Thursday, May 30, 2013 | By: Luna Biru

Keinginan

Keinginan untuk membahagiakan orang yang kita sayang adalah naluri yang difitrahkan buat kita semua. Hanya saja keinginan itu seringnya tertunda lantaran keterbatasan kemampuan diri. 

Namun sayangnya, orang yang kita sayang itu seringnya tidak sabar menunggu sampai kita mampu membebaskan diri dari belenggu keterbatasan. 

Ah, cinta tidak boleh bagi makan. Tidak boleh diubah jadi pasir pun untuk dibuat rumah. 

Wang selalu jadi penentu segalanya. 

Maafkanlah ketidakberdayaan ku ini....keluargaku....

Lunch at Promenade


Sejujur-jujurnya, bagi aku idea untuk buffet atau hi-tea di hotel 'berjenama' high class dengan kadar bayaran yang agak tinggi adalah sangat tidak berbaloi. Bukan duit menjadi persoalan tetapi hakikatnya, tahap kemampuan kita untuk menikmati lebih 70 jenis makanan yang dihidangkan adalah sebenarnya sangat terhad.   Terkecualilah kalau orang tu jenis berperut 'beladar' atau 'berampalus' besar. Untuk manusia yang usus perut kecil macam aku, rasanya aku lebih memilih untuk makan roti canai di kedai Bismillah. 

Kem Kecemerlangan UPSR : Binsulok Resort


17- 18 Mei 2013. 

Kem Kecemerlangan UPSR buat kali kedua telah diadakan di Binsulok Resort. Kali ini, sasaran ditujukan untuk pelajar cemerlang dan Near Miss Lulus iaitu seramai 22 orang. Kem ini membawa kelainan dari yang pernah dijalankan sebelum ini hasil idea yang dicetuskan oleh encik penganjur. 

Our Family Day...the best moment

27 Mei 2013 (Isnin)

Kadang-kadang, kita tidak perlukan rencana khusus untuk menikmati hari-hari bahagia. Detik kebahagiaan itu muncul begitu saja saat semua hati berpadu dan terbuka untuk menyatu dalam menciptakan sebuah moment yang sempurna. Bahkan, tatkala kita merencanakan segala sesuatu dengan sempurna, keadaan tidak mengizinkan untuk bahagia itu muncul. Kerana itu aku tidak pernah percaya pada perancangan untuk membahagiakan seseorang pada hari-hari yang khusus. Bagi aku, saat sempurna bisa muncul tanpa diundang-undang. Kitalah yang perlu peka untuk meraihnya. 

Tuesday, May 28, 2013 | By: Luna Biru

naluri

Naluri itu mengheret aku ke laut rasa seorang penghasad. Dengki dan cemburu adalah sebuah perasaan yang penuh dangkal. Ia terbit begitu saja sekadar untuk menyakitkan hati yang sudah parah.

Kalau imanku hanya berdiri di pinggir jalan, sudah pastilah hari ini aku tewas mengenal makna syukur.
Wednesday, May 22, 2013 | By: Luna Biru

Perhimpunan Bulanan 1M 1S : Senamrobik

Perhimpunan Bulanan 1M 1S menjenguk lagi di bulan Mei ini. 

Jadi itu bermakna warga Sk. Surati akan berhimpun untuk bersenamrobik a.k.a berpoco-poco dan ber'chicken dance' lagi...!

Ke Majlis Gunting Rambut & Sambutan Hari Ibu

12 Mei 2013 (Ahad)

Oleh kerana kami tidak bercadang untuk menyambut hari kelahiran abang, maka tengahari itu pun kami berangkat menuju ke majlis Gunting Rambut anak pertama Encik Romzi Yusuff. Romzi ni anak buah aku yang sudah lama aku tak jumpa. Kali terakhir aku ingat, muka dia tak macam ni. Nasib baiklah jumpa di sini, kalau jumpa di Pekan, for sure aku tak tegur sebab muka dia memang sudah jauh berbeza dari dulu. Aku taklah rasa bersalah sangat tak kenal dia sebab rupanya dia sendiri pun sudah tak cam aku lagi...

Abah memotong rambut cicitnya

The Safety Campaign by Talisman

The Safety Campaign by the Talisman Group yang menjelajah seluruh Sabah kini singgah di Sk. Surati. Program ini bertujuan untuk memberi informasi umum mengenai semua jenis keselamatan termasuklah keselamatan di jalan raya, di rumah dan di tempat kerja/sekolah. 

Tuesday, May 21, 2013 | By: Luna Biru

12 Mei...Selamat Ulang Tahun, abang!

Aku sudah plan dari semalam untuk cium pipi abang pagi-pagi dan wish dia happy birthday. 

