Tuesday, May 22, 2018 | By: Luna Biru

Manifestasi Perkahwinan

Saat dia menatapku dengan semburan berbisa dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia memang takkan berubah.

Dia hanya menangguh masa. Menanti datangnya alasan untuk berbalah-balah kerana itulah cara  hidupnya.

Namun bukanlah kenyataan bahawa dia tidak dapat berubah itu yang mengecewakan aku. Tapi hakikat bahawa aku tidak pernah dapat benar-benar mengubahnyalah yang sebenarnya membunuhku.

Kenyataan itu lebih menyakitkan dari dibenci, tidak dicintai, mahupun tidak menjadi keutamaan lagi. Aku mengutuki diriku yang gagal menukarkan peribadi jeleknya kepada yang lebih baik. Aku menyumpahi diriku yang tidak mampu menjadi inspirasi baginya untuk menjadi pemimpin di negeri kecil. Kegagalan itu membawa maksud bahawa aku bukanlah pendamping yang disayangi Allah. Pasti peribadiku sendiri melompang di mana-mana hingga ketirisan akhlak berulang2 kali terjadi.

MANIFESTO PERKAHWINAN
Coming soon.

Lunazura