Thursday, November 9, 2017 | By: Luna Biru

Pengongkong II

Lagi berkisah tentang sahabat pengongkongku.

Mungkin dia mulai sedar yang dia tidak dapat menjinakkan aku dengan kuasa autonominya. Maka dia pun mulai uring-uringan sendiri. Lalu operasi mencari kelemahan dan kesilapanku dilakukannya; baik secara senyap mahupun terang-terangan.

Baiklah.
Jujurnya, aku kecewa juga. Semakin hari, dia makin melampau. Terserlah bodohnya di mana2. Syukurlah dia jumpa aku dalam usia matang begini. Kalaulah dia jumpa aku waktu darah muda masih menggelegak dalam diri, mungkin nasibnya juga akan berakhir dengan pil penenang seperti mangsa marahku sebelum ini.

Ah.
Drama Queen. Orang macam dia banyak bersepah dalam dunia. Kita akan menemukan duplikasi sepertinya di mana2. Mereka ada dalam setiap kurun dan zaman. Namun berapa kali pun kita melalui pengalaman ngeri dengannya, hati manusia kita tetap akan terluka juga. Dan dia... hanyalah satu daripada rusuk yang bengkok.

Friday, November 3, 2017 | By: Luna Biru

Ustaz Hisyam

Ini kisah tentang Ustaz Hisyam.

Dulunya, dia rakan semaktab; sama2 muda dan nakal. Kini, dia menjadi rakan sekerja; nakalnya masih ada. Namun warak dan akhlaknya sudah bercabang matang.

Mengenali Ustaz Hisyam dalam versi  berbeza, sedikit sebanyak memberi impak dalam hidupku. Sebagai pemikul  tanggungjawab seorang Al-fadhil, kurasa, dia sudah menjalankannya kewajipannya dengan baik sekali. Bahasanya yang bersahabat saat memberi peringatan dan teguran, meski adakalanya menjengkelkan tapi tetap mengesan aura yang mendalam. Lantunan doanya mampu memberi sengatan di nurani yang kontang. Keperihatinannya adalah kejituan dirinya. Prinsip hidupnya mudah, hidup biar berbakti, dan jangan menyakiti.

Beruntunglah murid2 SK Kuala yang pernah berada di bawah didikannya. Beruntunglah dia sebagai manusia yang mampu memberi manfaat dunia dan akhirat pada orang lain. Beruntunglah aku mempunyai kesempatan bekerja dengannya. Dia, adalah jambatan yang mampu membuat jatidiri dan iman manusia menjadi lebih baik. Beruntunglah ibunya, beruntunglah anak2nya.

Masya Allah.

Semoga aku dapat mendidik anak2 lelakiku menjadi manusia berjiwa protogonist seperti itu. Semoga aku dan abang dapat menanam dan menyemai benih2 ilmu dan iman dalam hidup anak2 kami. Semoga kelak, anak2ku dapat membimbing keluarganya menuju jalan yang lebih baik.

Terus-terang saja, seumur hidup bergelar guru, aku tak pernah menemukan karakter ustaz seperti ini. Syukurlah aku diberi peluang menyelami makna seorang mursyid.

Semoga Allah sentiasa merahmati kau dan keluarga mu ustaz.

Thursday, November 2, 2017 | By: Luna Biru

Pengkongkong

Pada mulanya dia tawarkan persahabatan.

Ya. Manis memang.

Semanis orangnya.

Oh. Senyumnya juga manis. Bahasanya selembut frasa istana.

Terus terang, punya sahabat seperti itu bukanlah bahagian dari seleraku. Aku lebih menyenangi sahabat yang punya kepala segila aku.

Tapi yah...
Kerana dia begitu insist, maka aku pun membuka pintu. Kuterima dia masuk dalam hidupku.

Tapi kemudian,

Dia tawarkan pula aku kesetiaan.

Kesetiaan seorang Tuah yang mengkhinzir buta. Dia mulai menuntut yang bukan2. Bak diperisterikan oleh seorang psikotik cinta, maka aku pun dikongkong oleh kepercayaannya tentang makna dan nilai sahabat.

