Wednesday, April 23, 2014 | By: Luna Biru

2304

23 April 2014.

Genap 33 hari selepas hari terakhir blog ini ku update.

Aku berjanji akan datang kembali mengongsi kisah2 manis saat umur 37 ku berlangsung. Ternyata masa untuk mengongsi itu tidak pernah ada.

Hinggalah hari ini.

Saat aku sudah terlantar lunyai atas tilam dengan pil2 yang kononnya berfungsi membunuh kuman. Ternyata yang tewas bukan cuma virus yang menyerang paru-paruku. Tapi juga aku. Ya. Aku merasakan tusukannya bagai belati membelah setiap inci ulu hatiku. Aku dapat mendengar bau hangus yang merentung di dalam dadaku. Aku juga memaklumi ada getar halus bermain di sulbi menyirat sampai ke ubun-ubun.

Itu petanda.

Sekecil-kecil petanda bahawa aku masih berada di bawah kasih sayang Allah.

Kalau segala hutangku sudah lunas semuanya, pasti petanda itu kusambut dengan solat syukur.

3 comments:

Atie said...

Zue, jaga kesihatan kau ya. Semoga Allah memberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan pada kau selepas ini. Curi masa untuk kau rehat sekejap...

Luna Biru said...

I love u Tie...

FikrahUmmah said...

Jangan putus asa berusaha untuk berubat... abang syorkan berubat dgn Dr.Halim 0198611534.. insya'Allah. Cuba bertanya dlu usaha rawatan yg boleh dibuat.

Post a Comment