Wednesday, October 30, 2013 | By: Luna Biru

Dunia guruku

Aku tidak pernah bermimpi untuk menjadi guru. Tidak sekalipun, bahkan sedikitpun. Aku sangat menentang idea ini yang dicetuskan oleh arwah mama dan tentu saja didokong penuh oleh abah. 

Kalau kamu tanya aku, apa cita-citaku waktu kecil dulu, maka jawabku, sebenarnya aku sendiri tidak tahu. Ia adalah persoalan yang paling susah untuk kujawab hinggakan guru kelasku marah benar padaku. Kukira aku mahu jadi polis macam abah, aku mahu jadi pelukis, jadi novelis, jadi wartawan, jadi kaunselor, jadi journalis, jadi arkitek atau jadi manusia. 

Bencimu kerana apa?

Sejak mula aku sudah dapat menangkap bersit tidak senang lewat matanya setiap kali berpapasan mata denganku. Aku juga sudah acap kali mendapati sudut hujung kirinya akan segera diserongkannya ke bawah begitu mendengar aku bersuara. Aku adalah manusia dewasa yang cukup berakal untuk menafsir isyarat-isyarat mudah seperti itu. Anehnya, aku tidak pernah marah apalagi berkecil hati. Cuma hairan. Ya. Sangat hairan. Kadang aku tertanya, dari mana sebenarnya datang kebencian itu dalam dirinya? Dia pasti punya alasan kuat untuk tetap menyimpan, bahkan memelihara kebencian itu dalam dirinya. Setelah saban tahun berlalu, dia tidak pernah mencuba memperbaiki keadaan selain terus berpura-pura menjadi sahabat di hadapan umum. Dia juga tidak pernah bersungguh mahu menerima salam persahabatanku meski sudah kucuba berkali-kali lewat senyum dan sikap tidak peduliku pada kebenciannya. 

Memang mudah untuk aku berkata untuk membiarkan saja. Lagipun, masih ramai manusia yang menyintai aku. Kenapa aku perlu membuang masaku membodek hatinya yang mahal itu. Tapi pujukan itu tetap berakhir dengan satu soalan; Kenapa? 

Mungkin aku tidak perlu membuang-buang waktu mencari jawapannya. Ah. Pujukan lagi!

Isolasi


Saat papan kekunci ini kuketik, sebuah rasa rindu tentang isolasi membentak-bentak dalam diri. Sudah lama nian aku tidak menghayati makna sendiri dalam dunia yang cuma ada aku dan diari ini. Aku terlalu leka melayan nestapa hingga mencari jalan mudah untuk mencari bahagia, meskipun ia bukan diriku yang sejati. Aku cuba melarikan diri dari kerisauan yang panjang dan tanpa sedar menumpang belas orang untuk meminjamkan aku makna ketawa. Namun pada akhirnya aku tetap tak bahagia juga. Kepura-puraan tidak bisa berlangsung selamanya. Lalu pada akhirnya, kita tetap akan memilih untuk menjadi diri sendiri. Syukur saja kesedaran cepat datang sebelum keterlupaan dan keterlekaan menjadi maharaja yang berkuasa di atas dunia-duniaku. 
Tuesday, October 29, 2013 | By: Luna Biru

Lawatan ke Ranau (Hari Kedua)


Pagi yang malas dan lemas. 

Kadang kita kena terima hakikat bahawa tak semua idea percutian itu seindah impian kita. Jangan persoalkan pasal wang ringgit yang dihabiskan semata-mata untuk berada di tahap ini. Ikhlaskan saja. Kita merancang. Allah menentukan. Amin. 

Jadi perjalanan kami bermula dengan menjejak kaki ke Poring yang boring. Aku macam anti sudah sama tempat ni. Terbayang kebosanan menunggu kanak-kanak yang gila mandi sepuasnya di kolam. Terbayang kegelisahan yang tak mampu escape untuk ambil break sebab takut nanti ada yang bosan jadi penjaga. Ya. Aku benci tempat ni. Bahkan, kenangan indah bersama rombongan Keluarga Ag.Ali dulu pun tidak mampu membuat aku menyintai tempat ini kembali.

