How could she said that I hate her?
I hate her?
I hate my only princess of my life?
Atas alasan apa? Bahawa semenjak akhir2 ini aku sibuk, tiada masa dengar hati dia, asyik suruh dia tolong2 di dapur sediakan sungkai?
Jadi aku mesti apa? Berperang sendirian menyiapkan semuanya sendiri dan biarkan manusia-manusia puasa duduk dan baring bermalas2 sambil m3nikmati kepenatan berpuasa?
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
pemimpin tanpa wibawa
Tak semua pemimpin itu mampu memimpin. Kebanyakannya jadi pemimpin sebab dah memang nasib dah sampai masa untuk jadi pemimpin. Amat sedikit yang mampu mendidik diri memegang amanah itu. Bagi aku, kepimpinan adalah sesuatu yang boleh dibentuk. Lahir sebagai pemimpin pula adalah anugerah.
sahabatku super damn
Cuba korang renungkan 3 situasi ini baik-baik:
1. Seorang sahabat pinjam duit aku RM160 untuk bayar saman parking. Oleh kerana dia ni memang orang susah, jadi aku tak minta dia bayar balik pakai duit. Aku cuma suruh dia buatkan aku jemuran kain dari besi-besi buruk yang banyak bersepah di rumahnya. Kebetulan dia ni memang tukang jual besi buruk. Dia pun setuju.

hari penuh hectic
Menyandang jawatan jadi penyelaras tahun 6 sedikit sebanyak telah merampas masa senggang. Laporan perlu disiapkan setelah kertas ujian disemak. Aku yang mengada-ngada konon rajin benar ni pula jalankan ujian dua kali seminggu. Maknanya aku kena semak kertas ujian tiap2 hari.
mak kucing
Hajat untuk memiliki kucing sudah pun tercapai. Terima kasih pada kak Ilani yang sudi beri kucing-kucing kesayangan dia untuk aku. Seekor mak kucing dengan 4 ekor baby kitten yang kurus kering dan mata merah tanda banyak cacing kini sudah bertukar tuan. Aku gembira sungguh-sungguh sungguhpun aku pelik dengan kegembiraan yang bersungguh itu.
baby vs kitten
Semenjak dua menjak ni hati bagai digaru-garu kepingin menggendong baby comel dan hidu bau minyak kayu putih. Nak beranak tak dapat sudah. Kalau ada orang offer bagi anak angkat for sure aku mau. Terutama baby girl. manatau rezeki murah macam abah dan umi dulu tetiba ada orang ketuk rumah bagi baby...
Jangan ja kuntilanak ketuk pintu rumah bagi batu nisan....ha...naya kita.
Agaknya inilah sebab dokter tak kasi aku buat BPL dulu.
Dan agaknya, ginilah rasanya orang yang teringin sangat nak beranak,kan?
Kalau tak de baby, anak kucing pun bolehlah kut....tapi yang parsi. Ada kawan aku jual RM500. Ceh...tak de maknanya aku nak ngabiskan duit beli kucing. Besok lusa mati kena patuk lipan belakang rumah.
Agh....sadis betul keinginan ini sampai aku termimpi-mimpi.

kecik hati tau...!
kecik hati.
dahlah lalu tak tegur
tanya khabar pun tidak.
berterima kasih jauh sekali.
susah kalau dalam kepala cuma ada angin kus-kus.
susah betul nak deal dengan orang yang lebih mementingkan kemarahan lebih dari segalanya.
Ya Allah,
hanya Kau saja yang memiliki kuasa cinta yang mdahului kemarahanMu...