Tapi saat pagi menjelang, aku lupa semua tu bila aku disogokkan kes Arin yang pergi ke Stadium Likas sendiri tanpa pengetahuan aku. 

Err...aku memang pantang kalau mana-mana ahli keluarga yang jalan tanpa excuse. Bagi aku itu perbuatan biadap dan sangat mementingkan diri. 

Mungkin Allah nak uji aku, maka aku pun mulalah hilang kawalan. Nasib baik alarm di handphone berbunyi untuk ingatkan aku. Malangnya, encik handphone terlambat buat reminder sebab aku sudah terlanjur menyembur. Huhu....

Kepada abang, 

Maaf tiada apa-apa untuk tahun ini. Tiada kejutan, tiada ucapan yang manis-manis, tiada kek buatan sendiri, tiada masakan tengahari untuk kita semua berkumpul-kumpul dan makan walaupun cuma telur goreng dan sayur tumis. 

Kami sayang abang....

Wednesday, May 15, 2013 | By: Luna Biru

barua

Kadang, atas nama hidup dan kehidupan, manusia sanggup buat apa saja sekalipun jadi pengkhianat dan penipu. Bahkan, walau terpaksa menjilat ludah sendiri pun!

Dan aku, adalah antara manusia yang kurang beriman yang tabah menghadapi dugaan Tuhan. Kalau setakat jilat ludah, apalah sangat....(kan?) Lebih dari itu pun aku sanggup.

Agaknya kalau zaman Jepun dulu, akulah yang jadi barua dan tali barut Nippon!

Dan,

Kalau aku terpaksa jual Raja Sulu untuk Anwar Ibrahim pun aku sanggup. Why not? Prinsip hanyalah lembaran ilusi yang tidak nyata. Hidup dan kehidupan adalah sebuah kenyataan konkrit yang perlu dihadapi setiap hari. Kau perlu ingat bahawa darah penjahat mengalir dalam badan aku yang bercampur dengan naluri seorang anak, isteri dan ibu.

Cabarlah aku dengan sungutmu....
Tuesday, May 14, 2013 | By: Luna Biru

Sambutan Pra-Hari Guru (Episod 2 : Badminton Match)

Ini adalah episod kedua dalam aktiviti hari guru kami.


Barangkali dulu permainan badminton ini adalah makanan bagi aku. Ngeh...macam termberang bunyinya. Namun, kecederaan tragis hampir 18 tahun lalu sudah merenggut segala nikmat yang Allah pinjamkan pada aku selama itu. Kecederaan yang dipanggil ACL itu memberi impak sampai ke hari ini. Sejak hari tu, lutut aku sering terlepas dan bila masuk balik, lutut seakan terkunci. Dokter sudah berulang kali mengesyorkan untuk pembedahan tapi aku masih percaya pada rawatan tradisional. Tapi semenjak makin tua ni, masalah ni semakin menunjukkan ciri-ciri yang menakutkan. Mujur saja aku ni sememangnya berjiwa sukan, kalau tidak, aku lebih rela duduk tepi gelanggang dan buat air oren. 

Bila cikgu khilaf a.k.a Bila cikgu memang baran

Kisah cikgu pukul murid mungkin tajuk yang paling biasa kita dengar (aku cakap pukul, bukan rotan ok. Rotan dibenarkan dengan bersyarat). Jumlahnya barangkali sama dengan kes ibubapa dera anak. Bezanya cikgu tak lah sampai ke tahap mendera sebab mungkin tak banyak masa macam ibubapa yang hidup mati dengan anak. 

Tapi biasa atau tidak didengar, nyatanya kisah ini tetap menjadi duri yang menyakitkan dalam kehidupan masyarakat kita. 
Friday, May 10, 2013 | By: Luna Biru

Sambutan Pra-Hari Guru (Episod 1)



Tahun ni sekolah kami mencari kelainan dalam menyusun tentatif Hari Guru. Biasanya aktiviti hanya akan berjalan semasa perayaan diadakan. Jadi, atas nasihat ahli fikir sekolah, maka tahun ini aktiviti dibuat pada masa yang lain, lalu ditutup pada hari perayaan. 

Pertandingan Badminton dan Bowling adalah senarai yang telah terpilih dalam banyak-banyak senarai yang telah disidangkan. 

Oh pleaselah...dua-dua pun aku kantoi. Haha...Tiadakah pertandingan main PS3? Aku teror main Taken. Nda pun, jom lawan Daytona. 
Thursday, May 9, 2013 | By: Luna Biru

Penjelasan

Orang cakap kucing tiada tikus pun berlari-lari. 

Haha....

