Wednesday, November 27, 2013 | By: Luna Biru

Pantai Manis, Papar

Pantai Manisku sudah cantik macam dulu....dan aku merasa kembali manisnya di sini...
Tak sabar menanti sampai pantai ini siap sepenuhnya.


We are sixteenth

Secara hukumnya, usia kami kini sudah menjangkau 16 tahun. Great! Salah satu pencapaian besar dalam sejarah hidup manusia adalah mengekalkan perkahwinan yang mencantumkan dua manusia yang berbeza dari segala sudut kepada suatu hubungan yang membawa kepada syurga.

Happy sixteenth, my dear husband.
Tuesday, November 26, 2013 | By: Luna Biru

kalau saja suprise mungil itu berlaku...

Perkara terbaik saat bangun pagi adalah mendapati telah tersedia hidangan sarapan pagi di meja makan. Itu adalah impian semua orang. Kesenangan semua orang tak kira apa jantina, status, jawatan bahkan gelarannya di rumah itu. Dan orang itu tentu saja termasuk aku. 

Tapi mungkin agak malang menjadi seorang ibu yang tidak berkemampuan untuk mengupah seorang pembantu rumah menyediakan sarapan di awal pagi. Maka meski dia sendiri lapar, maka terpaksa jugalah dia menyisihkan rasa lapar itu dan menyediakan sarapan untuk ahli rumah. Malangnya lagi, ahli rumah tidak pernah pula mahu tahu kalau di dapur sudah tiada apa-apa lagi yang boleh dimasak, tidak pernah pula peduli kalau kantung si ibu sudah kosong semuanya, tidak pernah pula bertanya kalau-kalau si ibu kekurangan apa-apa untuk penyediaan sarapan. Tidak pernah pula mengadakan kejutan menyediakan sarapan untuk si ibu walaupun cuma sekadar merebus telur setengah masak seperti sinetron-sinetron barat yang bukan main bikin cemburunya. Mereka cuma tahu bahawa tanggungjawab mengisi meja makan itu adalah bagian dari tugas si ibu. Bukan salah mereka. Masyarakat Melayu tipikal kita yang telah menetapkannya begitu, meski dalam Islam ia bukanlah suatu tanggungjawab yang mandatori untuk digalas oleh si ibu. 

Aku mungkin berada di kategori sedikit lapang kerana masih ada umi yang mahu berganti tugas. Meskipun mulutnya ampun2 bisingnya setiap kali menyediakan sarapan, namun ia banyak membantu meringankan beban. Dan sebulan penuh cuti sekolah ini barangkali adalah hukuman termutlak untukku untuk melaksanakan tugas itu. Tiada pilihan. Sebab umi sudah menaikkan bendera kemalasannya.  

Saat kau depani kemelut

Setiap dari kita punya pelbagai tindak balas saat menghadapi kemelut dalam hidup:

  • Ada yang membentak-bentak dan merungut sepanjang hari;
  • Ada yang menangis sendirian di kamar;
  • Ada yang suka berbahagi rasa dengan orang lain;
  • Ada yang dua kali lebih kuat merengus dari biasa;
  • Ada yang cuba memindahkan kemelut itu dengan membuat kerja-kerja yang memenatkan seluruh fizikalnya;
  • Ada yang tidur;
  • Ada yang marah-marah;
  • Ada yang mendadak jadi pendiam;
  • Ada yang menulis di diari;
  • Ada yang ke disko;
  • Ada yang mengadukannya pada Tuhan;
Kamu, bagaimana?

Monday, November 25, 2013 | By: Luna Biru

berburuk sangka itu menghitamkan hati

Abah selalu mengajar tentang kebaikan berbaik sangka dan berfikir positif. Meskipun aku tidaklah hidup dalam persekitaran yang memungkinkan aku untuk menuju ke arah itu kerana budaya melayu kita memang sudah terkenal brengsek; iaitu buruk sangka adalah satu cara hidup yang normal.

Jadi atas nasihat dan didikan yang begitu ditekankan abah, ditambah pula dengan sebuah hadis dari Rasulullah yang membincangkan tentang kebaikan berbaik sangka, maka aku pun terus memeras diriku untuk menuju ke sifat luhur itu. Pelaziman itu menjadikan jarak antara buruk sangka dan rasionalku begitu jauh...jauh sekali hingga aku cenderung membutakan mataku pada kesalahan orang lain. Anggap saja mereka tidak sengaja. Atau, anggap saja mereka sedang melalui krisis emosi, atau anggap saja mereka sedang jahil, anggap sajalah tiada manusia sempurna...itu pujukan yang biasa kukatakan untuk membelai hati.