Ok. Itu gila. Betul2 gila.

Dia pun mulai menjadi parasit dalam hidupku. Resah menggerawang di mana2 begitu melihat dia. Cuak di hatiku pada perilaku psikonya lebih menakutkan daripada diburu para penagih hutang kad kredit dan singer.

Maaflah, kawan.

Mungkin bagimu sahabat itu bermakna  menguasai dan mendominasi. Perlu lapor itu ini dan mesti bersetuju pada semua biang di pemikiran jelekmu.

Tapi bagiku,
Sahabat itu ertinya kau bebas menjadi dirimu sendiri. Ia seharusnya berjalan tanpa resah dan gelisah untuk menjadi orang lain. Ia tidak seharusnya diikat oleh peraturan2 gombal. Setia itu luas maknanya. Bukan cuma sekadar memeluk erat bahu dan jalan berganding tangan ke mana2.

Ah. Bullshitlah.

Pergilah kau membawa dirimu kembali ke zaman solomu. Pantas kau hidup sendiri tak punya teman kalau itulah makna persahabatan bagimu. Menyingkirlah sebelum kau terlanjur membenciku yang sudah semakin berani menjadi diriku.

Tak mungkin selamanya kubiarmu mengongkong bebasku dengan mata awasmu dan tajamnya sindirmu.

Pui.

Hectic

Hectic.

Lalu begitulah caranya aku cuba membuat diriku alpa pada segala sengketa minda.

Biar tubuhku penat dan sekarat.

Dan biar nanti malam ku renung siling runyam lusuh itu dan tenggelam di dalamnya.

Ah.

Kapan sakit di kepala ini mahu berhenti?

Fitrahku

Saat sakit di kepala ku semakin kerap menyerang, baru ku sedar makna sebuah lompang.

Ya.

Lompang yang semakin menyeksakan. Yang sedemikian hari, luasnya melebar. Sukma ku pun mulai bergetar rasa tamak. Walaupun tamak bukanlah perkataan terbaik untuk ku gambarkan perasaan ku.

Ah.

Barangkali akulah manusia yang tak tahu bersyukur.

Friday, October 27, 2017 | By: Luna Biru

End of cascading

Maka berakhirlah episod cascading LMA and CI di peringkat daerah. Meski skill tak menjadi sehebat di peringkat negeri, tapi aku bersyukur sebab ianya berakhir dengan baik.

Ah. Macam2 hal. Meski berabis cuba memperbaiki keadaan dan momentum diri, kita akhirnya terpaksa tunduk juga pada keadaan. Kena terima hakikat yang kita tak boleh kontrol semua. Terpaksalah terima saja apa adanya.

Apapun, aku suka kolaborasi kali ni. Semua MT memang cool habis.
Good job guys.

Sunday, October 22, 2017 | By: Luna Biru

Sebenarnya

Sebenarnya kau tak perlu bersungguh-sungguh membuktikan padaku yang kau tak memerlukan aku.

Kerana sememangnya kau sudah mampu menyakiniku tentang hal itu semenjak lama dulu.

Ya.
Cuma aku berpura-pura buta kerana ku tak ada pilihan selain berlakon tidak melihatnya.

Tuesday, October 17, 2017 | By: Luna Biru

Hari Graduasi Anis

Sedar tak sedar, sorang lagi anakku bakal tamatkan zaman persekolahan. Tahun ni giliran Anis pula. Waktu melihat dia menyarung jubah graduasi, aku dan abang tersenyum sesama sendiri. Budak kecil dengan mata sepet dan selalu minta puji itu ternyata sudah semakin dewasa dalam injakan dunia remajanya.

Ah.

Masa berlalu demikian pantas. Kesusahan membuat kami selalu lupa betapa derasnya masa itu berlari. Semoga semua ini menjadi pemangkin dalam hidup Anis untuk menyarungkan pula jubah konvokesyen. Insya Allah.

Tuesday, October 10, 2017 | By: Luna Biru

22 tahun yang terlupakan

Jadi...
Kukira aku sudah mengingat semuanya dengan baik.
Rupanya, ada part yang missing.

