Friday, September 30, 2011 | By: Luna Biru

Hidup adalah pilihan


KaDanG-KaDanG CinTa ItU RaHsia BeNar....
MemBeRiTaHu TiDak...
DiBeRiTaHu TiDak...
MenGamBiL TaHu Pun TiDaK...

Itu quote yang ku copy bulat-bulat dari sebuah laman kawan aku. Aku tak mahu pertikaikan kebenaran kata-kata itu. Tidak juga mengiyakan. 

Namun sebagai manusia, kita punya pilihan. 

Kata orang tua, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 

Kata aku, kalau tak dipecahkan rahsia, manakan dapat kebenarannya. 

Kata kau? 

Apapun, aku akan bercuti esok. Bawa budak-budak menikmati bumi Ranau. Semoga percutian itu dapat menebus masa yang telah aku cicirkan bersama mereka selama ini. Mereka berhak untuk memilikinya. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat. 

Stay update ya, akan ku khabarkan gambar-gambar bahagia kami di sana....

Mencintaiku

Mencintaiku.

Hati-hati.

Nanti kau hangus

terpanggang rasamu sendiri.


Melupaiku.

Itulah sebaiknya.

Hanya kenang saja

pada senggang waktu yang bercanda

saat pertemuan di dada waktu yang meramping.


Mengenangku,

jangan lagi nanti sampai kau lupa

membatasi ruang antara nyata dan

ilusi.


Delusi.

Aku cuma fatamorganamu yang mengujakan.
Thursday, September 29, 2011 | By: Luna Biru

Hidup yang masing-masing

"I got my own problem here"

Bah! Prasa itu...kedengaran sangat menyakitkan di kuping telingaku.

Bukan seorang, malah aku sudah terbiasa mendengarnya dari sesiapa pun yang hidup di kelilingku. Terlalu mendesakkah aku menuntut perhatian sampai aku layak menerima kata-kata yang menyakitkan itu? Lalu satu demi satu kenangan pun muncul dalam bentuk carik-carik lembaran. Lalu aku menyesal tidak mengatakan kata-kata itu lebih awal dari mereka. Kalau saja dari dulu aku sanggup....

Ya...apalah yang kuharap dari manusia sedangkan setiap satunya punya kehidupan mereka sendiri. Tidak adil kalau aku samakan peran mereka dengan peranku. Barangkali aku sajalah manusia dungu yang sanggup mengenepikan keperluanku semata-mata untuk orang lain. Sungguh bodoh kalau aku meminta mereka melakukan hal yang sama padaku.

Ya. Aku memang bodoh. Selalu begitu aku,kan Tie?

Boleh nangis, nda?

Saat hati menangis

Masa berjalan.

Dan,
Saat mataku pejam di dini pagi, aku berharap mata itu takkan terbuka lagi di dini yang sama. Ataukah aku bisa bangun dan menjadi permaisuri yang menyusun pengilat kuku di meja solek? Atau bisa saja jadi puteri merah jambu yang merengek minta perhatian? Nyatanya, aku masih aku yang berlumang peluh dan kesegalaan. Bosan ku zikir lelahku di dada sepi. Nyolong. Tak ada yang bisa dipenuhi. Apalagi mahu mengerti.

Angin, bawa aku pergi.

Terbangkan aku ke dunia yang entah apa-apa.
Wednesday, September 28, 2011 | By: Luna Biru

Silap percaturan neh!!

Entah apa bodo sangat aku hari ni. Tetiba saja aku tak tahu material apa yang patut digunakan untuk membuat mural.
Cat kilat?
Cat kapur?
Pelaka?
Monday, September 26, 2011 | By: Luna Biru

Manis-Manis Resort & Spa, Papar, Sabah

Petang tadi temankan abang melawat tempat perkhemahan yang akan diadakan oleh sekolah mereka pada penghujung Oktober nanti. Destinasi pilihan adalah Manis-Manis Resort & Spa, yang terletak lebih kurang 25km dari Pekan Papar. Lokasinya terletak di Jalan Keningau Highway.

Susulan sebuah refleksi

Ini adalah susulan kisah yang telah kubingkiskan di entry ini.

