Kadang-kadang Tuhan uji kita sakit dan rasanya tak perlulah kita tercari-cari sebabnya. Sudah namanya hidup mana ada manusia yang sihat sentiasa. Sebagai manusia, kenalah terima, berusaha dan tawakkal. Macam air, ada pasang ada surut, maka esok, surutlah sakit, kembalilah sihat. Insya Allah...
Dalam pada-pada keadaan yang tak berapa sihat, Malaysia sambut hari Merdeka untuk kali ke-55. Hasrat hati mahu melihat pertunjukan dan perarakan merdeka secara live tetap masih jadi mimpi untuk ke 35 kalinya. It was a ridiculous idea, huh?