Lawatan Tahun 6 ke Ranau (Hari pertama)


Alhamdulillah...aku bersyukur sangat sebab akhirnya jadi juga trip budak2 tahun 6 ni ke Ranau. Kalau tak jadi, malu besar aku baik pada diri aku mahupun pada dorang. Lawatan ke Ranau inilah janji besar aku pada dorang sebelum UPSR dulu sebagai satu reward atas kesungguhan dorang berubah sikap dari pemalas kepada komited. Dari awal-awal lagi dorang dah kumpul duit berdikit-dikit semata-mata nak realisasikan impian kam ni. Sungguhpun cadangan untuk ke Damai Eco Ranch tak jadi, tapi yang penting, bumi Ranau tetap menjadi destinasi kami. Thanks to Kak Dizah yang mampu melaksanakan tugas sebagai ketua rombongan dengan baik sekali. 

Cabaran ke D-CODE & mimpi ke Amerika



Aku menerima tawaran untuk ke D-Code ini dengan hati yang berbunga-bunga. 

Manakan tidak, aku begitu rindukan hectic dalam dunia-duniaku yang sepi sejak akhir-akhir ini. Aku juga berharap benar dapat mengulang lagi kemenangan yang kami cipta bersama Anies dua tahun lepas. 

Gambar ehsan dari FB DCode

Jadi, pada tarikh yang aku sudah lupa itu (sebab entry ini sudah lama terperuk dalam draft), aku dan lima calon sekolah pun berangkat ke Oriental Hotel. Kononnya nak mempertaruhkan nasib untuk sampai ke Amerika, seperti yang tercatat dalam terma hadiah. Malangnya, setelah dua minggu berlalu, baru aku tahu bahawa sekolah rendah tak perlu hantar karya. Tawaran itu hanya dibuka untuk sekolah menengah saja. Sentap betul hati aku...terasa sia-sia menghabiskan masa dengan Fye seminggu ni sebab nak siapkan projek Maviel. Apadaa....apasal tak bagitau dari awal-awal lagi? Jadi, taklah kami ni berharap benar. Sekarang, aku dah tak tahu nak cakap apa dengan Fye dan budak-budak tu yang dah siapkan projek dorang sampai ke tengah-tengah malam...

Melankolik

Keputusan DST sudah keluar dan kami (aku dan abang) gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 

Aku tak kecewa sebab sudah awal menduga. Memang banyak kelemahan dalam hasilanku. Tapi aku sedikit teremosi bila melihat abang kecewa. Dia gagal mengulang sejarahnya tahun lalu, apalagi memperbaikinya. Aku sedih sebab aku tahu dia menaruh harapan besar dalam hasilannya kali ini. 

Apapun, kita kena terima hakikat bahawa tak semua benda yang kita fikir molek, molek juga di mata orang. Kuasa menilai di mata orang dan kita cuma tahu menilai dari sudut mata kita sendiri saja. Lagipun, kan aku dah kata, kalau nak menang filem DST ni, kena buat filem melankolik yang menyentuh rasa. Kalau boleh buat ala-ala ratapan anak tiri lagi besar peluang untuk menang. Dua sekolah sudah kubagi tips tu, dua-dua masuk final. 

Agaknya manusia-manusia di Malaysia ni memang suka kisah melankolik.  

Deactivating is great feeling

...with some reason, I have to deactivated my facebook account again.

whatever the reason is, frankly, it makes me feel better now. I feel more like human. Normal human. Spending too much time in social network is actually open the wide opportunity to make a big mistake. I almost cross the line of my own principles. We are kind of human who is easy to default with the history of the past. 