Saat dia genggam tanganku

Setelah seminggu terdampar di katil hospital yang dingin, baru hari ini aku punya masa melawat Anjangku yang begitu menyayangiku ini. Itupun setelah puas dimarahi dan diteriak abah. Hari ini, anehnya abah tidak menjerit padaku lagi. Dia hanya merenungku tajam dan mengucapkan sebuah kata-kata yang cukup membuatku tersentap;

"Lawatlah anjangmu Cil...lawatlah. Jangan nanti kau menyesal kalau sampai tak terlawat hanya kerana alasan sibuk. Kerja boleh menunggu. Tapi nyawa?"

bila kau selalu betul

Hari ini aku ingin mengongsikan kejengkelan perasaanku pada beberapa puak manusia yang mempunyai satu sikap yang sangat membuatku muak. Sikap itu adalah terlalu yakin pada pendapat sendiri dan selalu merasa bahawa pilihan mereka adalah sesuatu yang sangat tepat, berintegriti tinggi dan punya 100% kebolehpercayaan tanpa ragu.

Berkomunikasi dengan manusia seperti ini memaksa kita untuk bertindak lebih baik diam daripada berkata-kata. Membantah ertinya harus berdebat dan mendengar hujah-hujah yang kedengarannya hanya rasional dari sudut perspektif mereka sendiri. Manusia seperti ini tidak pernah menganggap bahawa pendapat dan perasaan kita penting. Ridicilous, itulah hukuman buat kita kalau ternyata bercanggah pendapat dengan mereka.
Sunday, November 24, 2013 | By: Luna Biru

berputus asa adalah tragedi terburuk dalam hidup manusia.

Aku selalu tertanya;
  • Apa yang KPM boleh lakukan untuk mengembalikan cinta para guru yang sudah kehausan menanggung bebat kerja hingga tak tersisa keikhlasan untuk tugas yang maha mulia ini?
  • Apa yang seorang suami atau isteri sanggup lakukan apabila pasangannya sudah kehilangan perhatian dan kasih sayang pada perkahwinannya?

Adakah pihak KPM atau para suami atau isteri itu  akan mencari jalan terbaik untuk memastikan cinta itu kembali mekar agar hubungan antara keduanya kekal hingga timbullah keikhlasan yang tiada tolok bandingnya...? 

Noctural

Penderita Noctural...

Tidakkah kalian ingat betapa indahnya menikmati tidur di waktu malam yang dingin sambil diselimuti lapisan comforter yang tebal dengan kain linen 256 jahitan?

Insomenia telah merampas segala indahnya malam.

Rasakan.

Itu hukuman buat sang workaholic.
Saturday, November 23, 2013 | By: Luna Biru

Nilai budi

Arwah nenek selalu pesan; "Dalam hidup, ada dua perkara jangan pernah dibangkitkan, pertama budi kedua makan. Apa yang kau dah beri pada orang, halalkan dan ikhlaskan. Jangan pernah mengungkit kerana ia bukan saja boleh melukakan hati orang lain, tapi juga boleh memutuskan silatur-rahim..."

Aku pegang betul kata-kata ni. 

Hidup.

Sesungguhnya menjadi ikhas itu teramat payah. Bila mana rezeki yang kau telan diungkit-ungkit, nasi yang kau jamah dibangkit-bangkit, perut yang kenyang hasil jamahan nasi itu terasa mual tiba-tiba. Kudengar-dengar jeritannya meronta minta dilepaskan. Alangkah malunya jadi manusia yang menerima budi. Alangkah hinanya nilai sebuah budi!

Malunya aku menjadi manusia!

Fly-Fly Anies




24 Nov 2013 (Ahad)

Anies terbang ke KL hari ini untuk Kem Program Alumni 1MCC sebagai peserta senior. 

Ele...bukan lama pun...4 hari ja pun...

