Wednesday, February 29, 2012 | By: Luna Biru

MSSD Bola Baling Peringkat Daerah Papar (Perempuan)


29 Februari, 2012 (Khamis)

Hari ini aku mempertaruhkan lagi pasukan bola baling Sk.Surati di acara MSSD Bola Baling Peringkat Daerah Papar buat kali kedua. Pasukan yang dikepalai oleh Anis ini nyatanya tidak menghampakan meskipun aku sama sekali tidak meletakkan sebarang harapan untuk dorang menang. Persembahan mereka hari ini benar-benar diluar jangkaan, padahal sepanjang latihan dorang benar-benar menyakitkan hati. 
Monday, February 20, 2012 | By: Luna Biru

Prejudisme mangsa aniaya

Oh, ini adalah kesinambungan kepada entry prejudisme sihir kelmarin.

Maaf sekali lagi bernada merungut.

Ternyata, ketaksuban menjadi mangsa sihir bukan saja jadi perkara yang menyebalkan dalam hidupku. Tapi tentang satu hal ini juga. Ianya tentang jenis manusia yang begitu teruja merasakan dirinya menjadi mangsa penganiayaan orang lain.
Sunday, February 19, 2012 | By: Luna Biru

Prejudisme sihir

Ini adalah entry yang nadanya sedikit merungut. 

Ada manusia begitu teruja menjadi mangsa sihir yang perantaranya adalah jin dan syaitan.

Erk...kenapa ya?

Hebat sangatkah rasanya menjadi mangsa sihir? Hinggakan apa pun yang berlaku dalam kehidupannya, pasti dikaitkan dengan sihir. Dari sakit kepala sampailah datangnya seekor belalang ke dalam rumah, pasti ada kena-mengena dengan sihir.
Thursday, February 16, 2012 | By: Luna Biru

Dinding

Kadang-kadang, bila kita sedih, kita cuma perlukan seorang kawan untuk mendengarnya. Sekadar mendengar agar segala yang terbuku dapat dibebaskan. Sama macam bila kita marah, maka kita akan meluahkannya dengan seseorang. Dan seseorang itu tidak perlu pula mengambil sebarang tindakan dengan menyampaikan kemarahan kita pada orang yang kita sebalkan. Sebabnya, segala kesedihan dan kemarahan itu akan hilang sekejap lagi bila segalanya sudah terluah. Tapi lazimnya, manusia tak berapa suka jadi sekadar pendengar. Mereka lebih suka mengambil keputusan untuk menjadi peguambela dan kemudiannya melakukan tindakan yang hanya memperpanjangkan masalah. Itulah yang terjadi kalau kita silap memilih rakan kongsi.

The Three Wishes

http://picture-book.com/content/three-wishes
I believed that most of you have read this book. And if you don't, it's time for you to google it and learn the lesson that hidden in this story. 


MSSD Zon Pekan, Papar, The Final Day



Hari ini (16 Feb, 2012), berakhirlah temasya MSSD Zon Pekan kali ke-20 di Padang bersejarah SMK Majakir, Papar. Temasya yang berlangsung selama dua hari ini telah mencatatkan sejarah apabila SK. Anglo Chiness tampil sebagai Johan keseluruhan diikuti dengan SK. Pekan dan SK. Pengalat Besar. Sk.Surati muncul sebagai tempat keempat dengan pungutan pingat yang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Olahragawan disandang oleh Sk.Pekan sementara olahragawati pula dari SK.Angloo Chiness. Kami gagal mempertahankan sekaligus memperbaiki kedudukan dalam acara perbarisan apabila hanya layak mendapat tempat ketiga setelah diatasi oleh Sk.Kelanahan. Sk.Buang Sayang tetap berjaya mempertahankan hak kejuaraan. Memang layak. Tahniah.
Wednesday, February 15, 2012 | By: Luna Biru

Belitung Islandhttp://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

http://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html


OMG....Aku kepingin ke sini...ke Pulau Belitung, Jakarta, tempat berlakunya lokasi untuk filem Laskar Pelangi. Tapi aku baru tahu nama tempat ini malam ni, saat membuat sedikit homework untuk membantu murid warga asingku mencari gambar kampungnya di tanah seberang. Katanya, "Sehumur hidup aku nda pernah dipotret teacher...apalagi memotret gambar kampungku..." Nah...kerana dia sudah melengkapi tugasannya menceritakan pengalamannya balik ke kampung, maka aku pun dengan lapang dada mencarikannya potret ini...ternyata....indah sekali!

MSSD Zon Pekan, Papar


Anis berjaya merangkul pingat emas bagi acara lompat pagar  yang melayakkannya ke daerah. 