insya Allah
aku hanya ada satu soalan yang perlu dijawab segera;
satu persoalan yang perlu dicernakan;
satu kekusutan yang perlu dileraikan;
untuk itu aku pun merangka ayatku baik-baik.
aku rancang masa dan situasi molek-molek agar aku tak terkantoi dengan niat yang kononnya mulia ini.
aku sanggup tunggu sampai matahari hilang,
aku sanggup tunggu sampai perut yang kosong jadi kenyang,
aku sanggup tunggu sampai semua urat-urat di otak jadi tenang.
tapi bila sampai masanya yang kubuat cuma lopong panjang.
ah, tak payahlah tanya.
apa-apapun, ramadhan masih tersisa 20 hari lagi. esok bila dah syawal, moleklah semua ni.
Insya Allah

sakit itu anugerah 3
ALhamdulillah...
sakitku beransur sembuh hari ni.
di atas ketidak redhaanku menghadapi ujian ini, maka Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lain. kalau ditanya pilihan mana satukah yang lebih baik, maka aku lebih rela memilih demam.
see?
manusia mmg tak prnh puas sungguhpun apa yg didoakannya tercapai.
p/s ; keyboardku rosak. tpaksa pakai on-screen keyboard. terasa sungguh myeksakan.

Sakit iu anugerah 2
Jadi dehidrasi ku berkemuncak hari ini.
Sang doktor nasihatkan untuk dripping barang 2-3 botol untuk gantikan air yang hilang dengan kadar segera.
Malangnya aku tak de masa nak baring lama2 di katil emergency untuk layan sakit aku. Akhirnya aku memilih untuk menyekesaikanya dengan cara aku sendiri. Aku janji ngan encik doktor untuk minum 2 jag penuh air pulang nanti. Ha..hamek ko.

Kawan baru
Wei.
Aku lupa nak update yang aku ada kawan baru.
Encik Kamarul namanya. Orang panggil Kem. Aku pun ikut je lah panggil dia dengan nama tu.
Dia antara yang sangat responsive dengan status aku di FB. Selain si Ken-ji dan Kak Umi, of course; yang dua ni memang tak boleh kalah punya.
First kenal dia waktu kami sama-sama terlibat dalam persediaan Hari Guru baru-baru tu. Kenapa aku update pasal dia ni? Sebab dia mengingatkan aku pada best friend aku si Zul, budak Pahang tu. Rindu ada kawan yang berinfomatif dan lawak macam ni.
Jadi kehadiran Kem dalam dunia aku sedikit sebanyak memberi impak yang positif.
Good.
Aku lupa nak update yang aku ada kawan baru.
Encik Kamarul namanya. Orang panggil Kem. Aku pun ikut je lah panggil dia dengan nama tu.
Dia antara yang sangat responsive dengan status aku di FB. Selain si Ken-ji dan Kak Umi, of course; yang dua ni memang tak boleh kalah punya.
Jadi kehadiran Kem dalam dunia aku sedikit sebanyak memberi impak yang positif.
Good.
Sakit itu anugerah
Ciri-ciri nak demam sudah semakin menampakkan diri.
Leher makin sakit dan kering.
Perut pun makin membengkak.
Dehidrasi makin mengganas.
Ugh...salah sendiri sebab tak berapa telus jaga kesihatan diri.
Harap tak tambah satu lagi mc besok. Amin.
....sakit itu anugerah.
P/s : layan demam sambil tengok filem Friday the 13th is really a bad idea, huh!

cinta vs pesona
Umur dia 26 tahun.
Agaknyalah.
Yang penting dia jauh lebih muda dari aku.
Pria yang bercirikan tall, dark and handsome ni, kalau aku kat maktab dulu sure masuk senarai solat istikharah aku untuk dijadikan jodoh.
Dia kelakar, nice to be with, kurang matang dan nampak sangat masih tercari-cari diri sendiri dan sesuatu....yang bernama cinta.

sayang-sayang anak
Terus-terang aku nak cekik budak tu.
Dia adalah bukti besar bahawa cara aku mendidik anak berada dalam landasan yang betul.
Dia adalah hasil didikan ala-ala Anakku Sazali. Terlalu dimanja sampai jadi spoil dan loser!
Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan manjakan anak sangat. Biasakan anak dengan hidup susah dan biar dorang belajar makna hidup dalam erti kata sebenar. Sediakan dorang perisai untuk menerima sebarang kemungkinan dan teguhkan jiwa dengan semangat dan ilmu survivor.

