Ketika harta berpuluh ribu hilang, aku tak sedih sangat.
Tapi bila harta RM30 hilang, aku rasa mcm nak meraung.
RM30 je kot...
Goodbye A37
Kembalikan aku ke laut
Ketika harta berpuluh ribu hilang, aku tak sedih sangat.
Tapi bila harta RM30 hilang, aku rasa mcm nak meraung.
RM30 je kot...
Goodbye A37
Aku berpegang pada prinsip 'orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita, kita merasa'.
Bagi aku,
Hidup bukanlah sekadar menerima tetapi memberikannya kembali dalam bentuk yang kau mampu lakukan, biarpun cuma sekadar doa dan senyuman. Cukup sekadar berbudi bahasa.
Tapi kadang manusia ini terlalu selesa menjadi penerima, hingga lupa untuk menjadi pemberi. Biarpun...ya...sekadar apa yang kau panggil budi bahasa.
Bagi aku,
Hidup ni adalah atas toleransi. Sebanyak apa yang kau ingin diberi, maka berilah hak yang sama pada orang lain.
Malangnya. Ya. Malangnya, tak semua orang lahir dan terdidik untuk memupuk sifat toleransi itu baik2 dalam diri.
Dan aku, tidak juga terdidik untuk menjadi si pengorban yang membabi buta. Sifat srikandi ku berbaur nilai antagonis. Bukan bermakna aku berpegang pada nilai untung rugi serta imbalan; tapi ia lebih kepada nilai TOLERANSI. Bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicincang.
Tapi ya.
Manusia tak suka dituntut. Mungkin aku ni keturunan pontianak jadi rasa pantang diperleceh agak kuat dalam diri.
Apapun, aku percaya bahawa sebagai saudara semuslim, kita tak boleh berputus asa dalam mendidik. Melentur buluh yang tua memang susah. Kelak patah, langsung tidak berguna. Bak kata Einstein, mengubah pletenium itu lebih mudah dari mengubah manusia. Tapi, bodohlah aku kalau aku mengalah sekarang.
Kalau dikatakan perempuan itu terbuat dari tulang rusuk yang bengkok kerana Allah ingin memberi perumpaan tentang keras dan bengkoknya tulang itu; maka hari ini, aku tertanya, seperti perumpaan apakah Allah meletakkan lelaki ketika mereka dibuat? Istilah 'dibiar terus bengkok, diluruskan nanti patah' rasanya agak sesuai untuk kuberikan pada saudara semuslim ku yang berjantina lelaki itu.
Sarkastik.
Maka kalau ada kisah yang perlu didokumentasikan, rasanya kisah perjuangan pasukan Boria SK Kuala ini adalah sebuah idea yang hebat.
Bermula dari titik paling nol, aku memberanikan diri menyertai pertandingan boria anjuran PPDa ini. Meski masa pertandingan cuma tinggal dua minggu, aku gagahi juga meneruskannya. Niatku cuma satu, sekadar ingin memberi peluang pada diriku dan murid untuk keluar dari kepompong akademik. Kokurikulum juga adalah bidang penting yang mampu mempertingkatkan potensi individu.
Untuk memberi peluang sama rata kepada semua murid, aku memulakan langkah pertama dengan membuat audition. Aku bahagikan murid kepada lima orang untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa untuk membuat sketsa spontan dan tarian boria sendiri. Agak ribut waktu ini sebenarnya kerana lebih 10 buah kumpulan berentap. Dalam masa yang sama, aku sendiri kewalahan mengawal disiplin. Akhirnya, short list pun berada di tanganku. Senarai itu dipendekkan lagi melalui audition seterusnya. Setelah menyaring 3 kali, maka 15 orang peserta layak dipilih.
Maka bermulalah episod latihan kami. Melatih budak2 lelaki ternyata jauh lebih sukar dari apa yang aku jangkakan. Semuanya pun kayu. Banyak step boria yang penting terpaksa kubuang kerana mereka gagal menguasainya. Aku mulai mengincar jurulatih bantuan. Malangnya, seorang anak buah yang berbakat pun tak mampu menghulur tangan. Akhirnya, rakan JPJ yang juga instructor senamrobik tampil memberi magis. Step terpaksa ditukar ala2 senamrobik. Ya. Akhirnya mereka bjaya menguasainya, tanpa aku tahu bahawa itulah kemudiannya menjadi alasan para hakim untuk mengurangkan markah pasukan kami.