Berlangsunglah temasya sukan MSSD Zon Pekan petang tadi di padang SMK Majakir, Papar untuk hari pertama. Hari ini menyaksikan acara saringan bagi lari pecut 100m, larian berpagar dan juga acara padang. Sekolah kami yang tercinta hanya berjaya membawa pulang 1 pingat emas hari ini yang diraih hasil pecutan Anis bagi acara lompat pagar 80m. Tahniah sumandakku...esok berentap lagi bagi acara 4X100m. Anis gagal dalam saringan 100m meskipun itulah acara utamanya. Sebab gagal tersangatlah poyo sebab Anis tersilap memahami istilah 'percubaan' dan 'saringan'. Ia adalah kekalahan yang sangat menyakitkan hati sebab aku tahu pencapaian Anis memang terbaik. Entah macamanalah dia boleh salah penerimaan hinggakan pada acara saringan itu dia berhenti sebelum garisan penamat.
Wednesday, February 8, 2012 | By: Luna Biru

Perlunya Tragedi

Untuk renungan diri

Kadang-kadang bangun pagi hati terasa segar dan cerah kerana tahu yang hidup sungguh indah. Pabila hampir setiap hari berperasaan yang sama, lumrah manusia, hati mula lupa yang sesekali hidup ini perlu mengecap duka. Apa saja yang berlebihan itu tidak pernah baik, walaupun yang bernama bahagia.

Lalu datanglah tragedi mengetuk kaca jiwa. Kaget bercampur tak percaya. Kenapa? Kerana selama ini lalai dan alpa. Bukankah suka dan duka itu silih berganti datang untuk melengkapi putaran kehidupan?

Konfrontasi

Api dari matamu
Hutan rasaku terbakar tujuh tanjung
Burung tak bernyanyi sungai terhenti mengalir
Sengketa berlangsung di hujung bulan purnama

Tapi tak menghangurkan api dan jantung
yang terbina dari zat-zat aneh teragung
Maha perkasa menggoncang alam laksana taufan
maha indah memancar dari menara kasih sayang

Sengketa tidak wujud antara dua manusia
Jika antara kita tak ada pihak ketiga
yang bisiknya membara memanggang rasa
untuk kita saling menghancurkan
semua yang telah terbina

Hanya zat-zat aneh teraguung
berdiri di antara kekuatan seribu gunung
menatang kasih yang kita pahatkan
denyutnya mengalir ke sungai hati
ke tasik senyum.

USMAN AWANG


Tuesday, February 7, 2012 | By: Luna Biru

Kalau

Kalau kau ingin pergi, kekasih
pergilah saat matahari masih menderang
dan denai masih lapang
kelak kalau kau lambat
yang kau temui hanya gelap di jalan simpang
dan belukar rimbun di tanah gersang.

Kalau kau sesat di tengah jalan kekasih
hentikan saja langkahmu dulu
tadahkan saja dua tanganmu ke langit 
di ufuk timur mentari jatuh
kelak malaikat kan datang 
berbentuk kunang-kunang
menerangi gelapmu ke jalan baru.

Kalau kau ingin kembali, kekasih
berpatah saja ke jalan tempat kau mulai 
kan ku tunggu kau di hujung simpang
dengan dua tangan bebas merentang 
dengan bibir yang sabar meregang. 

Asal jangan kau pulang terlalu lewat
ku khuatir merah jambu ku bertukar ungu.  

Kepada waktu

Kepada waktu,
haruskah kita berserah?

seperti daun, yang menguning layu;
seperti kulit, yang kerut mengeriput;
seperti rasa, yang perlahan mengelupa;
seperti asa, yang teranggas usia;

kepada waktu,
terseruak tanya tanpa tanda:
entah ke mana akan bermuara,
entah seperti apa akan menjelma

november, 2009
By Bayu Galih

Bahasa diam

Demikian banyaknya jela bahasa dan kata nista
pada bicara yang tak berkepala itu 
lalu akhirnya diam menjadi penutup
meski tidak ada satupun
antara kita yang bisa
melarik satu kesimpulan yang sangat bererti.

Diam masih terus mencengkam
meski sudah kudengar bahasa jantungmu
berdetak tidak menentu
dan jantungku pun longlai hampir tak berbunyi
kulihat bayang kita berpelukan di dinding hitam
sedang hakikatnya kita terus di sini
dalam paku sunyi dan diam.
kepada waktu,
haruskah kita berserah?

Seperti apa sakit lukamu?

Seperti apa rasanya luka itu, kekasihku?
Apakah perih seperti belati menghiris kulit
atau ngilu seperti ditikam sembilu?

Seperti apapun sakitnya besok ianya pasti menyembuh
Tapi bukan kesannya di meta fizikal yang terlihat
oleh otot mata yang mengundang banyak tanya
calar itu pasti akan tinggal
terus mendera untuk saling mengingat
bahawa luka itu pernah ada di situ. 

Aku ingin menemanimu menua

Sebuah pohon kelapa yang tua renta, nyiurnya tidak lagi melambai segah waktu mudanya. Pelepahnya mulai meriput dan daunnya pun mulai gugur. Satu-satu persatu. Genta. Aku menyaksi semua proses itu. Saatnya mulai tumbuh dan begitu berguna, hinggalah ia tua dan keriput. Aku menunggu saat ia tumbang. Tapi akarnya tak pernah mahu diajak berunding. Tetap ia teguh memahat nadinya ke dalam bumi.

Aku memikirkan kalau aku punya pilihan untuk melihat kita menjadi setua kelapa itu.