Dua Remaja Bercinta
Ok.
Ini bukan kali pertama si Arindanial Kamikaze ber-couple.
Sebenarnya aku pun tak tahu kali ke berapa. Ada sekali tu dengan budak SJS. Tapi aku tak berapa minat bila terbaca post2 dia dekat FB. For me, she just an ordinary teen yang sesat terlampau lama mencari diri.

sekelumit penghargaan
Kau tahu tak,
Ucapan terima kasih dan senyum penuh ikhlas tu adalah bayaran paling mahal yang boleh buat semua penat jadi berbaloi?
Orang cakap perempuan ni suka demand. Nak-nak ucapan terima penghargaan ala-ala romantik dan separa rasmi.
Kalau boleh kena sanjung lagi perempuan suka dan kembang.
Tapi aku tak.
Tak perlu semua tu.
Impian aku simple-simple je.

Kitchen Helper and Partner
Aku memerlukan seorang kitchen helper yang menepati ciri-ciri berikut:
- Periang dan Happy Go Lucky
- Bukan perengus atau perungut
- Menenangkan jiwa
- Memberikan suasana santai dan ceria ketika di dapur
- Paling penting: tahu bidang tugas sendiri
Ada yang memenuhi karakter di atas?
Bolehlah apply kerja dengan aku.
Gajinya makan sedap sepanjang sungkai di bulan Ramadhan.
Plus dapat pahala besar sebab berjaya buat aku redha dan ikhlas dengan kepenatan. Tapi pahala tu bukan aku yang bagilah. Aku cuma tolong doakan saja semoga Allah dapat ringankan beban sepertimana bebanku diringankan.
Amin.
Seperti apa Ramadhan itu?
Seperti orang gila yang gunakan alasan cacat mentalnya untuk halalkan kegilaannya;
Seperti pesakit barah otak yang gunakan sakitnya untuk halalkan pemarahnya;
Seperti kita yang jadikan puasa untuk halalkan kekhilafan.
Seperti apa Ramadhan itu harus kita lalui sebenarnya?
Ada yang melaluinya dengan tenang kerana sudah terbiasa menjalankan puasa sunat sepanjang tahun;
Ada yang bengang sepanjang masa sebab cuma berpuasa setahun sekali;
Ada yang lemah dan lembik macam pisang layu (yang ni aku)....
Aku sudah melalui 36 kali Ramadhan.
Aku sudah saksikan 36 kali kegilaan di sepanjang tempoh itu.
Sampai sekarang aku tak tahu seperti apa Ramadhan itu seharusnya berlangsung.

tengah hairan ni
Ada orang solat lima waktu pun tetap susah nak bersih hati dari sifat pemarah.
Ada yang tak pernah solat, malah tak beragama tapi susah sangat nak marah.
Sebenarnya sifat marah tu dari syaitan ke atau memang sifat semulajadi?
Ah, tak wajar aku nak pertikaikan solat orang. Itu urusan dia dengan Allah. Tapi sedikit sebanyak terhairanlah juga. Mungkin, makin tebal ilmu dan iman, makin kuat dugaan Allah menguji sabar.
Yalah. Buat apa Allah nak uji orang yang tak pernah cium bau sejadah, kan?
Wallahuaklam.
p/s : Jangan banyak cakaplah, Luna. Banyak marah tak pe.

dua manusia istimewa bertajul tanah
Dua manusia ini adalah yang paling dekat di hati.
Sangat istimewa dan punya cinta yang paling tak ragui seumur hidupku.
Mereka mampu buat aku melantun ke langit sekaligus membenam aku nun terperosok ke perut bumi.
Entah kenapa mereka punya sifat yang sama. Mungkin sebab dua-dua berasal dari anasir tanah. Aku tak tahu kalau itu semua ada kaitan. Tapi teori tu boleh pakai juga sebab sudah bertahun-tahun jadi bahan ujikaji.
Hari ini kedua-duanya buat aku sawan.
Mungkin besok aku yang perlu mengamuk duluan. Ah...taktik tu tak boleh pakai lagi sebab dah terbukti hanya akan bawa padah.
Semoga Allah pinjamkan aku kesabaran extra. Dua lawan satu confirm aku kalah. Hanya Kau saja wakilku untuk tenangkan dorang, Tuhan.
AMIN.