So...by saying goodbye (temporarily maybe) to my fb, I have to welcome back myself to my beloved blog. 
Wednesday, October 23, 2013 | By: Luna Biru
Kita menikmati hidup dgn cara berbeza hingga akhirnya ia tetap betitik pada bahagia. Dan aku menikmati hidupku dgn cara mghayatinya. Setiap satu kepada satu pula adalah saling berkait untuk melengkapkan dan menyempurnakan makna bahagia.

Dan percayalah...ia indah saat dilalui tapi begitu menyakitkan untuk dipenuhkan. Betapa tidak, tiap objek memberi kpentingan walaupun cuma sehelai cadar, sepinggan nasi bahkan sebersit angin....
Tuesday, October 15, 2013 | By: Luna Biru

DST : Apa itu merdeka?

"Tak apalah Zue...kalau kau nda menang pun, aku rasa kau layak dapat anugerah khas juri (itupun kalau anugerah tu adalah...haha). Tapi frankly, bagi aku, kau sudah menang sebab kau dapat menyampaikan mesej kau dengan baik sekali. Di sebalik kecacatan teknikal dalam filem ni, kau mampu deliver filem tu ke suatu tahap yang membuatkan orang yang tak tahu langsung makna merdeka pun, akan tahu dan merasa ingin tahu lagi,"

Itu kata-kata dari seorang kawan.

Terus-terang, ia sedikit menghiburkan dan mampu memujuk kegusaranku.

Jadi 25 Oktober ini adalah keputusannya. Aku tahu aku takkan ke mana. Tapi berpegang pada nawaitu asal iaitu ingin berkongsi ilmu, maka aku pasrah pada kekalahan.

Tapi, mana tahu untung sabut timbul? 




Sunday, October 13, 2013 | By: Luna Biru

Si cilik berjiwa besar

27 August 2011.

Itu adalah tarikh saat kali pertama aku menemui dia....si cilik berjiwa besar itu. Detik itu adalah menjelang dua hari sebelum Syawal menjelma. Aku masih ngotot belum membeli baju raya idamanku. Semua tak kena...yang itu warnanya kurang terang, yang ini pucat, yang satu mahal dan ya...macam-macam lagilah komplen-komplen ngeri.

...lalu aku menemui dia...

dia datang membawa sekeping laporan polis yang mengatakan bahawa rumah keluarganya baru saja hangus dijilat api. Dia memohon ehsanku untuk memberinya sedikit duit...cukup setakat untuk mereka empat beradik makan malam itu.

Pemilik pagi yang tenang

Sekarang beritahu aku, bagaimana mampu menjadi pemilik pagi yang tenang?
Dengan hambatan masa mengejar bunyi loceng, karenah anak-anak dan timbunan komitment untuk diri sendiri, aku tak tahu bagaimana harus mengemudi pagi agar bisa jadi setenang impian kita semua.

Mungkin sudah sampai masanya kita menerima hakikat bahawa selagi anak-anak masih di tahap mumaiz, selagi itulah ketenangan itu tidak akan pernah kita miliki.

Mungkin juga sudah sampai detiknya kita menerima hakikat bahawa keributan-keributan ini adalah suatu seni yang mungil, yang akan kita kenang sebagai sesuatu yang indah nanti tua.

Mungkin juga kita sudah perlu menerima keadaan ini seadanya, bahawa ia adalah bahagian dari sebuah kehidupan rumah tangga...
Tuesday, October 8, 2013 | By: Luna Biru

What stuck me

Digital Story Telling Competition bakal bertarikh mati Jumaat ini.

Aku memang tak bernafsu sangat mau ikut. Selain sebab trauma masa lalu, aku terpaksa akui aku kalah dari segi ilmu editing. Setakat buat penggambaran, shooting dan directing, aku boleh handle lagi walaupun boleh jatuh sampai ke laut. Tapi bab editing ni....memang kelemahan utama aku...