Monday, September 7, 2015 | By: Luna Biru

Harga diri

Aku harus segera menamatkan kerjayaku sebagai guru dalam dua tahun lagi. Persetan pada pencen dan hutang Angkasa. Pasti ada jalan menyelesaikan semua itu nanti.  But first, aku perlu segera pergi dari dunia penuh CGPA ini.

Sebelum namaku makin membusuk kerana asyik lewat datang ke sekolah, ssebelum sejarah lama berulang kerana selalu bolos kerja,
maka adalah sebaiknya aku menarik diri duluan.

Pedih.
Itu saja yang dapat aku katakan.
Bukan kerana aku harus meninggalkan kerja ini. Tapi kerana setelah bertahun2 berjuang, aku tetap gagal menjadi seorang guru yang berdisiplin.

Duhai,
aku tak minta kamu faham keadaan aku. Semua orang ada masalah maka tidak adil aku meminta kalian memahami masalahku. Aku juga tak mungkin nak menceritakan semuanya pada kalian dan mengharapkan simpati; sedangkan simpati dan logika itu sifatnya bertentangan sama sekali.

Selamat ulang tahun, Acik

12 tahun yang lalu, anak kecil ini lahir saat subuh baru menjengah di kaki langit. Aku masih ingat sakit di tulang punggungku, kontraksi yang merenggut damai hatiku dan dinding2putih di bilik paling dingin yang sangat kutakuti. Aku masih ingat wajah2 para jururawat yang bertungkus-lumus menyelamatkan bayiku, juga kerut wajah sang doktor yang mulai keliru dengan takdirnya yang tak berapa baik pagi itu.

Betapa tidak, seorang bayi telah lahir tanpa nyawa di dini itu. Entah apa puncanya, si ibu mengalami kontraksi hebat. Dia kalah memperjuangkan nasibnya. Kudengar suara lirih suara suaminya saat nurse memberitahu keadaan itu padanya. Suara itu berselang dengan suara cengklik sang balan-balan atau mungkin juga pontianak dari atas siling hospital. Aku sendiri sudah lelah meneran dari tadi. Tidak tahu mengapa bayiku sukar lahir sedangkan bukaanku sudah mencecah 8 cm. Kudengar suara perawat menjerit namaku. Khuatir sekali mereka aku berputus asa dalam perjuanganku.
Saturday, September 5, 2015 | By: Luna Biru

Reason to leave, reason to stay

Aku ingat, the last time Kem hubungi aku ialah malam sebelum Syawal. Dia ucap selamat raya dan minta maaf pasal video Nini. Aku tak jawab at the time aku receive mesej tu. Tak ingat kenapa. Mungkin sibuk bereskan hal persiapan raya. Dekat tengah malam baru aku jawab. Tapi feelnya dah kurang sebab Kem dah lama tunggu dan aku pun dah hilang touching sebab penat. 

Pastu kami senyap...dan sekarang, kami dah jadi manusia janggal. 

Frankly,
aku memang sentap tentang beberapa perkara, Tapi sentap aku bukan lama pun. Tak tahulah dari Kem sendiri macamana dia nak urus dan tadbir sentap dia. Apapun, aku dah dua kali cuba2 'sapa tapi macam tak laku je....

Habis tu, aku nak buat apa?

New project

Jam 2.11 pagi.

Aku nak kembangkan studio 78 ni dengan menambah servis sewa props. Sebagai permulaan, aku cuma buat sewa props itu sendiri secara set dengan harga maybe arounf RM30 untuk 1 set. 1 set consists 10 props mix words and shapes.

Dalam tempoh 3 bulan dari sekarang, aku akan kembangkannya ke sewaan photo booth pula. So bila bercakap pasal photobooth, itu bermakna aku kena melabur lebih untuk kos photo booth itu sendiri, kamera polaroid dan apa2 stuff yang dirasakan perlu.

Tapi itu nanti bila duit dah cukup. Sekarang ni, hutang pun tak setel lagi.

Bila dah lengkap semuanya, barulah aku dapat train budak2 ni untuk terlibat secara langsung dalam bisnes ni. Rasanya dah complete; Arin bagus dalam negotiation, Anis jadi photographer, Abe jadi toolsman sementara Acik pula minat sangat kerja print-memprint.

Ok lah tu wawasan aku setakat ini. Simpan untuk 2016. Insya Allah....

Penamat

Aku cuma mahu kau tahu,

Kalau kau merasa bahawa harga diri dan ego mu lebih tinggi dari nilai persahabatan dan persaudaraan yang pernah aku tawarkan (dan yang pernah kita sulamkan bersama), kau silap.

Apa yang kau tunjukkan sekarang hanyalah kesombongan mutlak seorang manusia biasa. Nanar dan naif. Kau tak lebih dari tipikal sifat manusiawi. Kau tak melihat isu yang wujud hingga terjadi kemelut ini. Kau hanya melihat konsekuens dan sedikit usahamu untuk berbaik, yang nyatanya tidak menyembuhkan apa-apa luka yang telah kau torehkan.

Kalau matamu tak mampu membelalak melihat, mindamu tak mampu mencerna, hatimu tak mampu menafsir, maka sia-sia sajalah segala jalinan persahabatan yang telah wujud selama ini.

Baiklah.

Titik.