Thursday, March 20, 2014 | By: Luna Biru

tiga puluh tujuh

37.
That's my number today on 20th Mar 2014.

Percaya atau tidak aku mengharapkan agar nombor itu dapat bergerak lebih pantas. Sepantas jangkauan ke usia pencen atau ke tahap Ade tamat kolej. Bila itu tercapai, maka barulah aku mampu jadi surirumah tegar. Atau merasa bebas dari belitan beban2 professional mahupun beban fitrah. Wktu itu juga aku akan mampu memiliki diriku sendiri seutuhnya dan menzahirkan kegembiraan ku seperti keinginanku.



Jangan tersinggung dulu. Atau membuat andaian bahawa aku tidak gembira dengan kehidupan yang aku jalani sekarang ini, ok? Aku cuma tak sempat nak menikmati apa2 sebab terlalu banyak rak2 yang disusun stack by stack onto my shoulder  sebelum sempat aku mengshortlistkan rak tersebut. Aku cuma penat. Dan aku rasa setiap kita berhak untuk merasakan kepenatan itu. Maka janganlah mempertikaikan apa yang aku rasa kerana dalam sesuatu situasi, baik kau atau aku akan mengalami fasa kemurungan seperti ini juga. Apalagi bila kau merasa hidup tidak menyebelahi yang menguras seluruh motivasi.

Jadi demikianlah berakhirnya birthday ku. Pecahan kisahnya akan ku uraikan satu2 nanti di entry lain. Bak kata seorang kawan, kita cuma ada satu tanggal lahir out of 365 days in a year. Keterujaan untuk diberi ucapan dn hadiah walau sekecil apapun hanya akan berlangsung pada hari ini. Sebesar apapun hadiah dan semanis apapun ucapan kalau diberi pad hari lain, manisnya takkan sama. So kalau kau termissed nak memberi yang terbaik pada hari yang satu itu, jangan harap kau dapat nak cover up atau return it back pada hari yang lain.

Dulu aku tak setuju dengan ucapannya. Tapi tak tau kenapa kata2 itu terngiang balik2 di telingaku di usia 37 ini.

2 comments:

Unknown said...

sa ya ;vd ;ghffgffffff

Unknown said...

awak hasa nxz kasa ka ka

Post a Comment