...dan hari ini adalah kemuncak pada semua itu. Kemuncak sekaligus penamat
Sunday, September 25, 2011 | By: Luna Biru

Bah. mari kita bunuh aedes

Hari Sabtu lepas, 24 Sept 2011 berlangsung acara Mari Kita Kasi Mati Aedes anjuran Pejabat Daerah Papar, Pejabat Kesihatan Papar dan PPD Papar dengan kerjasama SK. Surati.

Wira aeroback SE aku

Lupa pulak aku nak masukkan entry ni. 

Dua minggu lepas aku mekapkan kereta aku yang kaler merah tu. Kami pilih warna putih. Tepatnya, Pearl White Blue. Selepas 8 tahun,akhirnya, berubah wajah juga kereta tua aku nih. 

Kursus Digital Story Telling anjuran PKG,Papar (PSPN Sabah)

Pada 22-23 Sept 2011, berlangsunglah Kursus Digital Story Telling anjuran PKG,Papar (PSPN Sabah). Kursus ni dijalankan di PKG Papar. Seramai 15 orang peserta dari 15 buah sekolah yang terlibat dalam kursus ni. Penceramah jemputan adalah aku dan abang. Ceh...mesti jugak laki bini ni bergabung,kan? Tiada orang lain kah?

Refleksi diri : Program Bah Mari kita kasi mati Aedes

(Ini adalah sekisar program "Bah, Mari kita kasi mati aedes" yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan dan PPD dengan kerjasama sekolah aku). 


Syukurlah. Alhamdulillah.
Friday, September 23, 2011 | By: Luna Biru

Majlis penutupan Mesyuarat DS

Majlis penutupan Mesyuarat DS
Hari ni adalah hari terakhir Mesyuarat Pemurnian DS Tahun 3 dan 4. Aku tak sempat mau update perjalanan meeting dari hari pertama lagi atas sebab kepenatan dan kesibukan. Apapun, mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ni berlangsung dengan sempurna. Cuma, kelemahan pengurusan pihak hotel dalam menyediakan keperluan asas saja yang mencacatkan keadaan.

Anak buah aku yang comel

Sebenarnya, aku tak betul-betul check out petang tadi. Ngeh...

Aku nginap sehari lagi di hotel yang lain sebab mau mengambil adik aku yang pulang dari KL pagi nanti. Malas aku mau ulang-alik dari Papar-KK meredah kepekatan di sepertiga malam. Bagus lagi aku sewa hotel yang murah kosnya. Sambil-sambil menunggu masa, boleh juga membunuh masa dengan mengupdate blog. Dan rasanya, ini adalah entry aku yang terakhir untuk hari ni sebab masa untuk mengambilnya sudah hampir benar.

Saja aku postkan entry ni sebab aku mau kasi tengok gambar anak buah aku yang comel sangat.

Kisah aku dengan si seniman

Ini artikel yang sangat peribadi.

Ianya ditulis hanya berdasarkan pendapat dan pengalaman yang dilalui. Malanglah aku mengalami peristiwa ini yang sudah memusnahkan keterujaan aku pada yang dikagumi.

Azizul Hakim

Ni geng karas aku ni waktu kursus.

Azizul namanya. Cikgu sekolah Pendidikan Khas.

Aku memang tak boleh jumpa ngan Zul. Asyik-asyik mau tergelak saja. Bukan apa, Zul ni lucu betul orangnya. Lawaknya spontan dan tentu saja, sangat menghiburkan. Kalau Zul tiada time kursus, aku jadi mati kutu.

Uppss...jangan gosip. Zul ni budak lagi ni walaupun sudah besar panjang dan tagap. Manalah tau ada suara-suara sumbang, tolong betulkan keadaan,k.

Aku post entry ni pun sebab aku mau Zul tau yang aku sangat hargai dia sebagai kawan aku yang sangat memahami. Sekaligus, sebagai peminat setia online fb aku. Ngee...K, Zul. Harap kita terus jadi kawan.

Majlis penutupan Mesyuarat DS

Hari ni adalah hari terakhir Mesyuarat Pemurnian DS Tahun 3 dan 4. Aku tak sempat mau update perjalanan meeting dari hari pertama lagi atas sebab kepenatan dan kesibukan. Apapun, mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ni berlangsung dengan sempurna. Cuma, kelemahan pengurusan pihak hotel dalam menyediakan keperluan asas saja yang mencacatkan keadaan.