Malam ni aku terima ajakan seorang sahabat lama untuk menemaninya ke KK. Hmm...bagus juga idea ni sebab aku pun dah lama tak makan McD. Oh...maaf. Aku tak terima idea makan McD bermakna kita menumpahkan darah Palestine, ok?

Apapun, pertemuan dengan Connie malam ini telah membuka satu kisah yang tidak kutahu akan kewujudannya. Semuanya berkonsekuensi dari entry Action Song Story Glory. Rupanya entry itu telah menyentuh sensitiviti sebelah pihak yang telah aku libatkan dalam isi entry tersebut. 
Tuesday, May 7, 2013 | By: Luna Biru

Usaikanlah...

Kepada semua ibubapa, marilah kita sama2 (teachers - parents) mencemerlangkan anak kita. Dunia makin maju. Terpenuhi oleh manusia bijak pandai. Saingan dan cabaran tidak kenal kompromi. Tanpa pelajaran dan kemahiran, anak-anak kita tidak akan ke mana. Takut kita nanti hanya jadi malukut di tepi gantang. 

Tanamkanlah semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mereka. Mungkin mereka terlalu kecil untuk memahaminya saat ini. Tapi percayalah, semua yang kita katakan ada tersimpan dalam memori otak mereka, yang pada suatu saat akan tercerna seiring dengan usia dan kedewasaan. Sekecil-kecil mereka hari ini, esok akan dewasa juga. Sampai waktunya, mereka juga akan mencapai usia 21. Kegagalan membuat mereka mengerti, akan berkonsekuensi buruk di masa akan datang. Segala isu yang berlaku rentetan PRU13 adalah permulaan untuk sebuah dunia yang lebih mencabar. Kita hanyalah manusia kerdil yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa. Tapi kita dapat melakukannya dengan mendidik anak kita sebaiknya, agar anak-anak kita tidak terkeliru dengan arus politik yang bakal mereka hadapi kelak. 
Saturday, May 4, 2013 | By: Luna Biru

ini kalilah

Aku rasa betul2 nak tergelak bila istilah 'Ini kalilah'pula dijadikan isu sempena musim PRU 13 ni. Samada kehabisan modal atau saja nak buat gempak. Sebenarnya istilah ni sudah lama digunapakai oleh Sabahan. Penggunaannya sama macam istilah 'aramaitih', 'hantap banar', 'terlebih sudah' atau 'bagus bah'. Persoalannya, mcamana istilah ni boleh terlepas ke semenanjung, aku pun tak pasti. Mungkin sejak DSAI datang Sabah hari tu dan tgk budak kecik bersuara merdu tu nyanyi lagu Ini Kalilah. Boleh check youtube kalau nak tengok. Aku tak dapat nak link sbb taip guna hp. Syukurlah semuanya berakhir hari ni...

hampeh lagi

Esok dah nak mengundi. Harapan aku untuk menangguk di air keruh sempena musim PRU ni langsung tak tercapai. Huhu.. Lebih sadis lagi bila usaha aku langsung tak berbaloi bila kawan aku engkar janjinya. Memang hampeh
Friday, May 3, 2013 | By: Luna Biru

hampeh

Bila kita  terlalu buat mind set kita akan jadi mudah sangat kecewa saat semua yang dirancang bertabur ntah kemana-mana. Meski yang dirancang tu tak sepenting mana, tapi bagi kita yang sudah terlebih meletak harapan, sudah pastilah semua itu akan membuat hati yang tenang jadi kacau-bilau.

Agh....aku cuma mahu melayan sakit sambil tonton versus dengan anak-anak! Aku dah janji pada puan jasad untuk tenangkan dia malam ni setelah bertempur dengan tugasan yang kemudiannya tetap sia2 juga.

Memang hampeh.



P/s : aku ikhlas betul sakit hati. Oh...memang menyakitkan hati betul sakit  hati ni kan?
Thursday, May 2, 2013 | By: Luna Biru

Rindu itu

Rindu itu memeras seluruh waras
namun hatiku berkepala batu untuk tewas
entah sang syaitan-kah yang gagah menjadi dalang
atau jiwaku-kah yang sebenarnya jalang?

Tak ku tahu lagi mahu ku bawa semua ini
enyahlah kau rindu
jangan terbit bersama mimpi.

Someone asked me, kenapa dah lama tak berkarya? Aku tak tahu nak jawab apa. Mungkin Susan betul bila dia mengaitkan kisah hidup Sidney Sheldon sejak mula berkarya hingga sekarang. Tapi aku tidaklah sesenang encik Sidney sampai aku tuntas idea untuk berkarya.

Entahlah....

Apa yang pastinya puisi ini tercipta atas permintaan kawanku. Semoga bisa hilangkan rindunya.