Dan aku cuma mampu beristighfar banyak2.

Baiklah.
Perlu kuakui aku kejam.

Lalu aku harus apa?
Tiada apa2 pun yang dapat dilakukan sekarang. Semuanya sudah terlambat 22 tahun!

Wednesday, October 4, 2017 | By: Luna Biru

Optimist

Sebenarnya agak susah nak pertahankan keoptimisan diri jika kau hidup di kalangan manusia pesimis. Apalagi kalau jumlah yang pesimis itu merangkumi semua nombor julat yang kau ada.

Lagi susah bila di saat hati kau pun sedang gundah gulana gila, tapi dalam masa yang sama kau kena stay positive dan ceriakan manusia2 pesimis tu. Dan manusia2 ni pula tahap buta hati tak nampak segala usaha kau untuk jernihkan suasana, dan tak pula rasa yang kau pun perlukan sokongan juga.

Palui.

Mungkin aku pun perlu jadi macam dorang juga biar dorang sedar yang aku pun perlu diceriakan juga.

Oh agaknya sebab tu aku suka sangat berkawan dengan kak Ram, Noy, Syidah, bang raim, bang bujang...sebab dorang ni mampu buat aku gelak gila2 dan dorang mampu btahan wpun dalam keadaan sukar sekali pun. Bahkan dalam keadaan worst pun dorg masih mampu buat lawak. 

Ah. Bongoklah kamu. Tahukah betapa membosankannya kamu padaku? Bosan! Parak!

Sunday, October 1, 2017 | By: Luna Biru

Jauh

Segalanya tetap saja jauh.

Yang di langit masih tinggi.
Yang di bumi tetap saja dalam.
Yang di laut tak terselam.
Yang jauh tak tercapai.
Yang haram tak tersucikan.

Kelu.

Pakcik

Malam ni malam ke 3 majlis tahlil arwah pakcik.

Pakcik yang baik hati dan sekaligus menjengkelkan dengan lawak2 steorotaip nya. Haha

Aku pasti rindu dia.

Belit

Bagai ular, segalanya membelit.
Aku mahu mati tapi ular itu tak mahu juga menelanku.
Entah sampai bila dia mahu belitku begini.

Saturday, September 30, 2017 | By: Luna Biru

Kehilangan

Ketika harta berpuluh ribu hilang, aku tak sedih sangat.
Tapi bila harta RM30 hilang, aku rasa mcm nak meraung.

RM30 je kot...

Goodbye A37

Thursday, September 28, 2017 | By: Luna Biru

Analogi

Aku berpegang pada prinsip 'orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita, kita merasa'.

Bagi aku,
Hidup bukanlah sekadar menerima tetapi memberikannya kembali dalam bentuk yang kau mampu lakukan, biarpun cuma sekadar doa dan senyuman. Cukup sekadar berbudi bahasa.

Tapi kadang manusia ini terlalu selesa menjadi penerima, hingga lupa untuk menjadi pemberi. Biarpun...ya...sekadar apa yang kau panggil budi bahasa.

Bagi aku,
Hidup ni adalah atas toleransi. Sebanyak apa yang kau ingin diberi, maka berilah hak yang sama pada orang lain.

Malangnya. Ya. Malangnya, tak semua orang lahir dan terdidik untuk memupuk sifat toleransi itu baik2 dalam diri.

Dan aku, tidak juga terdidik untuk menjadi si pengorban yang membabi buta. Sifat srikandi ku berbaur nilai antagonis. Bukan bermakna aku berpegang pada nilai untung rugi serta imbalan; tapi ia lebih kepada nilai TOLERANSI. Bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicincang.

Tapi ya.
Manusia tak suka dituntut. Mungkin aku ni keturunan pontianak jadi rasa pantang diperleceh agak kuat dalam diri.

Apapun, aku percaya bahawa sebagai saudara semuslim, kita tak boleh berputus asa dalam mendidik. Melentur buluh yang tua memang susah. Kelak patah, langsung tidak berguna. Bak kata Einstein, mengubah pletenium itu lebih mudah dari mengubah manusia. Tapi, bodohlah aku kalau aku mengalah sekarang.

