Sunday, October 30, 2011 | By: Luna Biru

Jawapan dari Allah

Nampaknya Allah sudah menjawab soalanku yang kuutus dari lembar tangis di tahajjud sepertiga malam.

Syukur Alhamdulillah...

Sungguh tak ku menyangka bahawa segalanya akan berlaku sebegitu cepat.

Ya, dalam segala usaha dan aspirasi kita menuju kepada sesuatu, jangan lupa memasukkan pasrah dan tawakkal. Aku selalu lupa itu.

Syukurlah aku masih tetap ingat meskipun sudah terlanjur lupa.

Terima kasih Allah kerana mengejutkanku dengan bala dalam sela nikmat yang KAU berikan. Aku tak mahu jadi manusia yang kufur nikmat, sepertimana aku mengkufuri setiap lekuk musibah yang Kau utuskan.

Amin.
Saturday, October 29, 2011 | By: Luna Biru

Baik hati atau penakut?

Tak tau istilah mana satu lebih sesuai untuk orang macam aku.

Baik hati sebab izinkan orang guna hak aku dan tak pernah tuntutnya balik sampai orang tu sendiri lupa tentang haknya sendiri sebagai peminjam.

Penakut sebab tak pernah berani mau tanya mana lanjutan perjanjian yang sudah dimateri pada awal-awal lagi.

Mau tuntut balik pula tak sampai hati sebab bimbang pada konsekuensi yang bakal datang selepas isu tuntutan diajukan.

Tak sampai hati? Ke, takut kena bedal? Maklumlah si peminjam seorang yang kebal. Nanti kalau ada campurtangan dari 'negara-negara asing', lagi makin parah.


Mau didiamkan, sudah lama betul. Berapa tahun ya? Oh, sejak tahun 2008.

Tak apalah. Allah kan kaya....

Pinjam gambar jap ya encik W Group


p/s : Maaf ya, kalau entry ni bakal cetuskan huru-hara lagi...