...kira-kira mo ambil gambar sama dia hari tu tapi telampau bercerita sampai terlupa pulak. Aku cuba selongkar album-album lama, tapi malas pulak mo scan. Harap-harap Connie kasi upload pix nya boleh juga aku share di sini. So, Connie, if you read this, take note ya! Miss u!

Kursus PIERS yang WAJIB


PIERS : Project to Improve English in Rural Schools...CfBT Education trust
Namanya sebagus objektifnya, itu tidak dinafikan. Pelaksanaannya di kelas pun bagus,termasukalah cikgu Englishnya. Semuanya bagus....kecuali penerimaanku...

Aku buat silap lagi.....!

Sabar itu iman, sabar itu tiang agama, sabar itu perisai, sabar itu, sabar ini....
dan hari ini aku telah kehilangan kawalannya. Everything is mess! Real mess!

Ia menyedarkan aku bahawa sebaik manapun perancangan kita, tidak akan sama dengan perancangan Allah. Akhirnya, terkandaslah semua planning yang sudah aku susun molek-molek atas satu halangan yang sebenarnya dapat dielakkan kalau aku bersedia lebih awal. Aku ingat, aku boleh betulkan kesilapan lama, tau-tau aku malah tambahkan satu kesilapan lag! Aku merancang, tapi aku juga yang merosakkannya. Kesannya jatuh kepada satu kelompok manusia yang sebegitu besar...Aggghhhh!!!

Macamana mau marah diri sendiri ah?