Wednesday, April 23, 2014 | By: Luna Biru

Saksi

231210
230414

Sudah bertahun aku menanti kata-kata itu dari mulutnya. Malam ini baru aku mendengarnya. Saat kemiskinan sudah jadi pakaian kami, barangkali baru dia terpaksa mengakui bahawa memang akulah pembawa sial; Kudis dalam keluarganya ; Pembawa bencana dan pemusnah silatur-rahim.

Sungguhpun aku menangis sampai mataku bengkak, tapi aku lega akhirnya dia berani menjatuhkan hukum itu untukku.

Tuhan,

besok,

kalau aku mati,

kalau selangkah lagi kakiku masuk neraka,

mahukah kau menjadi saksi bahawa aku tak pernah berdusta tentang cintaku pada mereka?

Mahukah kau menjadi saksi bahawa aku tak pernah sekalipun mengenepikan mereka?

Mahukah kau menjadi saksi bahawa tidak ada satu hari pun yang kuizinkan diriku menjadi lebih besar dari apa yang lebih besar dari dirinya?

Mahukah kau menjadi saksi, bahawa aku telah memaafkan mereka atas semua pendustaan mereka, kerana ku tahu mereka jahil, sejahil-jahil manusia yang tak sedar akan hukum seorang pendusta dan pemfitnah? Lalu kerana kejahilan itu aku memaafkan mereka kerana aku tahu cintaMu selalu lebih besar dari kemarahanMu. Semoga kemaafan ini akan memberi manfaat kepada mereka dan kepadanya -

Tuhan,

hari ini aku tinggal sendiri.

Hanya Kau tinggal untuk menjadi saksiku.

0 comments:

Post a Comment