Pertemuan dengan seniman seniwati Jalan Ampas

Baiklah. Inilah harinya pertemuan aku dengan seniman dan seniwati tanah air kita yang telah menggemilangkan filem melayu sekitar tahun 1950-an. Mereka membuat kunjungan rasmi ke Sabah dalam Program Bicara Seni yang akan diadakan pada 25 Sept.2011 (Ahad) nanti di UMS,Kampus Sabah. 

Sebuah pertemuan dengan Seniman Kassim Masdor


Kassim Masdor.

Nama itu memang terasa dekat dengan aku sejak kecik lagi sebagai peminat dunia seni tanahair. Aku melihat nama itu dalam setiap montaj di penghujung filem melayu terbitan Shaw Brothers (MFP). Namanya pasti terpampang di situ sebagai komposer kepada muzikal soundtrack kepada filem-filem tersebut. Dan sejujurnya, aku rasa nama tu memang agak unik dan pelik bunyinya, menjadikannya mudah sekali diingat.

Ya. Siapa tak kenal Kassim Masdor dengan sentuhan ajaibnya?
Thursday, September 22, 2011 | By: Luna Biru

Babra...

Ngeh...ni kawan baru aku. Babra namanya. Sumandak Tambunan. Dia ni roomate aku sepanjang meeting ni. Idea mau begambar dari angle sebelah atas ni pun idea dia juga ni. Aku rasa ni lah first time aku begambar cam ni. Hehe...

Pak Aziz Sattar di Tang Dynasty Hotel

Hari ni tanpa sengaja terjumpa ngan Pak Aziz Sattar di Hotel Tang Dynasty,KK. Menurutnya, Persatuan Seniman Melyau (kalau tak silap itu yang aku dengar dia cakap tadi) akan berkampung di UMS pada hari Minggu ni. Apa acaranya, aku pun tak pasti sangat. Tapi paling best, besok, seniman-seniman yang lain akan menyusul datang dan menginap di sini. Yea...dapatlah aku jumpa Kuswadinata yang maintain ensom tu.
Tuesday, September 20, 2011 | By: Luna Biru

Empati untuk sahabatku

Dulu cikgu aku ada cakap; merasa simpati dan empati itu jauh bezanya. Simpati adalah perasaan yang dimiliki oleh semua orang, tapi hanya orang yang istimewa mampu merasa empati. Dan, untuk menjadi seorang manusia yang unggul, sensitiviti amat penting dalam melakar sebuah empati dalam diri.
Monday, September 19, 2011 | By: Luna Biru

Sebuah Kehilangan

Kerja baru

Baiklah.

Berkenaan kerja-kerja semalam sudah pun dapat diuruskan dengan amat baik dan sempurna sekali. Pagi-pagi lagi aku sudah serahkan CD cetakan untuk di'bakar' dan kemudiannya diedarkan kepada peserta kursus KSSR minggu depan. Bahan presentation pun sudah disiapkan. Yang penting, dari pihak aku, semuanya setel. Tinggal lagi bahagian admin untuk uruskan bahagian dorang.

Itu sudah selesai. Syukur Alhamdulillah. Amin...

Tapi, yang baru menyusul begitu aku baru menarik nafas lega.

Pertama, Program 'MARI KITA BUNUH AEDES' yang akan dijalankan pada 24 Sept ini nanti. Dan kedua, PROGRAM PELKASANAAN SELEPAS UPSR yang perlu diselesaikan secepat mungkin sebab budak-budak tahun 6 sudah mula ghairah meraikan honeymoon mereka.

Aku tahu macamana mau selesaikan keduanya. Soalnya, macamana aku nak handle keduanya sedangkan dalam masa yang aku terlibat dengan perkara 1 di atas?

Hmmm...fikir-fikir dulu. Jangan pula entry ku ni jadi kontroversi lagi. Maklumlah sudah ada spy...

Kecil hati

Pagi tadi aku dikejutkan dengan luahan hati seorang kawan yang entrynya telah ku keluarkan beberapa hari lepas. Katanya, dia agak kesal dan malu bila aku masukkan rumahnya. dalam slot syawal. Aku sebenarnya pun tak tahu in which part dia boleh rasa apa-apa pun perasaan yang dia alami tu. Soalnya, aku taklah mempamerkan ruang rumahnya secara keseluruhan sehingga ke tahap yang boleh memalukannya. Otherwise, rumah dia memang cantik apa. Yang lebih mengesalkan bila aku tanya soalan tu pada dia, katanya dia pun tak tahu sebab dia belum tengok lagi.
Sunday, September 18, 2011 | By: Luna Biru

Selamat malam....