Apapun, she deserves the best. Semoga dia menemukan bahagia di sana. 

tanpa tajuk

Hukuman perintah berkurung di sekolah yang dikenakan pada kami atas kegagalan mendapat GPS kepala 1 oleh Encik PPD sudah tamat pada Jumaat lepas. Aku gagal hadir penuh. Aku malah gagal nak serahkan pelan tentatif BI aku meskipun aku sudah siapkan sejak awal-awal lagi. Gerombolan SIC + sudah menunggu bagai mulut sang gua batu belah baru bertangkup. Malangnya, sikap suka mengambil lewaku dan suka melambat-lambatkan penyerahan membuatkan aku pastinya akan jadi seperti si Pekan yang akan menangis-nangis meminta ampun nantinya. 

Oleh itu, aku terpaksa menyerahkan benda keramat itu esok. Padan muka aku. 
Monday, November 18, 2013 | By: Luna Biru

Karma itu tertulis buat kita

berita di sini
Aku tak pasti kalau segalanya bermula dari titik aduan ini. Apa yang penting, impaknya bakal kami sekeluarga rasai berikutan keputusan KPM untuk memansuhkan elaun ini bermula awal Januari depan. Suka atau tidak kami bakal kehilangan RM700 dari gaji. Hebat pertiwiku. Hebat kerajaanku!

Kononnya elaun ini akan digantikan dengan satu instensif lain. Persoalan apa dan bila menjadi tanda tanya. Tapi mungkin jarak masa itu masih lama sekali kerana mereka yang maha bijaksana itu baru bercadang, baru mengajukan permohonan. Maka itu bermakna ia belum dibincangkan lagi. 

Kami pun terjengil2 menatap langit memikirkan nasib yang bakal kami terima kelak. Dengan kos sara hidup yang ampun-ampun tingginya, kadar kenaikan minyak, mulut anak-anak dan orang tua yang perlu disuap, bil-bil yang tiada belas, maka kami akan jadi antara penjawat awam yang malang. Inikah makna kemenangan PRU13? Hidup semakin sulit menghadapi kerajaan yang sudah gegabah menutup lubang demi lubang keberhutangan mereka semata-mata untuk meraih kemenangan tempoh hari. Rakyat pula, meski terpaksa menelan pahit kehidupan, terkesima juga dengan manisnya gula-gula BRIM dan projek2 bisnes mikro yang kononnya berusaha mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Persoalan yang timbul dalam kepalaku adalah, mengapakah elaun seciput itu yang dipotong dari gaji yang juga seciput semata-mata nak berselindung pada PPSMI yang sudah roboh tiang serinya? Hakikatnya, ia hanya bertujuan untuk menyelamatkan bajet negara yang kian merundum. Mengapa menteri-menteri yang besar gaji dan beribu2 elaunnya itu tidak pula diminta berkorban demi rakyat yang kononnya perlu didahulukan?

biarkan aku menulis

Aku ingin menulis sebanyak2nya. Tentang apa saja! Asalkan aku bisa mengetik2 papan kekunci ini dan mencurah2kan untung nasibku di dinding bisu ini. Barangkali di sinilah letaknya bahagiaku. Sepertimana umi bahagia hidup dengan leteran dan aduan2nya; seperti abah yang bahagia dengan facebooknya; abang dengan gajetnya; Arin dengan bolanya; Ayang dengan kemalasannya dan Anies dengan lamunannya.

Ikal, Arai dan aku

Kalau Ikal dan Arai hidup bersandarkan mimpi, maka aku hidup atas dasar percaya. Aku tak punya mimpi sebesar mereka. Bahkan aku tak pernah diajak untuk bermimpi. Mimpi dan impian di tanah kita adalah sinonim pada Mat Jenin. Kalau Ikal dan Arai terlahir di Malaysia, sudah pastilah mereka memadamkan mimpi ke Paris kerana jera diketawakan. Atau bahkan dimarahi. Bersyukurlah mereka lahir di Pulau Belitung. Dididik pula oleh kemiskinan dan guru2 Muhamadiyyah dan Falsafah yang percaya pada keajaiban mimpi.

ruas nasibnya

Arin ibarat telah bertemu buku dan ruas. Buku adalah dia dan ruas adalah nasibnya. Dia, yang telah berkelana dalam misi menggapai mimpi ternyata sudah jauh melangkah hingga lupa rumput yang dipijaknya. Dia mengenepikan segalanya dan merasa dia mampu terbang tanpa restu dan kasih sayang. Dia meminggirkan hati insan2 yang begitu menyintainya dan memuja keluarga baru yang memenuhi citarasanya.