Ramadhan dan kekantoian ku
Kelmarin Ramadhan ku berlangsung dengan aman. Meski terkuras jasad menahan penyakit dehidrasi yang selalu sulit untuk membuatku bertahan. Biarpun sudah sampai ke tahap memaksa tulang empat kerat, namun aku mampu juga menyiapkan juadah seperti yang diminta oleh anak-anak.
Memang memasak itu adalah suatu nikmat bagiku.
Tapi Allah tidaklah menyediakan hari-hari bahagia itu setiap hari kalau kita sendiri tidak tahu menjaganya dengan baik.
Apalah pula diharapkan dari sebuah hari kering kontang untuk sentiasa basah debgan cinta dan kebahagiaan. Kita sering menganggap bahawa puasa itu adalah tentang menahan nafsu makan dan minum sahaja. Kita lupa bahawa sebenarnya ia bermakna kepada isi yang lebih dalam. Menahan amarah adalah salah satu daripadanya.
Jadi, puasaku pun kantoi di hari kedua ini tepat jam 4.50 petang. Nipis benar imanku.
Sudah 15 tahun begini.
Entah bilalah mahu berubah.
wira sedanku
Berputus asa bukanlah sifatku.
Tapi ia boleh menjadi sejatiku tika segala usahaku bertemu di titik bisu.
Dan aku pun sudah menghampiri ke garisan itu.
Penyudah keputusaan ini adalah kebencian.
Dan aku betul-betul sudah membenci Wiraku.
Penat harus berjuang mempertahankannya sendiri. Kalau abang boleh berhenti berharap, kenapa tidak aku?
Bodoh benar perjuanganku ini.

Marhaban Ya Ramadhan
Sayup-sayup kudengar witir dibaca dan disambut oleh jemaah Masjid As-Sobirin yang cuma sepelaung jauhnya dari rumah.
Terbit rasa ingin bergabung untuk sama mengimarahkan rumah Allah di malam Ramadhan yang mulia ini. Tapi aku terus leka menghimpun alasan demi alasan yang sudah kuguna pakai selama lebih 15 tahun.
Entah kapan keengganan ini dapat ku tewaskan.
Ya
kau memang kampunganlah, Luna!
Akaun bank online kau tak de,
Astro Beyond kau tak de,
Hp Touch Screen kau tak de,
Skype, wasssap, Line, Messenger semua
Pun kau tak de...
Kau ni memang kampunganlah, Luna!
Memang patut pun kau jadi cikgu
Kawin pula dengan cikgu
Dua-dua sama macam katak
Bawah tempurung.
Astro Beyond kau tak de,
Hp Touch Screen kau tak de,
Skype, wasssap, Line, Messenger semua
Pun kau tak de...
Kau ni memang kampunganlah, Luna!
Memang patut pun kau jadi cikgu
Kawin pula dengan cikgu
Dua-dua sama macam katak
Bawah tempurung.
kepala batu kita
Anak-anak bergaduh, kita mak bapak pula yang bermasam muka...
Padahal, dorang gaduh tak sampai lima minit tapi kita tak bertegur sapa boleh-boleh sampai separuh abad.
Sebenarnya kita lebih emosi berbanding anak-anak kecil. Hati kita pun tak suci sebab tu bila marah suka biar lama-lama...
Jadi kesimpulannya, samada nak ikut perangai anak-anak atau kita terus layan kepala batu.
Susah bila itu batu besar atas kepala juga ada duduk.

isi doaku
Hari ini adalah hari penting bagi abang. Ingin benar kubaca gelisahnya kalau saja bukan tembok-tembok ego jadi penghalang.
Apapun yang bakal dihadapinya hari ini, aku hanya mampu berdoa agar segalanya berlangsung sesempurna rencananya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan menjadikan kemenangan berpihak padanya.
Semoga dia tahu, bahawa dia tetaplah menjadi isi doaku.

