Thursday, February 20, 2014 | By: Luna Biru

sakit

Sakit sungguh dada ini.

Aku kehilangan masa. Di mana masa itu? Tolong belikan aku lima kampit seharga jumlah beras yang kami makan satu bulan.

Kalaulah malam tak wujud, sakit tak wujud, mak aku yang suka sangat jadi mertua Kassim selamat tu mau berubah, aku tak diserang kantuk, dan macam2 lagi kalau...kalaulah semua tu tiada, pasti aku akan dapat bagi full kosentrasi siapkan apa2 yang patut aku siapkan.

Sakit sungguh dada ini.

Mahukah kau mendengar aku meratap pula? Aku janji akan lebih menghayati watak mertua Kassim Selamat. Jauh lebih baik dari yang umi aku buat. Kau mau dengar aku merengus? Aku janji akan lebih baik dari kuda.

Sakit. Sakit sungguh dada ini.

U'll never knew

Aku tunggu 17 Feb dengan kepala seberat lori 20 tan. Aku takut. Aku buntu. Aku tidak menemukan jalan. Tuhan buat2 tak nampak aku tengah merayap2 bawah kaki Dia. Apa yang tuhan uji sebenarnya?

Masalah kemudian settle pada sehari selepas itu dengan linangan air mata dan ratap umi yang mengalahkan lakonan mak mertua Kassim Selamat. Abah bertindak jadi hero walaupun di mukanya terlukis kekesalan yang amat. Saat itu aku rasa aku sudah gagal jadi manusia. Amanah yang Tuhan galas atas bahu aku melurut jatuh dengan genang2 air mata aku.

bergelut

Aku sedang bergelut dengan ujian Allah. Betapa aku ingin keluar dan tampil sebagai pemenang. Aku yakin Allah juga tak ingin Dia menang. Dia sengaja main2 dengan aku, mengacah2 aku dengan segala galau ini untuk melihat sejauh mana kecekalan aku, kesungguhan aku dan paling penting, iman aku.

Tuesday, February 11, 2014 | By: Luna Biru

Kaca di kedai TCT

Kami semua dalam dilema. Nampaknya Allah dah beri ujian bertingket-tingket. Aku rasa objektif utama Tuhan bagi ujian ni bukanlah kewangan, tapi kesabaran. Tapi biasalah, bila kita hadapi masalah kewangan, kesabaran pun sudah jadi tipis macam kulit bawang. Emosi pula sangat fragile macam gelas kaca di kedai TCT a.k.a kedai RM2. 

Jadi seperti biasa juga, anak-anak jadi mangsa. Pagi ni si bujang umur 16 tahun jadi lempias kebengangan manusia dewasa. Aku tak kata Arin betul sebab dia memang sedikit biadap this lately. Tapi aku sedih melihat cara dia dimarah dengan begitu teruk sekali padahal dia sedang cuba nak perbaiki keadaan sebagai satu langkah inisiatif mengatasi masalah yang dihadapi pagi-pagi. So kalau ditanya pasal inisiatif, this is what I can called initiative dan aku bangga yang anak aku mempunyainya. Malangnya ialah bila keadaan tak berapa betul sebab hati-hati kita manusia dewasa ini sudah macam kaca di kedai TCT. 

Pemergiannya....

04 Feb 2014


Akhirnya pagi ini makcik kesayangan aku pun meninggal dunia saat musim syuruk baru menjengah bumi.

Sudah lama dia melawan sakit tuanya. Sudah lama juga Allah beri peluang untuk anak-anaknya meraup sebanyak mana pahala membela seorang ibu. Begitu juga peluang untuk kami-kami para saudara semuslim dan sedarah ini untuk membayar segala hutang budi yang pernah arwah taburkan.

Cutie Ade

 
Ni hobi yang dah jadi bisnes aku sekarang. Sambutan pun baik. Cuma masa saja yang tak berapa nak baik. Semua ni bermula dari ilham si Princess Pink yang kemudiannya dikembangkan dengan lazatnya oleh Anies. Aku nak jayakan bisnes ni dan patternkan dengan penjenamaan sendiri. Tapi seperti biasa kos modal dan masa adalah pembunuh utama. 

Madam Maria

Madam Maria. 

Aku dah banyak dengar cerita pasal dia dan program Brithish Counsilnya.

Secara teknikalnya aku tak ada masalah sangat nak terlibat dalam program bijaksana dia ni. Tapi persoalannya sekarang ialah aku nak tumpukan lebih masa untuk kelas UPSR. Aku dah dicop gagal menjalankan tugas menjadi Penyelaras UPSR tahun lepas kerana ketindihan tugas. So aku tak nak pula dianggap gagal jadi Ketua Panitia kalau KPI kami tak mencecah ke tahap yang diidamkan oleh encik PPD. Terlibat dalam program Maria bermakna aku kena spend more time with her1 jam sebelum lesson, 1 jam lesson dan 1 jam lagi selepas lesson. 3 jam sama dia, bro! Sedangkan masa itu selalunya aku isi baik-baik dengan makan 20 minit, semak buku, buat BBB dan paling penting masa tu aku isi dengan membuat bimbingan individu dengan murid UPSR aku. Tidakkah ia kelihatan sangat selfish? 

Adios

Aku nak cakap apa lagi? 

Rasa macam nak muntahkan semua kesal-kesal yang ada dalam jantung aku. Rasa macam nak ludah-ludah semua kemarahan aku atas lantai biar berhambur. Rasa macam nak teriak-teriak marah dan lepaskan semua perasaan aku biar dorang tahu bahawa aku pun ada perasaan juga. 

Emosi? 

Mungkin.

Kisah Amira

Namanya Amira. 
Dia hanyalah seorang budak berusia 8 tahun. 
Budak pelik dengan gabungan antara cerdas, lembam, biadap dan sifat copy cat. 

Dia begitu mengagumi aku. Dia ingin menjadi aku. Setiap hari kerjanya adalah meniru perlakuanku. Dia meminta rakan-rakannya memanggilnya dengan nama Teacher Zue. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan aku terkesan padanya meskipun itu bermakna dia terpaksa melompat dari satu meja ke satu meja. Dia akan ambil marker dan berdiri di sebelahku sambil tulis benda yang aku tulis atas whiteboard. Aku beri dia satu petak kecil dari sebahagian whiteboard untuk dia tulis. Mula-mula dia suka. Tapi lama-lama dia jadi tamak dan nak semua whiteboard.