Kalau dikatakan perempuan itu terbuat dari tulang rusuk yang bengkok kerana Allah ingin memberi perumpaan tentang keras dan bengkoknya tulang itu; maka hari ini, aku tertanya, seperti perumpaan apakah Allah meletakkan lelaki ketika mereka dibuat? Istilah 'dibiar terus bengkok, diluruskan nanti patah' rasanya agak sesuai untuk kuberikan pada saudara semuslim ku yang berjantina lelaki itu.

Sarkastik.

Wednesday, September 27, 2017 | By: Luna Biru

Mimpi Juara

Maka kalau ada kisah yang perlu didokumentasikan, rasanya kisah perjuangan pasukan Boria SK Kuala ini adalah sebuah idea yang hebat.

Bermula dari titik paling nol, aku memberanikan diri menyertai pertandingan boria anjuran PPDa ini. Meski masa pertandingan cuma tinggal dua minggu, aku gagahi juga meneruskannya. Niatku cuma satu, sekadar ingin memberi peluang pada diriku dan murid untuk keluar dari kepompong akademik. Kokurikulum juga adalah bidang penting yang mampu mempertingkatkan potensi individu.

Untuk memberi peluang sama rata kepada semua murid, aku memulakan langkah pertama dengan membuat audition. Aku bahagikan murid kepada lima orang untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa untuk membuat sketsa spontan dan tarian boria sendiri. Agak ribut waktu ini sebenarnya kerana lebih 10 buah kumpulan berentap. Dalam masa yang sama, aku sendiri kewalahan mengawal disiplin. Akhirnya, short list pun berada di tanganku. Senarai itu dipendekkan lagi melalui audition seterusnya. Setelah menyaring 3 kali, maka 15 orang peserta layak dipilih.

Maka bermulalah episod latihan kami. Melatih budak2 lelaki ternyata jauh lebih sukar dari apa yang aku jangkakan. Semuanya pun kayu. Banyak step boria yang penting terpaksa kubuang kerana mereka gagal menguasainya. Aku mulai mengincar jurulatih bantuan. Malangnya, seorang anak buah yang berbakat pun tak mampu menghulur tangan. Akhirnya, rakan JPJ yang juga instructor senamrobik tampil memberi magis. Step terpaksa ditukar ala2 senamrobik. Ya. Akhirnya mereka bjaya menguasainya, tanpa aku tahu bahawa itulah kemudiannya menjadi alasan para hakim untuk mengurangkan markah pasukan kami.

Kami mulai berlatih secara intensif pada hari Khamis, 7 hari sebelum pertandingan. Pagi dan petang. Non stop sampai ke pukul 6 petang. Kami makan apa adanya. Ada bawa magi, ada bawa nasi goreng. Sebungkus magi kami kongsi berdua.

Dugaan seterusnya pun muncul. Satu ahli pasukan yang juga pelakon sketsa menarik diri tanpa sebab yang jelas. Mujur ada Akmal, murid tahun 6 yang pada mulanya menawarkan diri menjadi runner untuk membantuku dengan persediaan sentiasa ada bersama kami. Mujur juga UPSR dah tamat. Maka aku tak punya pilihan lain kecuali meminta Akmal menggantikan peserta yang menarik diri. Alhamdulillah Akmal bersetuju. Dia adalah sebuah keajaiban. Dengan mudah dia mampu mengejar step yang telah dikuasai sepenuhnya oleh peserta lain.

Dalam masa yang sama, aku turut melatih 3 orang peserta poster. Kasihan mereka hanya mendapat sisa2 masaku.