pengharapan
Kita sentiasa mengharapkan pagi yang tenang, aman dan senyap. Tapi apalah yang diharap dengan keinginan itu sekiranya ia hadir dengan anak-anak kecil yang masih menagih perhatian. Si abang yang perlu mengurus diri dipaksa mengurus si adik. Si adik yang masih bertatih, dipaksa menjadi dewasa cepat.
Tak wajar kita mengharapkan kesempurnaan kalau kita tidak memberi yang sempurna. Itu fitrah.
Tak wajar kita mengharapkan kesempurnaan kalau kita tidak memberi yang sempurna. Itu fitrah.
penghitung budi
dia suka menghitung budi-budinya, menghitung jasa-jasanya.
Dia tak mahu pula mengakui kelemahannya apalagi menerima kesalahannya.
Dia julang egonya seolah ia satu benda berharga...
Dan aku memandangnya bagai satu makhluk yang layak untuk dikasihani.
Dia tak sedar betapa malangnya dia kerana telah memilih untuk mempertahankan personaliti itu.

Bulan Kecergasan
Bulan Kecergasan ini selalunya di adakan terbuka kepada seluruh warga Papar.
Entah kenapa kali ini tumpuan hanya diberikan kepada pihak sekolah saja. Selalunya, seronok tengok parents sama-sama buat 10 ribu langkah bersama anak-anak.
Lebih malang lagi bila murid-murid sekolah rendah tiba-tiba menerima arahan untuk tidak ikut serta dalam program berjalan kaki. Padahal, dorang sudah set dalam otak untuk melakukan aktiviti ni sejak awal-awal lagi. Sudahnya, semuanya dikumpul dalam dewan untuk dengar ceramah PEMADAM.
Hari Guru Daerah Papar
Hari Guru Daerah Papar pun berjalan dengan jayanya, meski kerusi-kerusi di dewan sedikit lengang dari tahun-tahun-tahun sebelumnya....
Abang yang sepatutnya menikmati hasil kerjanya pun terkantoi atas katil disebabkan ketidakmampuannya menangani kepenatan dan mengantuk. Nasib baiklah aku pulang awal sedikit semalam jadi bolehlah aku mengatasi rasa penat yang menyeksakan ini.
Sedikit kecewa dengan persembahan gimik pelancaran yang agak kaku dan statik. Jauh berbeza dengan hasilan yang pernah dibuat oleh team kami, nyatanya gimik tersebut sama sekali tidak mampu mencuri tumpuan. Rata-rata membilang kekecewaan. Ya...apalagi yang indah di hari guru selain koir dan gimik? Selebihnya hanyalah majlis penganugerahan yang sama sekali tiada berkait dengan istilah 'sambutan' itu sendiri. Sayang sekali tayangan multimedia bercorak drama yang pernah kami siarkan pada tahun 2011 tidak diberi kelulusan lagi.
kelam kabut lagi! : Di hari Guru
Setelah berehat tahun lepas dari kesibukan di hari guru daerah, kali ini aku dipanggil semula. Tugas kami kali ni agak mudah dan ringan saja, iaitu menyediakan profail dan montaj untuk tokoh guru saja. Semua tugas sudah dibahagi dengan adil agar team multimedia ni tidaklah terlalu dibebani dengan tanggungjawab yang menggila-gila.
Hari Sukan Sekolah Ade & Mizan
Gembira betul Ade dan Mizan sebab sekolah dorang akan anjurkan sukan sekolah sempena MSS Sk. Kuala. Dari malam lagi sudah bersiap menyediakan pakaian. Balik-balik dia tanya aku kalau-kalau aku sempat jenguk dia beraksi di padang. It seems that hari tu sangat penting bagi dia...
So aku pun sempat jugalah curi masa pergi lawat dorang ni di sekolah. Waktu aku sampai, encik perasmi tengah berucap. Tunggu punya tunggu, tak habis-habis juga ucapannya. Akhirnya, aku terpaksalah balik dengan tangan kosong sebab masa free aku sudah tamat.
Pelancaran Program Saya Seronok Datang ke Sekolah