mimpi bahagia

Tak ada yang merasa bahagia di rumah ini lagi. Kami kekalutan cara untuk membentuk bahagia kerana tak ada satu pun dari kami yang sudi menerima kelemahan orang lain sebagai cabang dari rencah kehidupan. Si anak bersungut ketidakmampuan ibubapanya dalam memenuhi kehendak materi, si nenek merasa hidupnya menderita seumur hidup kerana tidak kecukupan perhatian si datuk; si datuk itu pula merasa tidak pernah difahami; si suami merasa terpinggir oleh keributan dan ketidakmampuan; manakala aku; apapun jawatan atau gelaran yang kupegang di rumah ini seringnya tercekik oleh keadaan yang kuanggap tak mahu bertoleransi.
Sunday, November 17, 2013 | By: Luna Biru

Antara GSU dan JERIS

Aku disuguhi dengan ucapan terima kasih yang bertalu-talu. Tangan-tangan asing terus menyalami aku. Harapan demi harapan pun dipatrikan. Aku dianggap wirawati penyelamat dunia yang telah membebaskan anak-anak bumi Surati dari belenggu kegagalan Bahasa Inggeris. Aku disanjung-sanjung sampai mungkin mereka lupa bahawa tugasku sebagai guru hanyalah membukakan daun pintu selebar-lebarnya. Tanpa murid itu melangkah sendiri untuk masuk ke dalamnya, mimpi untuk lulus dalam matapelajaran yang ngeri ini bakal tinggal jadi mimpi.

Mizan dan konvonya

Konvo juga anakku sorang ni. Alhamdulillah....Mengenang sakitnya minggu lepas, kukira dia takkan sempat (atau takkan pernah sama sekali) mengikuti konvo ini.

Tak terkira syukurku...

Anies, SRU dan ustazah Jamilah

Setelah dipaksa-paksa, akhirnya dapat juga kupujuk Anis untuk mengikuti konvokesyen SAN-nya. Malu adalah alasannya untuk menolak jemputan konvo yang sudah dikirim lewat surat oleh guru sekolah agamanya sejak dua minggu sudah. Konvo ini adalah julung kalinya diadakan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang sudah berjaya melepasi dari tahap cemerlang hingga ke minima lulus di sekolah ini. Naifnya, kesibukan pula jadi alasan untuk kami memaafkan perbuatan melengah-lengahkan mengambil keputusan SUI-nya semenjak dari tahun sudah.

                Didorong rasa bersalah itulah aku memaksanya memenuhi undangan konvo tersebut. Lebih dari itu kerana aku merasa agak sedikit terpesona atas kepintaran puteriku ini. Dia memang luar biasa cerdas. Dengan jumlah bilangan kehadiran yang mampu dibilang pakai jari, dia masih mampu lulus dengan baik.

Abe dan UPSR

Keputusan UPSR sudah diumumkan dengan rasminya pagi tadi. Sekolah hanya naik sekelumit persen denga kejatuhan deficit GPS berbanding tahun lalu. Impian 5A juga berhamburan di lantai harapan. Keputusan tertinggi cuma 4A dengan kuantiti yang membuatkan kedudukan kami berada di aras yang sangat tidak selamat. Masa depan sudah mampu dijangka yang pastinya akan bermula petang nanti saat pembentangan post mortem bersama PPD.

Namun di sebalik getir rasa, dua berita yang menggembirakan adalah bila keputusan BI ku melonjak ke 70%. 19 orang gagal aku selamatkan out of 64. Hampa rasanya hati bila murid-murid yang kukira mampu mencapai keputusan yang lebih baik seperti Hadi, Kee dan Hafizah tewas mempertahankan kedudukan. Syukurlah Wanie, Dayang, Ayu, Nadia dan beberapa murid kritikal yang masih kritikal di saat-saat akhir bisa juga timbul di permukaan laut.
Thursday, November 14, 2013 | By: Luna Biru

hampeh

Sebab tu aku benci benar dengan software editing programme yang kunun2nya maha hebat dan tentu saja digunapakai oleh editor2 hebat juga. Dengan kelengkapan macam2 butang dan aplikasi yang ada membuatkan program aku nampak sangat keciput dan layak untuk ditertawakan. Budak2 sekolah pun tak pakai program yang aku guna.