Baiklah.

Untuk malam ni, semuanya sudah dapat diselesaikan setelah berhempas pulas mengerah otak dan mata sejak kelmarin.

Syukurlah.

Dan, oh...lingkaran hitam bawah mata dan sembab di atas mata sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu konsekuensinya atas jerih payah. Mudah-mudahan concealer boleh bantu tutup kecacatan ni besok pagi. Besok? Ah...sekejap lagi rupanya... sekarang pun sudah bermula hari yang baru.

Fine. Cukup dulu. Pagi nanti mesti bayar bil broadband kalau mahu terus guna perkhidmatan ni. Jumpa lagi di kurun besok. Selamat malam dulu buat hari ini.

p/s : kesian anak-anakku langsung tak berpeluang mau bermanja-manja dengan mama-nya semenjak dua menjak ni. 

Minggu-minggu yang padat

Bermula minggu depan sampailah ke hujung Oktober aku sudah jadi orang penting lah kali di bumi Papar ni. Ngeh...perasan tul. Jadual aku padat sampai berlapis-lapis mengalahkan kek lapis Sarawak yang aku buat waktu ramadhan hari tu.

Syawal ntah ke berapa? Connie Husny

Hari ni aku g beraya rumah kawan baik aku waktu di sekolah menengah dulu. Dan yang paling best, 'perkawanan' (wujud ka istilah tu? hehe...) kekal sampai sekarang. Walau jarang jumpa, dan tak berapa aktif bersoal jawab di halaman buku, tapi, seperti Susan dan Aning, aku tahu, persahabatan kami lebih besar nilainya dari semua itu. 

Cari tukang ikut

Dua tiga hari ni melilau carik idea untuk buat kajian saintifik penulisan aku. Ceh...kononnya. Mak orang beranak 6 ada hati jadi penulis. Menulis RPH pun kantoi. RPH tu apa? Mesti kawan aku yang anti akronim tu tanya balik nanti. RPH tu Rancangan Pengajaran Harianlah bro...

Bila sudah buat research tu, automatik jadi blogwalkinglah pulak. Macam-macam blog aku jumpa. Masing-masing punya cara tersendiri untuk impresskan orang dan cuba buat service yang terbaik. Then,ada pulak aku tengok entry2 yang memberi cadangan tentang cara untuk tambahkan followers. Pas tu, siap ketawakan blog orang lain lagi sebab tak glemers, sebab tu sikit tukang ikut.
Saturday, September 17, 2011 | By: Luna Biru

Lady Driver

Selalu salahkan pemandu perempuan konon tak tahu memandulah, tak tahu beradap di jalanlah, keluar simpang masuk simpang main belasah saja. Ada juga cakap tak mahu mengalah, asyik main bantai jalan dia saja.

Salah siapa?

Kalau anak-anak gila berfacebook, salah siapa?

Kalau kerana facebook anak-anak tau memaki, salah siapa?

Upin & Ipinku

Lucu pula aku tengok gambar-gambar di bawah ni yang diambil dalam kereta petang tadi. 
Friday, September 16, 2011 | By: Luna Biru

Sabrina...sebuah segara

Pada tahun 1995 dulu aku ada hasilkan sebuah manuskrip novel yang bertajuk Sabrina...sebuah segara. Fuh...memang hebat giler critanya, bagi akulah. Tiga tahun aku cuba hasilkan novel tu sebelum aku akhirnya putuskan untuk ikut peraduan menulis novel remaja pada tahun tersebut. Waktu tu alaf 21 belum wujud lagi.
Thursday, September 15, 2011 | By: Luna Biru

Cinta sepenggal usia muda

Kalau kau kemari untuk bercerita tentang
kita dan dunia-dunia yang telah kita tinggalkan,
lupakanlah.
kerana tidak ada satupun antara puin kenangan itu
yang membusa dalam jiwaku.
Semua dan segalanya tentang kita sudah
kutarah mati saat aku meninggalkanmu
di saat usia kita sepenggal muda.