Kami mulai berlatih secara intensif pada hari Khamis, 7 hari sebelum pertandingan. Pagi dan petang. Non stop sampai ke pukul 6 petang. Kami makan apa adanya. Ada bawa magi, ada bawa nasi goreng. Sebungkus magi kami kongsi berdua.
Dugaan seterusnya pun muncul. Satu ahli pasukan yang juga pelakon sketsa menarik diri tanpa sebab yang jelas. Mujur ada Akmal, murid tahun 6 yang pada mulanya menawarkan diri menjadi runner untuk membantuku dengan persediaan sentiasa ada bersama kami. Mujur juga UPSR dah tamat. Maka aku tak punya pilihan lain kecuali meminta Akmal menggantikan peserta yang menarik diri. Alhamdulillah Akmal bersetuju. Dia adalah sebuah keajaiban. Dengan mudah dia mampu mengejar step yang telah dikuasai sepenuhnya oleh peserta lain.
Dalam masa yang sama, aku turut melatih 3 orang peserta poster. Kasihan mereka hanya mendapat sisa2 masaku.
Waktu ini, aku baru teringat yang kami belum ada gubahan muzik dan baju untuk dipakai di hari pertandingan nanti. Aku juga baru sedar yang masa cuma tinggal 6 hari sebelum pertandingan. Tanpa seringgit pun peruntukan, aku benar2 mati akal mahu mencari sumber kewangan. Bersama Rusyidah dan Kak Gayah, kami berikhtiar mencari ilham. Akhirnya, pada hari Rabu, kuberanikan diri meminta peruntukan dari YB dan PIBG. Alhamdulillah, PIBG menghulurkan RM200. Duit itu segera kugunakan untuk mengupah komposer membuat muzik kami. Hari Jumaat, bantuan dari Puteri UMNO menyusul sebanyak RM500. Dengan gembiranya aku pergi shopping keperluan pakaian. Macam2 idea dalam kepalaku; mau buat vest, seluar, tarbus dan buat baju ala2 meksiko bagai. Beli kain itu ini macam nda ingat dunia. Aku lupa. Masa makin suntuk dan mustahil sebenarnya aku boleh siapkan semua!
Lebih memeritkan ialah rupanya idea renda baju yang kubeli itu bukanlah idea murahan. 30 meter renda yang kubeli ternyata hanya cukup membuat 4 helai baju! 30 meter bersamaan dengan RM120! Ertinya, aku masih memerlukan RM240 untuk menyiapkan 10 helai baju lagi, tidak termasuk baju solo. Aku pun mulai panik. Duit sudah habis buat beli kain vest dan seluar yang sama sekali belum tersentuh! Selebihnya, diguna untuk makan budak semasa sesi latihan. Habislahi ni...mana aku nak cari duit bikin cover? For sure kena pertikai kemana habisnya duit peruntukan oleh rakan2 sekerja yang lain...
Lebih mendatangkan dugaan apabila 3 hari sebelum bertanding, satu lagi peserta menarik diri. Lebih menyakitkan kerana peserta itu adalah pelakon utama, tunjang pada sketsa kami kerana cuma dia yang boleh berloghat dusun. Tapi aku tak mahu diheret dalam masalah. Tiba2, ilham dari Tuhan pun muncul begitu melihat Mizan yang sedang bermain pedang dengan Ade. Kutukar sketsa seratus peratus ke sketsa baru. Mizan yang gagap menjadi taruhan. Alhamdulillah. Anak itu benar2 ajaib!
Dua hari sebelum pertandingan, kami berkumpul di pusat sumber. Aku merayu agar diberi guru ganti. Namun sistem agak mendominasi keadaan. Syukur lah Kak Yati seorang yang setuju. Mahu tak mahu, kubawa saja anak2 muridku masuk ke pusat sumber, termasuk dua lagi murid poster. Lebih baik begini rasanya, kan?
Sehari sebelum pertandingan, aku putuskan untuk habiskan sesi rehearsal sebelum pulang sekolah. Tiada lagi sesi latihan petang. Aku perlu siapkan pakaian yang belum siap. Mujurlah juga ada peruntukan RM150 dari Kaunseling. Duit tu sepatutnya digunakan untuk tambang. Tapi aku gunakan untuk beli renda yang tak cukup. Harap aku ada duit nanti untuk bayar balik duit tambang guru2 yg sudi hantar murid.