Tapi by the end, software mahakarya itu jugalah yang sering menyusahkan bila proses randering ambil masa yang begitu lama hingga keluar dari limitasi yang bertarikh mati. Nak menangis air mata darah pun aku tak dapat nak ulang masa balik. Bukan tak hargai jasa orang2 yang sudah berusaha untuk aku....tapi welll....kalau ternyata ia lebih banyak menyusahkan kenapa nak dipertahankan sangat.

Bagi aku, ukur baju biarlah di badan sendiri. Lebih dari itu, kalau iyapun nak berkarya, kena tengok2 juga sempadan masa. Kita kena pandai bajet masa dan kekuatan CPU kita. Apalah maknanya kreatif tanpa produktiviti? Begitu juga sebaliknya. Kedua2nya biarlah seiring dan  keperluan pelanggan kena ambil kira juga....

Ah...aku terlepas khatam Abe pasal benda ni.
Sunday, November 10, 2013 | By: Luna Biru

Mimpi MAPEC

Sudah dua tahun hasrat nak berkarya di Hari Kanak-Kanak Sedunia lebur oleh komitment lain. Oleh kerana majlis ini diadakan pada hujung tahun, maka aku selalu bergelut masa dengan projek tahun 6. Nampaknya tahun ni pun aku terperangkap dalam hal yang sama juga. Kali ni pasal mural...

Well mungkin aku yang salah sebab tak pandai nak bagikan masa dengan baik. Org lain pun sibuk juga tapi sempat juga nak latih budak. Tak payahlah aku nak bela diri sangat. Betul jga kata kawan aku yang aku ni wap semata2.

Aku ingat nak tebus semua ni waktu MAPEC minggu depan. Tapi pulaknya MAPEC pun dibatalkan sebab masalah sistem online. Hampeh...terbayang muka2 kecewa Fauzan, terkenang wajah penuh harapan Izwanie...aku jadi rasa bersalah sangat...

Agh...! Mudah2an ada miracle yang menjadikan MAPEC jadi kenyataan tahun ini. Amin...

Sumbu, lilin dan api

Sudah beberapa kali aku dan abang berselisih pendapat pasal perkara yang sama. Fokus utama perbincangan ialah sejauh mana peranan guru dan ibubapa dalam hidup kanak-kanak a.k.a murid.

Sudah tentu ibu bapa memainkan peranan paling besar. Itu kenyataan yang tidak mampu kita nafikan. Tapi persoalannya, sejauh mana peranan kita sebagai guru dalam menyuntik semangat perubahan dalam diri murid hingga mereka mampu mengadaptasikan masalah yang mereka hadapi sebagai satu kekuatan dalam diri?

Kita guru tidak akan mampu mengubah ibu bapa. Itu pun satu kenyataan yang perlu kita terima. Lainlah kalau kita tinggal di Jepun atau di barat yang mengamalkan budaya parents day setiap bulan. Tapi masalahnya kita tinggal di Malaysia yang ibubapanya sangat sombong untuk berbincang, sangat ego untuk ditegur bahkan sangat angkuh untuk berubah. Buatlah seminar motivasi ibubapa, jemputlah pakar-pakar motivasi terhebat dunia, ia takkan mampu ubah apa-apa. Semua itu hanya akan membuahkan bibit2 ego yang akhirnya membuat mereka, si ibubapa ini sanggup bertindak samada memindahkan anak mereka ke sekolah yang lebih sporting atau paling kejam memberhentikan anak mereka terus dari sekolah.
Saturday, November 9, 2013 | By: Luna Biru

...

Penat, lelah, mengantuk dan bengang kalau dicampur dalam satu mangkuk pastinya takkan jadi resipi yang sedap untuk dimakan. Kalau dipaksa2 mungkin boleh juga masuk perut tapi tak pasti boleh hadam ke tak?

Itulah yang aku rasa hari ni.


Keterbatasan diri

Aku sudah berumur 36 tahun. Sudah terlambat agaknya nak belajar benda2 baru yang memerlukan kepintaran IT. Aku pun dah give up sebenarnya. Terpaksalah aku akur kalau benda tu bukan bidang aku. Samada kupaksa atau orang paksa, hasilnya tetap sama juga. So hari ni aku berikrar sungguh2 untuk lepaskan semua nafsu nak mencebur dunia tu. Aku tahu kemampuan aku setakat mana. Tak payahlah susah2 nak paksa diri.