Kalaulah dapat kucari terowong masa,
pasti sudah kupadam kisah kita
dari lingkaran hidupku.
Bahawa sehebat apapun cinta yang pernah
kita alami pada musim bunga yang bersemi itu
hanyalah sebuah cerita konyol anak muda
yang mahu tahu tentang asrama.
Tidak lebih.
Bagiku.
Entah bagimu seperti apa impaknya.

Dan hari ini,
kalau kau datang dan menuntut kembali padaku
tentang asmara yang pernah kita gali bersama itu,
maaflah,
kerna semua itu bukan apa-apa lagi padaku.

Sebuah rindu

Berbalam rindu
dalam ingatan tentangmu
juga tentang kita
saat sebuah persahabatan lahir
pada usia seawal merah jambu.

Berjuta kalam
pernah tertera di lembar dada tinta
membisik rindu, lugu, sedih dan hiba
malah juga bahagia
dikongsi dalam setiap detik dan saat
hingga terawang di udara melewati gumpulan awan putih
sampai ke hujung khatulistiwa.
Kucarimu dalam tiap detik nafasku
dan bersamamu lah tiap detik itu berhenti.

Kini,
saat halaman muka buku mengganti bait puitis
yang pernah kita ciptakan,

tinta kita tak pernah lagi menari di atas kertas

jesteru itu membuat kita semakin jauh
anehkan kehidupan?
dekat selalu jauh
jauh selalu dekat.

Tak perlu penjelasan untuk semua itu barangkali
sedang kita adalah dua manusia dewasa
yang sudah punya batas waktu sendiri
Sungguh kumaklumi semua ini
Namun kadang rindu bergolek lesu
dalam mencari dakap mesra seorang sahabat
yang pernah menjadi sebahagian dari sesuatu
yang bernama hidupku

Ya. Aku rindu.
Benar-benar rindu.
Wednesday, September 14, 2011 | By: Luna Biru

Sendu

Orang-orang selalu bertanya mengapa aku bersedih? Eh, kenapa ya? 

Celebrating Umi's Birthday


We were celebrating Umi's birthday today. Just now at 9.00 p.m. Umi is 58th today, 57th yesterday. Haha...I told you am good in math,huh...

While waiting you

It was a day when I was sitting alone enjoying the good view from the instant food restaurant in KK. I was waiting abang while he was busy doing something. At first, I thought that I wont take too much time. But, he didn't showed up until I had finished the whole meal. 

Kisah kawan aku 2

Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-benar sedar.
Saturday, September 10, 2011 | By: Luna Biru

Grown ups from my view



Aku dan jeans biruku

Kalau aku tak pakai gelang emas dan cincin bertakhta batu-batu permata berlian yang gemerlap sinarnya, bukan bermakna aku tak mampu membeli.

Catatan seorang rakan

Membaca entry seorang rakan buat aku terpana seketika. Ah...lugu kuingat masa lalu yang begitu hampir dengan kisahnya. Pasti sayat hatinya kala ini. Atau terkesima dengan makna sebenar hidup. Namun,begitulah hidup.

Aku dan hidupku

Masa berputar dan kita lelah mengejar. Atau barangkali sememangnya ia tidak perlu dikejar-kejar kerana ia akan terus saja berlari. Setiap hari adalah detik-detik penting yang buat kita lupa bahawa kita pernah mengecapi satu dunia yang aman-aman dan damai-damai. Barangkali pula ini balasannya kerana selalu membiarkan masa berlewat-lewat dulu. Atau juga barangkali hidup hari ini adalah sebenar-benarnya hidup yang selalu dimaknakan oleh orang tua yang sudah banyak makan garam. Hidup yang dulu-dulu itu hanyalah sekadar pemanasan badan untuk bersedia kepada hakikat sebenar kehidupan yang rupa-rupanya payah benar.

Pertemuan selepas 19 tahun II

Hari ni buat ladies go out lagi dengan si Melati Atiek.
Friday, September 9, 2011 | By: Luna Biru

Rindu padanya

Entah kenapa malam ini aku jadi rindu sekali sama teman baikku sorang ini...Susan. Mungkin sebab malam ni aku habiskan seluruh malamku dengan membaca setiap lembaran kisahnya dalam blog peribadinya. Sebenarnya, aku agak jarang punya waktu untuk singgah menjenguk ke dalam hidupnya. Hanya sesekali di hujung minggu atau dua minggu berselang baru aku punya waktu untuk menatap seluruh kisahnya.