Waktu ini, aku baru teringat yang kami belum ada gubahan muzik dan baju untuk dipakai di hari pertandingan nanti. Aku juga baru sedar yang masa cuma tinggal 6 hari sebelum pertandingan. Tanpa seringgit pun peruntukan, aku benar2 mati akal mahu mencari sumber kewangan. Bersama Rusyidah dan Kak Gayah, kami berikhtiar mencari ilham. Akhirnya, pada hari Rabu, kuberanikan diri meminta peruntukan dari YB dan PIBG. Alhamdulillah, PIBG menghulurkan RM200. Duit itu segera kugunakan untuk mengupah komposer membuat muzik kami. Hari Jumaat, bantuan dari Puteri UMNO menyusul sebanyak RM500. Dengan gembiranya aku pergi shopping keperluan pakaian. Macam2 idea dalam kepalaku; mau buat vest, seluar, tarbus dan buat baju ala2 meksiko bagai. Beli kain itu ini macam nda ingat dunia. Aku lupa. Masa makin suntuk dan mustahil sebenarnya aku boleh siapkan semua!

Lebih memeritkan ialah rupanya idea renda baju yang kubeli itu bukanlah idea murahan. 30 meter renda yang kubeli ternyata hanya cukup membuat 4 helai baju! 30 meter bersamaan dengan RM120! Ertinya, aku masih memerlukan RM240 untuk menyiapkan 10 helai baju lagi, tidak termasuk baju solo. Aku pun mulai panik. Duit sudah habis buat beli kain vest dan seluar yang sama sekali belum tersentuh!  Selebihnya, diguna untuk  makan budak semasa sesi latihan. Habislahi ni...mana aku nak cari duit bikin cover? For sure kena pertikai kemana habisnya duit peruntukan oleh rakan2 sekerja yang lain...

Lebih mendatangkan dugaan apabila 3 hari sebelum bertanding, satu lagi peserta menarik diri. Lebih menyakitkan kerana peserta itu adalah pelakon utama, tunjang pada sketsa kami kerana cuma dia yang boleh berloghat dusun. Tapi aku tak mahu diheret dalam masalah. Tiba2, ilham dari Tuhan pun muncul begitu melihat Mizan yang sedang bermain pedang dengan Ade. Kutukar sketsa seratus peratus ke sketsa baru. Mizan yang gagap menjadi taruhan. Alhamdulillah. Anak itu benar2 ajaib!

Dua hari sebelum pertandingan, kami berkumpul di pusat sumber. Aku merayu agar diberi guru ganti. Namun sistem agak mendominasi keadaan. Syukur lah  Kak Yati seorang yang setuju. Mahu tak mahu, kubawa saja anak2 muridku masuk ke pusat sumber, termasuk dua lagi murid poster. Lebih baik begini rasanya, kan?

Sehari sebelum pertandingan, aku putuskan untuk habiskan sesi rehearsal sebelum pulang sekolah. Tiada lagi sesi latihan petang. Aku perlu siapkan pakaian yang belum siap. Mujurlah juga ada peruntukan RM150 dari Kaunseling. Duit tu sepatutnya digunakan untuk tambang. Tapi aku gunakan untuk beli renda yang tak cukup. Harap aku ada duit nanti untuk bayar balik duit tambang guru2 yg sudi hantar murid.

Malam sebelum pertandingan aku betul2 flat. Dadaku mulai sakit. Asma ku mulai menyerang. Beginilah selalu kalau aku sudah terlalu penat. Suaraku pun mulai hilang. Dadaku bagai dihimpit setiap kali nafasku keluar masuk. Alhamdulillah abang sentiasa ada. Dialah yang jahit tali pinggang, buat bunga manggar dan tongkat. Aku masuk tidur jam 3.30 pagi...aku tak sedar telefonku berbunyi... sebuah penggilan dari kazenku yang rupanya ingin memberi tahu yang pakcikku telah meninggal...

Rabu.
27 September.
Maka bermulalah perjuangan kami.
Ketika memasukkan keperluan dalam kereta, rumah kazenku di sebelah sudah dipenuhi sanak saudara. Kata mereka, jenazah akan sampai bila2 masa. Hatiku rasa terenyuh sekali. Sepatutnya, aku berada di sisi Mayang yang telah banyak berkorban untukku. Susah senangku bersamanya selama ini. Tapi malangnya, hidup perlu diteruskan juga. Sungguhpun  berat hati, aku pun melangkah ke sekolah..semoga dia memaklumi alasanku kelak...