Malam sebelum pertandingan aku betul2 flat. Dadaku mulai sakit. Asma ku mulai menyerang. Beginilah selalu kalau aku sudah terlalu penat. Suaraku pun mulai hilang. Dadaku bagai dihimpit setiap kali nafasku keluar masuk. Alhamdulillah abang sentiasa ada. Dialah yang jahit tali pinggang, buat bunga manggar dan tongkat. Aku masuk tidur jam 3.30 pagi...aku tak sedar telefonku berbunyi... sebuah penggilan dari kazenku yang rupanya ingin memberi tahu yang pakcikku telah meninggal...
Rabu.
27 September.
Maka bermulalah perjuangan kami.
Ketika memasukkan keperluan dalam kereta, rumah kazenku di sebelah sudah dipenuhi sanak saudara. Kata mereka, jenazah akan sampai bila2 masa. Hatiku rasa terenyuh sekali. Sepatutnya, aku berada di sisi Mayang yang telah banyak berkorban untukku. Susah senangku bersamanya selama ini. Tapi malangnya, hidup perlu diteruskan juga. Sungguhpun berat hati, aku pun melangkah ke sekolah..semoga dia memaklumi alasanku kelak...
Sampai di sekolah,
Aku pun mulai gesit menyiapkan murid berpakaian. Setelah siap, kami pun bergerak ke Masindong Resort di Kawang. Hanya 4 kumpulan yang bertarung.
Saat hakim menobatkan SK Kelanahan menjadi juara, aku tersenyum kecil. Sarkastik. Tapi tak apalah. Menang bukanlah target utama. Apa yang lebih penting ialah nawaitu ku yang asal. Mungkin benar muzik kami agak kontemporari. Mungkin, muzik dangdut dan ala disko lebih diterima. Mungkin juga, editan muzik yang putus2 dengan tarian selingan berulang kali lebih diterima. Mungkin juga, lagu yang lari pitching lebih memikat hati hakim. Wallahua'lam.
Secara jujur,
Aku bahagia dengan semua ini. Kenangan tentang ini melakar sejarah tersendiri. Meski gagal menjadi juara, kami tetap menang di hati semua. Pasukan kami punya keunikannya sendiri. Aku percaya, ia akan terus diingati mulai hari ini.
Kepada murid2ku,
Kamu adalah adiwira.
Tahan menahan maki dan sifat pemarah Tcer menunjukkan betapa kuatnya diri dan jiwa kamu untuk menjadi seseorang. Kamu sanggup datang pagi dan petang, makan magi dan kuih pisang. Sanggup berlapar, sanggup berpenat. Ibubapa kamu juga adalah manusia hebat. Sanggup menunggu, sanggup menghantar. Sanggup bersama biar hujan dan panas. Sanggup berkorban demi impian kita semua.
Kamu adalah pemenang. Percayalah.
Aku berharap kau sempat singgah di sini satu hari nanti.
Ya. Kapan2 pintu hatimu terbuka.
Manalah tahu kalau malaikat membisikkannya ke telinga mu.
Kuakur pada kerasnya prinsip hidupnya.
Kukira, tak ada apa yang perlu kukesalkan lagi.
Biarlah begini apa adanya.
Perdamaian pun takkan membawa kepada kata muktamad.
Hanya menangguh sengsara,
Yang nantinya akan mengundang kesakitan yang lain pula.
Aku tak takut sakit.
Aku cuma takut jadi pembenci.
Sebelum tak ada jalan pulang untuk kami,
Lebih baik segalanya nanar begini.
Ah, lebih dari itu...
Aku tahu dia pun tak peduli semua ini.
Saat boleh memilih rasional, dia pilih egonya.
Dan begitulah setiap kali.
Angkuh tak tergoyahkan.
Dan aku pun sudah bosan mengingatkannya berkali2 supaya berfikir dua kali.
Baiklah encik egoistik.
Aku berundur.
Kusahut kibasan tanganmu.
Kuterima cerca makimu.
Kutantang perlecehanmu.
Barangkali kau memang perlu diajar erti kehilangan supaya kau kenal makna kasih sayang.
Hidup adalah pilihan.
Kau pilih egomu.
Aku pilih harga diriku.
Enough is enough.
Aku mencari.
Aku tunggu.
Jesteru yang hadir hanyalah rasa enyah.
Mana?
Ku percaya ia belum hilang
Cuma mungkin tak mahu bersatu.
Apa sudah jadi pada hatiku ini?