back dated.
Aku lupa tarikh program ini.
Objektifnya adalah untuk membanteras gelaja ponteng hingga ke sifar.
Tak banyak info yang aku dapat kecuali aku berpakaian agak menjolok mata hari ini, di mata merekalah....
Science Story Telling on KASTEK
Entry ini adalah berkesinambungan daripada tajuk ini.
Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Sabah pun bermula selama tiga hari bermula dari 28 Jun - 30 Jun.
Ini adalah penglibatan pertama aku.
Setelah jenuh menyiapkan costume grand si burung kakak tua ini, kami pun melangkah masuk ke dewan pertandingan dengan segala harapan di dada. Deep in my heart, aku mengharapkan keajaiban berlaku agar Miza mampu menyudahkan tugasnya sebaik mungkin. Menurut pengalaman yang lepas, Miza jenis yang cepat kalut atas pentas. Lagipun, waktu latihan kelmarin, dia belum steady lagi...
Hari Bahagia untuk Umi
Event ini diadakan sudah lama sekali...somewhere di bulan May saat dunia bergabung menyambut hari ibu. Menolak pada keraguan tentang 'kehalalan' sambutan ini, aku berpegang pada sunnah yang mengatakan bahawa setiap pekerjaan anak Adam itu bergantung pada niat dan keikhlasannya.
Jadi niatku cuma satu; ingin membahagiakan hati Umi yang sudah lama terpinggir kerana kesibukanku. Rencananya sangat mudah, dan terlalu sederhana sebenarnya. Aku dan Along akan meraikan Umi di sebuah restoran ekslusif dan kemudiannya bawa Umi pergi shopping. Sangat sederhana, kan? Tanpa abah, tanpa adik-beradik yang lain. Hanya kami bertiga.
Sebenarnya aku agak ragu dan kaku dengan semua ini. Terus-terang, Umi adalah wanita yang sulit untuk gembira dan puas. Umi juga tidak mempunyai kemahiran untuk menyembunyikan kejengkelannya. Sikapnya inilah yang telah membuat aku menutup ruang untuk menikmati hari-hari sebegini. Tanpa sedar, aku sudah menutup pintu itu terlalu lama...sampai akhirnya rajuk itu bertukar menjadi keselesaan yang ampuh.
Kunjungan dari Brunei
Saudara yang satu in ditemukan macam program Jejak Kasih oleh Laman Buku.
Semenjak itu, talian yang telah lama terpisah itu terjahit rapat bagai sulaman benang emas di atas kain sutera.
Entah bila dapat membalas kunjungan mereka yang telah tiga kali menziarahi kami di Sabah.
Ada apa ya di negara Brunei?
Sukantara Sk. Surati
Sukantara pun berlangsung dengan mood ku yang ke laut...
Dipaksa-paksa pun aku tak mampu nak jadi tukang sorak macam dulu-dulu. Mungkin sebab hati aku sudah jatuh pada hobi baru...
Atau...aku sememangnya benar-benar diserang sakit kepala kronik!
Growing the Plant
Sejujurnya, KSSR adalah satu pendokumentasian yang hebat sekiranya ia dijalankan setelus perencanaan. Aku akui agak terkial-kial saat pertama kali memegang kelas KSSR tahun ini. Dokument Standard yang menggantikan istilah sukatan pelajaran benar-benar mencabar kemampuan untuk menjadi guru yang berinovatif.
Majlis Penyampaian Hadiah MSS Surati 2013
I love green! |
Majlis Penyampaian Hadiah MSS Surati pun dijalankan mengikut ketetapan.
Suasana tepu dan kaku menyelebungi sepanjang tempoh anugerah ini. Kenapa ya? Mungkin keterujan itu sudah lenyap setelah dua hari bercuti. Tajuk entry ni pun agaknya tak sesuai dengan isi sebab aku langsung tak sempat nak rakam gambar budak-budak ni terima pingat.
Latihan kilat Miza untuk Science Story Telling