Sampai di sekolah,
Aku pun mulai gesit menyiapkan murid berpakaian. Setelah siap, kami pun bergerak ke Masindong Resort di Kawang. Hanya 4 kumpulan yang bertarung.

Saat hakim menobatkan SK Kelanahan menjadi juara, aku tersenyum kecil. Sarkastik. Tapi tak apalah. Menang bukanlah target utama. Apa yang lebih penting ialah nawaitu ku yang asal. Mungkin benar muzik kami agak kontemporari. Mungkin, muzik dangdut dan ala disko lebih diterima. Mungkin juga, editan muzik yang putus2 dengan tarian selingan berulang kali lebih diterima. Mungkin juga, lagu yang lari pitching lebih memikat hati hakim.  Wallahua'lam.

Secara jujur,
Aku bahagia dengan semua ini. Kenangan tentang ini melakar sejarah tersendiri. Meski gagal menjadi juara, kami tetap menang di hati semua. Pasukan kami punya keunikannya sendiri. Aku percaya, ia akan terus diingati mulai hari ini.

Kepada murid2ku,
Kamu adalah adiwira.
Tahan menahan maki dan sifat pemarah Tcer menunjukkan betapa kuatnya diri dan jiwa kamu untuk menjadi seseorang. Kamu sanggup datang pagi dan petang, makan magi dan kuih pisang. Sanggup berlapar, sanggup berpenat. Ibubapa kamu juga adalah manusia hebat. Sanggup menunggu, sanggup menghantar. Sanggup bersama biar hujan dan panas. Sanggup berkorban demi impian kita semua.

Kamu adalah pemenang. Percayalah.

Monday, September 11, 2017 | By: Luna Biru

Kapan2

Aku berharap kau sempat singgah di sini satu hari nanti.

Ya. Kapan2 pintu hatimu terbuka.

Manalah tahu kalau malaikat membisikkannya ke telinga mu.

Saturday, September 9, 2017 | By: Luna Biru

Tanpa kesal

Kuakur pada kerasnya prinsip hidupnya.
Kukira, tak ada apa yang perlu kukesalkan lagi.
Biarlah begini apa adanya.
Perdamaian pun takkan membawa kepada kata muktamad.
Hanya menangguh sengsara,
Yang nantinya akan mengundang kesakitan yang lain pula.

Aku tak takut sakit.
Aku cuma takut jadi pembenci.
Sebelum tak ada jalan pulang untuk kami,
Lebih baik segalanya nanar begini.

Ah, lebih dari itu...
Aku tahu dia pun tak peduli semua ini.

Friday, September 8, 2017 | By: Luna Biru

Hatiku jadi bakul sampah.

Busuk dengan sumpah seranah.

Kata orang, selagi ada marah, selagi itu ada rasa sayang.

Sementara pengacuhan hanyalah hukuman sementara.

Memilih

Saat boleh memilih rasional, dia pilih egonya.

Dan begitulah setiap kali.

Angkuh tak tergoyahkan.

Dan aku pun sudah bosan mengingatkannya berkali2 supaya berfikir dua kali.

Baiklah encik egoistik.

Aku berundur.

Kusahut kibasan tanganmu.
Kuterima cerca makimu.
Kutantang perlecehanmu.

Barangkali kau memang perlu diajar erti kehilangan supaya kau kenal makna kasih sayang.

Hidup adalah pilihan.
Kau pilih egomu.
Aku pilih harga diriku.

Enough is enough.

Saturday, September 2, 2017 | By: Luna Biru

Tak bersatu

Aku mencari.
Aku tunggu.
Jesteru yang hadir hanyalah rasa enyah.

Mana?
Ku percaya ia belum hilang
Cuma mungkin tak mahu bersatu.

Apa sudah jadi pada hatiku ini?

Wednesday, August 30, 2017 | By: Luna Biru

3 times in a month

3 times in a month.
Which mean, 36 times in a year.
The numbers going smaller every year. And it really drove me crazy.

Sigh.
Sarcastic.

3 times in a month?
Fakof!