Sambutan raya kelas 2 Intelek

Hari tu, 7 September 2011, maka genaplah usia anak ke-4 ku si Acik 8 tahun. Syukurlah si kecil yang selalu sakitan ini dulu kini sudah membesar dengan baik dan sejahteranya. 

Pertemuan selepas 19 tahun

Akhirnya, bentung yang telah terbentuk selama 19 tahun telah ku pecahkan hari ini melalui sebuah pertemuan yang dirancang dengan sahabatku, Melati.

Aku ketagih graphic novel

http://www.gempakstarz.com/products_novel_details.php?id=704
Thursday, September 8, 2011 | By: Luna Biru

Syawal ke- 10

Pulang saja dari sekolah, aku terima satu lagi jemputan rumah terbuka dari mantan majikan aku di Sk. Kelatuan, iaitu Cikgu Nining Yahya bin Hajji Abdul Wahid. Beliau bukan saja merangkap guru besar tetapi juga merupakan mentor aku dalam mengharungi dan mempelajari dunia guru yang serba mencabar ini. Dia jugalah yang bertanggungjawab dalam membentuk dan membina karakter diriku sekaligus mencungkil bakat yang ada dalam diriku. Aku begitu menghargainya. 

Sekeping kad raya berharga

Kateringku 2

Akhirnya siap juga katering aku yang aku usahakan sepanjang malam demi menjayakan majlis sambutan hari raya bebudak di sekolah aku besok. 

Beli lemang

Petang kelmarin singgah sebentar di Kg. Beringgis, Papar, tempat menjual lemang paling femes di Papar ni. Sedap lemang dorang ni siap ada konti khas lagi. Harga pun murah cuma RM7 sebatang. Kepada yang berminat tu, jemput-jemputlah singgah....

Jamuan 4 Intelek & 3 Intelek

Kelmarin pulak jamuan hari raya diadakan di kelas 4 Intelek dan 3 Intelek. Aku merupakan guru pembentu bagi guru kelas 4 Intelek, Cikgu Fendy. Tak bagus sangat pengurusan dan planning bebudak ni untuk majlis dorang ni. Mulanya perancangan bukan main lagi. Masing-masing mau bawa itulah, inilah. Tapi bila sampai harinya, yang ada cuma minuman bekarbonat berbotol-botol dan biskut raya. Sumi jelly manis pun ada. 

JAMUAN RAYA 4 CEMERLANNG & 5 INTELEK

Hari ni jamuan raya diadakan lagi di sekolah. Kali ni kelas 5 Intelek dan 4 Cemerlang pula. Fuh...memang tak berenti-rentilah makan sepanjang syawal ni.
Wednesday, September 7, 2011 | By: Luna Biru

Syawal ke-5

Hari ni pergi open house rumah Noy, kawan aku. Sebenarnya, aku agak teruja tengok rumah Noy yang ala-ala Inggeris ni. Semua design rumahnya penuh dengan tema bunga rose Inggeris yang begitu menggiurkan untuk dimakan. Haha...adake orang makan bunga? Tapi Noy cukup beruntung kerana diberi peluang sepenuhnya oleh suaminya untuk berkarya sesuka citarasanya. Kalau laki akulah...takde chance lah aku nak buat rumah yang gemapk giler cam ni. Pegh! Memang cayalah ko Noy!

Sambutan raya kelas 5 Cemerlang

Pagi kelmarin terima jemputan dari kelas tahun 5 Cemerlang sempena sambutan hari raya. Kelas ni kelas Anis sebenarnya. Tapi malangnya, Anis belum balik lagi dari Lahad Datu waktu majlis ni diadakan. Aku pulak lupa mahu sumbangkan apa-apa sebagai wakil Anis. So, aku tempahkan saja nasi goreng dari kantin sekolah.

Syawal ke-8

Waktu ni kami beraya di rumah sorang kawan kerja aku yang bernama Kak Asiah. Dia ni sebenarnya orang Tawau tapi bertugas di Papar bersama suaminya. Cantik rumah kak Siah suram-suram warnanya dengan kerlipan lampu Chendelier yang dibelinya dari Mesir. Memang aman dan tenang. Mungkin sebab dorang ni suami isteri guru agama jadi rumahnya lebih 'sejuk'. Tapi memang best. Rasa macam mau tinggal di sana. 

