Sunday, June 21, 2015 | By: Luna Biru

Badi

Mengenal dia cukup sekali tapi sialnya melekat sampai ke mati.

Kalau diibaratkan mayat, maka badinya melekat-lekat.

Kalau pelita, maka dialah jelaga.

Sungguh malang pernah terselisih di simpang yang sama dengannya. Aku harap Tuhan segera memujuk sedihku dengan menyemai benih hikmah agar aku dapat terus bersabar dengannya.

Entah aku kah gila atau dia kah yang sakit jiwa.

Siapa pun yang gila antara kami, kuharap orang itu segera sembuh.

Kepada si penyakit hati, bawa-bawalah bertaubat. Tak perlu berkisah tentang aku lagi. Tak perlu pura-pura bertanya khabar, tak perlu menegak benang siapa yang basah. Tak perlu mencari kebenaran, tak perlu mencari kesilapan. Tak perlu membangkit. Tak perlu takut aku nak burukkan kau. Tak perlu nak takut dengan bayang-bayang sendiri. Tak perlu apa-apa. Anggap saja aku dah mati sebab bagi aku, semua tentang kau dah lama aku kubur.

Nikmatilah hidup kau tanpa aku sebab aku dah betul-betul gembira berpisah dengan kau.

Full Stop.
Saturday, June 6, 2015 | By: Luna Biru

Merai Mei

Lan buat plan untuk rai Mei di Restoran Makanan Sedap, Luyang. Ok, memang sedap pun makanan di restoran tu. Aku kasi lima bintang.

So, ini adalah gambar2 hasil kejadian malam itu.

SCENE 1 : DINNER TIME

Birthday Zara

Ini adalah minggu pertama cuti semester kedua.

My niece, si Bunga jemput untuk bertandang ke Tanjung Lipat untuk raikan majlis Ultah abahnya dan anak sulungnya.

Well, tak ada apa yang dibuat selain kumpul2 dan makan2. Aktivti lebih kepada urusan masing2. Tapi sup daging tu memang awesome!

But well, aku terperangkap dengan manusia obses yang jatuh cinta dengan diri sendiri. Dan itu telah membuat aku migraine sepanjang hari!!!

Oya, Terima kasih Bunga atas jemputan.


Malas nak upload gambar. Nak tengok, gi FB aku, Luna Zura
Friday, June 5, 2015 | By: Luna Biru

KSP@LD : Anies & Faqa

Beberapa shot untuk promosi telah siap untuk ditayangkan. Tahniah buat Anies & Faqa.

KSP@LD Siri V

Let's go home, Luna!


Tengahari kami bertolak dari LD. Kami lalui lagi highway2 dan banjaran yang sama kami lalui dua hari lepas. Sempat juga kami singgah rumah Ayah di Sapagaya. Thanks Kem sebab layan juga request aku. 

Tak banyak aku yang aku boleh ceritakan sepanjang perjalanan pulang ni. Paling2 singgah makan, pastu tidur, pastu bangun balik. Bila celik mata, tak sampai lagi, then tidur balik. Jarak 8 jam bukanlah dekat dan sekejap. 

After all, kami singgah makan di tempat fav aku iaitu Nabalu Lodge. Lama benar tak ke sini. Makanannya pun makin sedap, bervariasi dan of cos makin mahal. 

KSP@LD Siri IV

Alhamdulillah...kumasih ada kekuatan menyambung kisah di siri IV.

Saat ku menaip update ni, jam sudah menunjukkan 2.15 pagi. Aku tak dapat tidur sebab panas yang melampau. Agaknya, magma di bawah tanah sedang menggelegak hingga mengeluarkan wap panas. Untuk pengetahuan semua, pagi tadi, jam 7.15 pagi, berlaku gegaran gempa bumi di Sabah pada skala 6.0 yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Tapi itu akan kuupdate lain masa, ok!

Jadi, menyambung kronologi kisah dari siri III, kami pun meneruskan misi mencari hotel selama hampir dua jam. Punyalah cerewet si Kem ni cari hotel. Macam mau tinggal sebulan! Padahal, sok pagi awal2 sudah check out. Hotel semalam dia tak mau sebab takut tergoda dengan Bon Jovi. Hotel yang itu, mahal, hotel yang ini, cikai sangat, yang itu lagi, penuh, akhirnya...terpilih jugalah hotel yang dari mula Damit syorkan untuk kami...

KSP@LD Siri III

Harap dalam siri III ni, aku dah boleh masuk cerita pasal kerja pula. Dari tadi asyik melalut2 saja, kan?



Kami pun akhirnya tiba di rumah pengantin. Anis namanya, kawan si Kem. Mesti kawan paling epik ni sampai Kem sanggup meredah banjaran Croker semata2 nak shot kahwin Anis. Kampung Anis di Kawasan Sabah Baru. Kad jemputannya aku dah delete, kalau tak, boleh aku kepilkan di sini sekali. 

Hurm...bilang sampai part ni, aku jadi mati kutu pulak...tak tau nak cerita apa, nak mula macamana....

KSP@LD Siri II

Alhamdulillah...rajin juga aku buat sequel kisah di LD ni...



Hari kedua di LD. 

Kami pun bersiap sedia untuk memulakan tugas sebagai weekend warrior. Sebagai digital sharpshooter yang pro, kami punya integriti sendiri. Akauntabiliti dan time management amat penting di samping kualiti produk yang dijanjikan. Itu piagam yang perlu dipatuhi. Kalau tidak, ucapkan saja selamat tinggal pada dunia photography sebab ada ramai lagi sharpshooter di luar sana yang boleh replace tempat kau!

KSP @ LD Siri 1

Ni kisah 24-26 May 2015.

Untuk pertama kali, full team of KSP bergerak ke luar daerah demi mengembangkan sayap dalam bidang pornography. Upss...photography, ok!

Sejak mula aku tak pasti aku akan ikut ke tak. Nak ikut, tiada alasan. Mr. Bos aku si Kem pun macam ngajak2 ayam. Ayam pun tak nak kalau kena ajak macam tu, apalagi aku! Abang jangan cakaplah. Senyap je bila aku tanya. Hmmph! Tak nak ajak aku lah tu....

Tapi by the end, aku 'terpergi' juga join journey ni atas satu alasan yang tak sepatutnya ada. Ringkasnya, kalau abang tak siapkan kerja ngedit2 video Kalawon dia, confirm aku dah gerak dgn Kem. Tapi, nasiblah dia sempat siapkan semua kerja yang tak berapa nak sempurna tu...Kalau tak, tak dapat aku nak membayangkan aku menempuh perjalanan yang maha panjang tu berdua dgn Kem....plus kenalan baru nama Suhaimi. Oh...terasa macam kisah Sanay Wala Nang Wakas pula...peh!!

Apa-apalah

Hmmm...mananyee janji nak update belog?

Terkapai2 janjiku di udara macam roh gentayangan.

Akhirnya, belog yang dulunya rancak, yang dulunya jadi bahan rujukan, yang konon dulunya jadi terapi minda, yang konon adalah penyimpan khazanah, sudah jadi sesepi macam kubur. Bahkan di kubur pun masih ada cengkerik dan burung wak-wak!

Mungkin kedewasaan sudah mulai menguasai aku.

Mungkin aku dah temukan pelampiasan baru.

Mungkin aku sudah mulai berahsia.

Mungkin saja aku malas.

Sampaikan aku bercadang nak tutup saja akaun belog ni.

Ah...apa-apalah!