Penat bertugas di padang masih bersisa di atas badan.
Aku sumpah mahu tidur puas-puas dan telan ubat piriton.
Namun sumpah itu batal bila aku baru teringat kalau aku perlu datang ke sekolah jam 2.00 petang untuk melatih seorang peserta ke Pertandingan Bercerita Sains sempena KASTEK 2013 peringkat negeri Sabah.
Hampeh...
MSS SK. SURATI 2013
Kenangan Temasya MSS tahun 2012 |
Tiga tahun berada di sekolah ini bermakna sudah tiga kali temasya MSS aku lalui.
Setiap tahun itu pula aku menyaksikan anak-anakku beraksi di padang. Aku jadi penyorak utama, pencipta yell-yell yang manis dan menyebalkan.
Tapi nampaknya tahun ini, aku hanya mampu jadi pemerhati. Tanpa rasa, tanpa nafsu, aku hanya jadi tukang ketik kamera. Entah kerana aku masih terbayang Anis dan Abe atau kerana sakit di kepala yang masih tidak mahu mengalah pergi. Atau mungkin juga sebab aku keliru dalam masa yang kian menghimpit. Saat ini aku perlu melatih seorang lagi peserta untuk wakil ke peringkat negeri dalam pertandingan bercerita. Kalut. Minda dan otakku bagai rambut yang terkulut-kulut.
Karnival PPDa Daerah Papar
Meski ini adalah acara wajib setiap tahun, tapi aku tetap selalu lalai menyiapkan diri untuk menghadapinya...
Masa adalah musuh utama kalau kita adalah manusia yang tidak bijak menguruskannya dengan baik. Masa juga adalah kambing hitam yang selalu dipersalahkan bila kita gagal menyempurnakan tugas. Kesian encik Masa...Patut kalau dah tahu dia salah, kita lapor saja pada polis biar dia kena tangkap.
Jadi, seperti tahun-tahun sudah, aku masih terus terjerut antara keinginan mahu menghantar peserta atau tidak. Sekal lagi masa jadi masalah utama di sini. Sepatutnya aku melatih murid sejak awal tahun dan menuai hasilnya pada masa ia sudah masak. Tapi aku gunakan kaedah seperti menyuntik ayam dara untuk segera bertelur.
Penerima Anugerah Kokum Terbilang
Jadi akhirnya anak gadisku yang satu ini pun diiktiraf juga oleh pihak sekolah atas pencapaian terbilangnya dalam bidang kokum.
Tahun lalu, harapannya hancur bila ternyata dia bukanlah pilihan pihak sekolah untuk menerima anugerah ini.
Dan betapa sampai sekarang pun aku masih ingat betapa kecewanya dia...
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2013
(257)
-
▼
July
(43)
- Krisis remaja
- pemimpin tanpa wibawa
- sahabatku super damn
- hari penuh hectic
- mak kucing
- baby vs kitten
- kecik hati tau...!
- insya Allah
- sakit itu anugerah 3
- Sakit iu anugerah 2
- Kawan baru
- Sakit itu anugerah
- cinta vs pesona
- sayang-sayang anak
- Dua Remaja Bercinta
- sekelumit penghargaan
- Kitchen Helper and Partner
- Seperti apa Ramadhan itu?
- tengah hairan ni
- dua manusia istimewa bertajul tanah
- Ramadhan dan kekantoian ku
- wira sedanku
- Marhaban Ya Ramadhan
- kau memang kampunganlah, Luna!
- kepala batu kita
- isi doaku
- pengharapan
- penghitung budi
- Bulan Kecergasan
- Hari Guru Daerah Papar
- kelam kabut lagi! : Di hari Guru
- Hari Sukan Sekolah Ade & Mizan
- Pelancaran Program Saya Seronok Datang ke Sekolah
- Science Story Telling on KASTEK
- Hari Bahagia untuk Umi
- Kunjungan dari Brunei
- Sukantara Sk. Surati
- Growing the Plant
- Majlis Penyampaian Hadiah MSS Surati 2013
- Latihan kilat Miza untuk Science Story Telling
- MSS SK. SURATI 2013
- Karnival PPDa Daerah Papar
- Penerima Anugerah Kokum Terbilang
-
▼
July
(43)