Main bunga api lagi!

Yang ni last collection. Selepas taiko mercun di Kinarut ditangkap, maka tiada sudah bekalan mercun di Papar. Syukurlah, kalau nda, makin habis jualah duitku dibakar hari-hari. Keh!

Jalan-jalan menghabiskan duit

Petang kelmarin bawa bebudak ni g habiskan hasil pencarian 'rezeki halal' dorang di 1B. Abe cakap, dia mau beli kereta control yang gempak giler punya. Pasal si Abe sorang beli, so, semua pun jadi dengki jugak. Aku tak kisah sangat sebab tu duit raya dorang. Tapi yang aku kisah ni bila part beli betri kereta. Mau tak mau kena jugak kuar duit aku sebab mestilah beli betri yang tahan lasak sikit. Belanja duit beli betri saja mau cecah RM200 oooo! Nah...antam kamurang!

ellianto memang best!

Happy betul aku bila dapat tambahkan koleksi alat solek favret aku kelmarin.

ellianto!
Monday, September 5, 2011 | By: Luna Biru

Tahniah buat Melati

Gembira rasanya bila sahabatku Melati beritahu bahawa cheese cake buatannya sudah menjadi. Siap postkan lagi di blog. Kalau mahu tahu lebih lanjut ceritanya, boleh klik sini.

Sehelai mukasurat yang hilang 2


Saturday, September 3, 2011 | By: Luna Biru

Sebuah rasa aku

Seronok rasanya dapat berkongsi rasa dengan seorang kawan. Terima kasih to Melati sebab sudi jadi pendengar setia meskipun aku tahu dia pun sedang bersedih. Ngee....

Kadang-kadang kita diuji dengan kesedihan untuk mengukur sekuat mana kita bertahan. Aku sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Masa itu sudah berlalu dan merampas bahagiaku. Walaupun harus merangkak, aku akan terus ke depan juga. Meski agak sedikit gentar menghadapi masa depan yang belum pasti coraknya apa, tapi itulah hidupku. Sepertimana Tuhan izinkan sesuatu itu berlaku padaku, pasti DIA juga izinkan sesuatu itu diselesaikan mengikut perancanganNya.

Aku cuma aku.


Friday, September 2, 2011 | By: Luna Biru

Jom tengok wayang HANTU BONCENG


Petang tadi lepas pulang beraya di rumah ipar aku, Kak Tinah, kami terus g tengok wayang Hantu Bonceng lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans.

Isteri pemalas wajarkah dicerai?

Well...dalam konteks ini, mungkin cerai itu adalah satu hukuman untuk si isteri supaya si isteri insaf dan mengubah sikap.

Syawal ke-4

Kami beraya di rumah ipar aku hari ni,iaitu Kak Tina. Sebenarnya dorang akan buat open house pada hari Isnin minggu depan. Tapi, oleh kerana takut tak dapat hadir pada hari berkenaan memandangkan sekolah sudah di buka, maka kami pun datang hari ni.

Pertemuan dengan si pencakar rasa

Aku fikir aku akan 'mati' bila berjumpa dengan salah satu dari mereka. Tapi rupanya aku masih 'hidup' dengan baik-baik saja sampai sekarang.
Thursday, September 1, 2011 | By: Luna Biru

Syawal ke-3

Hari ni cuma satu ruma saja yang kami lawat sebab terdesak dengan mainan masa. Petang ni Umi dan Anis akan bergerak ke Lahad Datu jadi, tak boleh raya lama-lama sebab Anis belum packing lagi.

Anak di Dunia Gajet

Salah satu kerja yang mesti aku buat tiap dua minggu ialah check akaun fb anak dan semak email dorang. Dan, bila aktiviti ini aku lakukan maka banyaklah istighfar yang keluar dari mulut aku.

Rasuk

Balik Lahad Datu

Petang tadi hantar Anis, Umi  dan adik aku Ayang ke stesen minyak petronas Papar untuk menunggu bas pulang ke Lahad Datu. Bas sampai jam 6.45 petang sedangkan dalam jadual seharusnya jam 6.00p.m. Lewat 40 minit sebab trafik jammed yang agak teruk melanda Papar sejak raya ni.

Harapanku berakhir di sini....titik.

Baiklah.

Serangan keluarga Dusun

Hehe...lucu pulak aku baca tajuk entry ni.