Agaknya bidang aku memang dalam dunia penulisan dan idealisasi saja. Ada org bodoh betul nak menulis apalagi nak mengeluarkan idea. Itu bahagian dia. Dan ini bahagian aku.

Ah...aku pun bukan kemaruk sangat nak jadi pakar. Sekadar suka2 saja bah....
Thursday, November 7, 2013 | By: Luna Biru

Venezuela vs Melaka

Aku tidak dapat mencari jawapan pada teka-teki mistik mengenai Venezuela dan Melaka. Kalau ditanya persamaannya dengan Sabah, mungkin aku dapat menjawab bahawa keduanya berada di satu garisan khatulistiwa yang sama. Venezuela dan Melaka meski berada pada garisan lurus, tapi Melaka berada pada kedudukan sedikit ke bawah, hanya dipisah beberapa darjah. Suatu hal yang pasti, kalau Venezuela ditebuk dari bawah, terowongnya pasti akan membuat kita sampai terus ke Melaka. Tapi apa kaitannya? Kenapa mesti menebuk terowong sedangkan laluan darat dan udara kan ada....(?)

Keprihatinan Atie

Sahabatku satu ini, meski tidak lagi kami seakrab dulu, ternyata masih juga sempat menyibukkan dirinya untukku. Aku baru terbaca entry responnya terhadap sakit yang dialami Mizan sekejap tadi. Mungkin setelah membaca kronologi kisah Mizan yang baru ku update tadi pagi kebimbangan Atie sudah berkurang. 

Sebenarnyan, ketika penis Mizan mengeluarkan nanah, para dokter menjangka dia menghidapi hydrocele. Namun setelah melalui dignosis terperinci, mereka dapati nanah itu adalah hasil dari jangkitan virus yang sudah merasuki pundi kencingnya dan usus besarnya, yang kemudiannya menjalar sampai ke testis. Mizan diberi antobiotik berbotol-botol banyaknya melalui dripping untuk mematikan virus dalam badannya. 

Apapun, aku ucapkan terima kasih buat Atie atas keprihatinannya. Rasa segan pula sebab dah buat orang risau. Terharu pun ada juga. 

Thanks Atie.

...aku...

Aku tak dapat nak nafikan kalau kehadiran dia dalam hidup aku sedikit-sebanyak telah menambah warna dan perisa dalam mangkuk kehidupanku. Oleh kerana aku ni jenis manusia yang tandus kawan, maka kewujudannya dengan membawa status itu tentu saja dialu-alukan olehku dengan senang hati. Dia mengingatkan aku pada persahabatan akrab dengan Azizul sepanjang tempoh jadi JU dulu. Memang agak malanglah jadi aku yang selalu merasa serasi dengan manusia yang tak sepatutnya jadi kawan kalau dikira dari segi kenormalan tabii fitrah manusia.

Aku tahu ketidaknormalanku ni selalu mengundang banyak bencana berupa fitnah dan salah sangka. Dan aku pun sangat mengambilkira pemikiran serong orang-orang di sekelilingku meski aku sangat terseksa kerananya. Tapi dalam masa yang sama aku juga mahu menjaga keharmonian perasaanku. Terlalu memikirkan perasaan orang pun tak guna juga kan?

Apapun, aku bersyukur sebab abang faham dan betul-betul kenal siapa aku. Dengan segala keterbukaannya membuat aku sentiasa menjaga nilai kepercayaan yang jadi pegangan kami selama ini. 

Ah...betapa beruntungnya menjadi aku!
Wednesday, November 6, 2013 | By: Luna Biru

Miracle Mizan


Alhamdulillah...selesai kini musim-musim kritikal Mizan. Hasil ujian darah petang tadi menunjukkan Mizan sudah benar-benar bebas dari virus yang menghukumnya semenjak dua  minggu lepas. Hampir menitis air mataku. Hilang segala kemarahan kerana terpaksa menunggu lebih 8 jam di luar wad...

Sudah dua kali Mizan melalui fasa kritikal. Dua tahun lalu dia sakit sampai tinggal tengkorak. Kali ini sakitnya bakal membawa lumpuh kekal. Kedua-duanya diberi keajaiban oleh Allah dengan kesembuhan yang luar biasa.  Maha suci Engkau, ya Allah...! Betapa cepatnya Dia menunaikan permintaan kami. 

Ah...apalagi nikmat Tuhan yang engkau dustakan?

