Kita semua punya mimpi.
Mimpimu.
Mimpiku.
Naifnya, kau yakin dengan kemampuanmu untuk sampai ke mimpimu. Lalu kau berhenti kerana menganggap alammu tidak membantumu menuju ke sana.
Sementara aku,
Selalu diyakinkan bahawa aku tidak akan pernah sampai ke sana kerana memang aku tidak dilahirkan untuk menjadi seindah impianku.
Dan aku pun kecewa. Entah kecewa kau kah atau aku kah yang lebih memberat,
Lalu,
aku tak tahu, apakah impian atau mimpi.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Bengang
Sebenarnya....
Bukan aku tak nak belajar. Memang aku bengang dengan button2 dan ikon. Tapi aku dah bersedia nak explore dunia baru. Dan aku juga sudah terangkan niat aku.
Silapnya lelaki ialah, mereka terlalu yakin dengan apa yang mereka mahir hingga menolak apa-apa saja yang lain dari yang mereka mahir itu, kecuali dari manusia-manusia yang mereka iktirafkan.
Semua pun sama. Tanya dan pergilah ke mana-mana lelaki. Aku tak fikir itu ego. Aku cuma rasa itu satu kebodohan mutlak. Tak mencerminkan watak pemimpin yang murah hati dan telinga. Perasan bagus. Memilih-milih nasihat. Suka menunjuk pandai.
Bosan aku.
Aku give up.
Kalau hebat sangat, kenapa ambil masa yang lama untuk setelkan satu perkara?
Bosan aku.
Betul2 bosan.
Kau buatlah sorang-sorang.
Hujung tahun ni siap kerja kau pun tak apalah.
#ada icon orang muntah hijau , nda?

Bila buka ruangan komen, tetkejut aku rupanya ada banyak komen yang aku tak respon.
Ni kalau ku jadi artis, sah2 kena kutuk peminat sbb tak pandai nak jaga hati dorg.
Apapun, aku ucap terima kasih pada yang sydi komen. Maaf sebab aku jarang buka ruangan komen so banyak yang terbiar tanpa balasan, soalan tak terjawab dan salam tak tersambut.
Begitu juga follower blog dan fb yang jumlahnya makin meningkat. Aku tak pernah ucap terima kasih dan tak pernah nak kenal dorg pun. Kejam sungguh aku. Follower fb je dah nak cecah 200 tp aku tak tahu pun siapa dorg semua...
Maaf ya...

simposiumku
Bila kupejam mataku, yang terbayang adalah betapa hebatnya aku berdiri di atas pentas dan membuat presentation talk aku.
Kesalkah?
Entah. Aku masih ingat betapa terujanya aku hari itu saat Kerrilee memberitahu tentang simposium ini. Bersemangat aku dan Maria membina angan-angan P&P sambil menikmati pizza di Beringis Resort. Maria menyimpan harapannya padaku. Dan aku menggantungkan mimpi di langit. Aku percaya aku ditakdirkan di situ

Pembunuh cinta
Aku tak tahu apa dah jadi...
Makin lama, makin tiada cintaku di dunia keguruan ini. Mungkin aku tak terbiasa dengan suasana baru; dari konkrit ke papan, dari tar ke kerikil, dari tangga ke pathway.
Penat.
Setiap hari adalah kurasan tenaga yang melampau. Setiap pagi adalah buru-buru yang gila. Setiap pulang adalah sisa tenaga yang lunyai. Aku tak tahu sampai bila aku boleh benar-benar bangkit untuk menjunjung cintaku. Dunia keguruan ini benar-benar menyusut segala berani dan gagah. Musnah segala motivasi untuk mendidik anak bangsa dek kekalutan kerja-kerja pengkeranian dan birokrasi. Hilang segala kreativiti dengan sistem mentoring yang menyekat percaya diri. Bosan dengan aktiviti self-reflection discussion yang menyita masa rehat yang cuma sedikit. Semua itu pembunuh merdeka seorang guru yang di hatinya saat bangun pagi bersumpah mahu memberi jiwa pada anak didiknya. Lalu yang diberi di kelas adalah sisa...benar-benar sisa. Dan yang dibawa pulang? Kosong. Akulah sisa itu.

Hidup baru
5 Jan 2015.
Aku terima panggilan dari PPD memberitahu pasal Reshuffling Guru2 BI. Bermula daripada itu, goodbye Surati, dan welcome-lah myself ke Sk. Beringis.
Honest,
Aku tak tahu aku sedih ke tak, marah ke bersyukur. Aku memang bercadang nak tinggalkan Surati, tapi cadangnya habiskan dulu Acik UPSR. Tapi, Allah lebih mengetahui. Dan oleh kerana kuasa mandatori dan penentu jauh dekat kita ialah PPD, maka...here I am....
Deep in my heart, aku tahu ini lebih kepada personal attack. Reshuffling? Whateverlah you....
Dan sekarang, 3 March, 2015...
Selepas lebih dua bulan di sekolah baru, aku dah cuba sesuaikan diri. Marilah bermuhasabah dan perbetulkan segala kelemahan diri. Aku sedar kesilapan aku. Dan akibat kesilapan2 itu, aku tercampak jauh ke sini. Sekalung terima kasih berbau sarkastisme aku beri pada mereka yang terlibat dalam semua ni. Betul, aku tak marah. Aku cuma kesal, kamu tak bisa menunggu setahun...

Boo
Ko ingat senang nak handle blog? Komplen senanglah. Huha-huha sana sini cari salah orang sebab tak update blog rasmi memang senang. Lebih senang lagi bila anggap diri boleh buat lebih baik dari orang lain. Cheh...setakat nak copy paste kerja orang senanglah kali...Boooooo to you.
Sekarang baru kau tau langit tinggi ke rendah. Sekarang baru kau tau susah ke senang, lapang ke sempit masa nak mengadap laptop semata-mata nak menghapdate blog. Dahlah tak bebayar, dihargai pun tidak.
aku dah kata. Hidup jangan bertongkat langit. Tapi ko degil...ko fikir ko hebat sangat. Tiada siapa pun yang hebat antara kita. Kita hanya hebat bila kita bekerja dalam satu kumpulan, bukan bergerak sendiri...
Anyway, boo to you.

Hello, lamanku.
Agak kaku jari-jariku saat mengetik papan kekunci di laman yang telah lama aku tinggalkan ini,
Tanpa alasan yang benar-benar wajar, aku sendiri tidak mengerti kenapa laman ini kubiar sepi berbulan-bulan lamanya. Mulanya dulu, kubinanya atas alasan terapi minda. Mungkin sekarang, saat usia sudah berganjak makin dewasa, caraku menerapi diri sudah berubah sifatnya...
Aku masih rindu di sini...bagai waktu-waktu dulu...
Tapi entah kenapa sesuatu dalam diriku menolaknya. Aku bercadang mahu menutup saja blog ini. Kali ini, biarlah segalanya benar-benar hanyut ke laut.
Tapi still, aku tak pasti...

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.