The bloom make me cry

Abe grew that fast. Now he built up the personality that  I've tried hard  to  forget. How he reminds me bout things that I hate most.

And its really make me sad.

May Allah bless him.
Amin

Bingit

Bingit telinga ku dengan cuak di wajahmu.
Tanpa suara pun, aku sudah serasa tuli.
Bahasa di mukamu adalah hamparan resah di jiwamu.
Aku tetap bisa mendengarnya walaupun kau kunci mulutmu rapat2.

Thursday, August 24, 2017 | By: Luna Biru

Runyam

Keadaan makin runyam.

Dan dia membenciku 10 kali lipat dari sebelumnya. Aku dapat membaca penuduhan lewat matanya. Mata yang seakan berkata, nah...rasakan natijah perlakuanmu. Puas hati kau?

Aku mau rayu dia supaya berhenti membenci dan menyalahkanku.

Tapi... aku tak kuasa mahu membela diri lagi.
Biarlah Tuhan saja mewakili hatiku. Dan kalau dia juga mengatakan bahawa Tuhan kami sama, maka biarlah Tuhan jadi pengadil.

Tuhan,
Aku cuma minta satu. Tolong beri aku peluang untuk selesaikan tugasku agar aku dapat menebus maruahku.

Kalau pun Kau lumpuhkan kakiku hari ini dan hancurkan hatiku, atau tak Kau sisakan satu pun dari harta hasil usahaku, ku mohon, tolonglah beri aku akhir yang baik, sesuai usahaku. 
Aku sudah tak ada apa lagi. Nil. Kalau harus bermula, maka, inilah permulaan.

Man Jada Wa Jada.

Tanpa tajuk

Dugaan.

Apapun dugaanku, Tuhan sebenarnya mengujimu juga.

Kerana apapun ujian mu, dapat ku harung dengan redha tanpa memalingkan wajah.

Tuesday, August 8, 2017 | By: Luna Biru

Waktu

Aku tak pernah putus asa menyakinkan diriku bahawa semua yang perih ini akan berakhir.

Kerana waktu adalah urusan Allah, maka meski pahit, kutelan jua ...

Namun hari ini, aku ingin bertanya...

Bila??

Monday, August 7, 2017 | By: Luna Biru

Badai Banyu Biru

Ia adalah satu percubaan berani mati. Bahkan mencatat sesuatu yang paling susah yang pernah aku cuba. Tapi yang pertama itu memang selalu sukar, kan? Apalagi kalau ia bermula tanpa ilmu dan pengetahuan khusus. Bukan lagi bertatih , tapi aku dah tahap merayap bangun semata2 nak siapkan skrip ni. Pahit pun kutelan juga.

Satu tahun ternyata belum cukup masa untuk kusuntik sentuhan magis. Tapi jauh di dasar hati, aku menjangka sesuatu yang luar biasa akan terhasil. Insya Allah. Percubaan ini tidak akan sia2.

Hetty, Desmond, Lily, Reza, Hans, Azizah, Noh, Anang, Danial.
Mereka adalah watak berilustrasi yang muncul dengan jiwa yang tersendiri. Mengenal mereka membuat mu mengenal dirimu sendiri. Ia bukan sekadar cinta biasa. Dari mereka lah kan kau rasa betapa besarnya jiwa yang merdeka.

Keegoan, kemaafan, persahabatan, nasionalisme.
Semuanya dibungkus dalam kain ramuan yang sama. Tinggal kau memisah2kannya, ibarat Puspawangi memisahkan rempah Tajul Ashikin. Kau hanya perlu sabar.

Man jada wa jada

Sudah Lama

Ya. Sudah lama benar laman ini kubiar sepi. Aku rindu menulis. Rindu jadi Luna Biru. Rindu menyulam aksara menjadi frasa penuh makna. Luna Zura sudah punya karakter nya sendiri.

Baiklah.

Aku cuba utk tdk mjadi dramatik. Tak perlulah aku nak memujuk blog ku ini sbb dia bukan ada perasaan pun. Tapi aku boleh janji utk kembali ke sini hari2. Bermula dari hari ini.

Kerana aku...masih Luna Biru.