Mizan (hari ke-4)


Kami pun menghimpun satu-satunya harapan agar Mizan kembali sembuh. Atas nama insaf dan tawakkal, kami mengatur solat hajat dan bacaan yassin agar Allah mahu mengubah takdirNya. Dengan segala kerendahan hati sebagai seorang ibu, aku berusaha mengetuk hati Tuhan dan memujuknya agar mengembalikan kesihatan anakku itu sepertimana yang pernah dia berikan pada kami dua kali sebelum ini.

Jadi setelah segala usaha telah dilakukan, maka sekarang apa yang perlu kita lakukan adalah menunggu jawapan Allah...

Mizan (hari ke-3) episod 2


Terenyuh rasa hati bila melihat semua anak-anak berkumpul bersama Mizan hari ni. Mizan yang mungkin sudah berada di tahap sakit psiklogi, tiba-tiba bagai disuntik keajaiban untuk sihat semula begitu melihat adik-beradiknya. 
Sunday, November 3, 2013 | By: Luna Biru

Mizan (hari ke-3) episod 1

Rawatan Mizan di hari kedua pun dilanjutkan di Hospital Papar.

Beberapa simptom yang masih belum terjawab memaksa Mizan untuk menjadi penghuni di sini. Saat ku ketik keypad ini Mizan sedang tidur di pembaringannya yang terlalu sempit untuk kutumpang sekaki. Nyesal pula tak admit di Likas kelmarin. Kalau tak, tak perlulah aku tidur atas lantai. Lagipun, selain resting dan rawatan asas, tiada apa yg dpt Mizan dapat di sini kerana semuanya pun kena tunggu keputusan dari Likas juga. Ok. Di situ aku dan abang silap membuat keputusan.

Saturday, November 2, 2013 | By: Luna Biru

Potassium vs Demam Viral

Ini adalah lanjutan daripada entry sebelum ini
Saat enty ini kutaip, kami sudah selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah...Mizan sudah melewati musim kritikalnya. Seharusnya saat ini kami berada di salah sebuah bilik dingin dan kaku dalam bangunan Hospital Likas. Tapi aku berkeras mahu membawa Mizan pulang. Masih ada alternatif lain, kukira. 

Keputusan darah Mizan yang kami tunggu-tunggu sejak tengahari tadi sudah selamat kami terima. Jawapannya memang sudah diduga iaitu dia memang mengalami kehilangan zat makanan berupa garam mineral yang secara hukumnya dipanggil potasium. Kehilangan bukan kekurangan, bak penjelasan dokter cina muda itu tadi. Kehilangan potasium adalah rentetan dari demam yang berlarutan hingga menyebabkan kekurangan air dalam badan, pembuangan cecair berupa urine dan muntah juga dari peluh. Ia boleh digantikan sekiranya si pesakit segera mengisikannya kembali dengan makan dan minum. Malangnya selera makan pesakit lazimnya akan jatuh merosot hingga akhirnya kehilangan ini tidak dapat digantikan dengan kadar segera. 

Ke mana hilangnya potasium?

Pagi tadi Mizan mengadu kakinya sakit dan terlalu lemah untuk berjalan. Satu2nya kebimbangan yang ada di kepalaku saat itu adalah jangkitan penyakit polio yang selalu kutakuti terjadi.
Jadi Mizan pun kami kejarkan ke hospital Papar. Malangnya prasarana yang kurang menyebabkan Mizan terpaksa menerima rawatan lanjut ke SMC Likas...

Kini, setelah beberapa jam berlalu, setelah entah berapa ribu titik air garam masuk ke saluran darah Mizan yang kecil dan sempit, kami masih terus menunggu keputusan darahnya. Diagnosis awal menunjukkan dia kehilangan potasium. Punca belum diketahui.
Kemana hilangnya potasium dari tubuhnya, mungkin bakal kekal misteri. Apa yang pasti, kehilangan itu akn berakibat sangat fatal kerana Mizan mungkin akan kehilangan keaktifan kakinya dalam tempoh yang kekal. Dalam kata lain, dia akan lumpuh.

Aku tahu aku akan tabah hadapi ini, kerana itu Tuhan mengujiku. Tapi aku berharap agar Tuhan cuma sekadar bercanda dan sekejap lagi, keputusan menunjukkan bahawa Mizan takkan apa2. Dia cuma sakit manja, minta perhatian dan cengeng.

Mungkinkah?