Sebuah pilihan

Aku percaya bahawa hidup adalah pilihan.

Takdir hanyalah berpihak pada empat penjuru yang memenjuru pada soal hidup, mati dan jodoh. Selebihnya, kitalah yang menentukan kehidupan kita. Dalam konteks itu, takdir tidak masuk campur tangan lagi terhadap  mana-mana konsekuens pilihan yang kita buat.

Monday, February 6, 2012 | By: Luna Biru

Penderhaka

Rindu adalah jajahan yang menakluk benua rasa
bagai seorang rakyat yang derhaka
maka ia terus menelusur ke istana hampa
lara
renta ia menghanguskan sebuah negeri setia.

Kalau besok si sultan sedar rakyatnya bersengketa,
apakah kan bercerai badan dan kepala?

Ah, sengketa terlaknat angkara dalang durjana
menyusup bagai selumbar di hati genta
tiupkanlah semboyan wahai sultan laksana
supaya dapat kukembali bertatik perwira.

Kempen Anti Kutu Sampah Daerah Papar


4 Feb 2012, berlangsung acara Kempen Anti Kutu Sampah Daerah Papar yang dianjurkan oleh MDP, Papar. Majlis ni disempurnakan oleh YB DATUK HAJI GHULAM KHAN BAHADAR KHAN selaku Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah. Sekolah kami terlibat dalam acara ni sebagai wakil dari pihak pendidikan termasuklah SK.Pekan dan SMK Majakir. 

search - gadisku



Ramai lelaki anggap bahawa kemewahan boleh beli senyum seorang wanita yang dicintainya. Err...maybe...in most cases. Tapi kalau hal itu merujuk ke aku, rasanya teori tu belum boleh digunapakai lagi.

Betul, tanpa harta kita sulit untuk bahagia. Tapi hakikatnya, bukan semua perempuan perlukan harta untuk merasai bahagia itu. Aku percaya cik Shafizah yang senyap tu pun pasti setuju dengan aku. Ada juga perempuan yang jenis tak berpijak di bumi nyata macam aku. Orang macam aku lebih memerlukan kekuatan cinta yang ditunjukkan melalui perlakuan dan ketulusan, bukan sekadar materi semata-mata.

Bahkan, sekadar secawan kopi hangat dan telur rebus di pagi hari pun sudah cukup buat aku bahagia

Err...bila dengar lagu di atas, aku rasa macam aku gadis video klip pulak. Hihi...
Saturday, February 4, 2012 | By: Luna Biru

Cerita si Abe Haiqal

Semalam Abe mengadu pasal adiknya si Acik dengan dialog sebegini;

"Mama...tengok Acik ni. Dia telah mempergunakan airmatanya dan tangisannya untuk mendapatkan apa yang dia mau. Dia tau kalau Abe mengalah kalau dia mula menangis. Jadi dia terus buat benda tu balik-balik. Tapi mama, sampai bila Abe mau mengalah? Cuba mama cakap lu sama Acik jangan pergunakan airmata dia tu untuk simpati orang,"

Aku terkedu mendengar aduan itu.

Papa I love you



Hampeh.
Ini barulah dinamakan filem paksa sedih paling ketara yang aku pernah tengok. Kesemua elemen samada romantik, sedih, haru dan gembira nampak macam tidak spontan dan real. Ia terlalu ketat dan terikat sampaikan anak-anak aku hilang minat nak tengok. Malahan, kecomelan Mia pun tidak mampu membuat mereka bertahan dengan sopannya waktu menonton filem ni.

Keramat - review aku



Kadang-kadang, ada filem yang hebat di permulaan cerita lalu menjadi rosak pada akhirnya kerana ketidakmampuan pengarah mencipta ending yang bijaksana. Bukan sebab ia dipilih berdasarkan happy atau sad ending. No. Aku bukan pemuja happy ending, neither sad ending. Aku hanya pemimpi tentang pengakhiran yang logik berlandaskan kewarasan perjalanan sesebuah cerita itu dari mula sampai akhirnya.

baru aku mengerti

Ada mimpi yang menjerut
saat hujan turun dan berlagu sendu
di jendela kaca
lewat tengah malam yang sepi.


Lalu saat itu mengertilah aku
tentang kerinduanmu...
Thursday, February 2, 2012 | By: Luna Biru

Masa

clock
Masa pun dikejar
dan perlumbaan pun bermula lagi
berlangsung setiap detik.

Sentiasa harus berlari
sentiasa pula lewat
sering menjadi kalah
tewas.
Masa terus menang
menakluki putaran hidup

Ini bukan puisi ok!

Kisah seorang remaja III

Ini adalah penutupan untuk kisah Seorang Remaja.

Kelamrin, si ibu sms aku untuk mewartakan bahawa si kecilnya sudah selamat menjalani pengguguran di sebuah klinik swasta. Err...aku kena bersyukur ke?

Apapun, aku memang bersyukur sebab aku tidak terlibat langsung dalam isu pengguguran ini. Abah betul, kalau aku menemani mereka seperti permintaan si ibu, aku pun kena tanggung dosa bersama. Fuuuh...tak pasal-pasal dapat dosa berjemaah.