Friday, September 26, 2014 | By: Luna Biru

Si Usagi

Hari ni si Usagi Ayuzawa a.k.a Ila Suhaimi dah sah bergelar isteri orang. 

Tiada apa khidmat yang dapat aku sumbang kecuali menolong potong2 bawang dari malam sampai ke dini di tengah2 kedemaman yang dah suam2 kuku. 

Pulaknya, tiba2 si puan pengantin berhajat melamar kami suami isteri jadi pengapit besok. Lawak giler. Tercemar karang gambar pengantin tengok pengapit tua.

Tapi lagi lawak tengok gambar di bawah ni. Apadaaa....syok2 aku melaram bergambar, ada pula pelakon ekstra di belakang. 
Thursday, September 25, 2014 | By: Luna Biru

integriti

Soalan bocor ke integriti yang bocor?

Aku dah lama cakap dengan orang atas pokok supaya jangan suka balingkan buah atas kepala aku semata2 nak ingatkan aku pasal integriti. Dorang sendiri tak faham apa makna integriti tapi cukup lantang nak ajak orang berintegriti. Kebocoran kertas soalan dah cukup membuktikan betapa lunyainya sistem integriti yang diwahyu2kan selama ini. Hakikatnya, kerana manusia atas pokok yang rakus buah bernama KPI itulah yang seringkali memperkosa definisi integriti itu sendiri. 

Aku cuma mampu sungging hujung bibir; antara senyum geli hati, sarkastik dan bebal. Sedih pun ada juga. By the end of the story, manusia atas pokok tetap akan selamat dan kami yang kat bawah ni juga yang akan terus jadi mangsa keadaan. 

Tak apalah...

Tuhan tau...itu jelah pujukan paling klise yang mampu kami2 ucapkan. 


Cik Pink Marbless

Aku dah jadi peminat cik Guli Merah Jambu

Aku kagum dengan keyakinannya, bakatnya dan semangatnya. Aku nampak impian aku dalam dirinya. Bezanya dia berani, aku penakut. Aku cuma ada impian dan angan-angan; juga draft2 list dan video2 vlog yang mentah2. Tak pernah ada waktu nak lestarikan apa2. Baru buat satu filem, dah surrender. Gajet beribu2 behabuk dalam almari. 

Si Cik Guli dah membuktikan kalau budak TESL bukan cuma sekadar tau berbangga2 dengan bahasa english. Aku yang dah berlangau jadi mak TESL ni pun jadi bangga dengan pencapaian dia. 

Ok. 

Sekian catatan untuk malam ni. Dos ubat yang aku telan sudah menjelmakan reaksinya. Aku perlu tidur. Dah dua hari aku bolos kerja. 

Selamat malam dunia-dunia. 







Wednesday, September 24, 2014 | By: Luna Biru

Feel Vogue Foundation vs Permata Collection

Aku bukan pernah jadi model. Tak pernah suka pun. Kalau aku memang teringin sangat, sejak dari dulu kot aku dah pilih bidang ni. Nak selfie dan publish di wall fb pun aku pikir berkali-kali. Malu! Bukan lawa manapun. Dahlah umur nak cecah 40. Aiseh....

Tapi apa yang aku buat ni semata-mata nak bagi support pada bisnes Along saja. Dia dah banyak tolong aku waktu aku susah. Dan aku tiada apa nak offer kecuali service aku yang tak seberapa ni. 

Apapun, thanks untuk Super Foundation Feel Vogue yang telah melawakan kulit muka aku yang kusam hingga nampak berseri-seri. Memang bagus foundation ni. Kalau berminat, boleh contact aku. Harga RM75. Sangat jimat pakai foundation ni sebab kita cuma perlu pakai sikit saja. So kalau beli satu boleh tahan sampai 3 bulan. 

2F-8-3

23 September 2014

Tepat jam 3.45 petang, apartment bernombor 2F-8-3 pun bertukar milik.

Apartment yang sudah kumiliki selama 10 tahun tapi baru dua kali sempat kujenguk itu takkan pernah ku jenguk2 lagi.

Amin...

From this day on, rumah tu takkan jadi bahan sakit hati lagi.

Dan aku harap, bagai mimpi berselendang putih, ia petanda besar bahawa aku akan memulakan hidup baru lepas ni.

Kadang, kita tak perlu fikir sangat apa yang kita lepaskan, tapi apa yang akan kita dapat dengan melepaskan sesuatu....

Dan aku juga harap,  mimpi ke tanah teluk akan segera padam dari sistem CPU aku.

Amin...
Sunday, September 14, 2014 | By: Luna Biru

kebal vs bebal

Kebal.

Dolak punya dalik dah nak masuk tahun ke 3. Tiada siapa berani nak ambil tindakan. Tidak juga aku yang kononnya srikandi sangat. Tiada siapa berani nak lawan dia sebab mulutnya  lebih bisa dari ular kontot dan tindakan membuta tulinya lebih parah dari orang gila yang mengamuk waktu zaman hang tuah dulu.

Akhirnya dia pun terlepas begitu saja....

Tuesday, September 2, 2014 | By: Luna Biru

simpang siur


Kata si Maria,

Suatu masa dalam hidup kita akan bertemu sebuah jalan mati. Jalan yang kau fikir adalah jalan mati yang tak ada hujung, tak ada simpang, tak ada lorong, bahkan tak ada warna.

Gelap. Hanya gelap.

Hanya dengan kekuatan bisa membuatkan kita memecahkan kegelapan itu. Lalu simpang2 baru pun muncullah...

Kukira aku sudah tiba di hujung lorong itu.

Patah sayap bertongkat paruh

September.

Baiklah.

Aku sudah melakukan segala usaha untuk menidakkan rasa kecewa, untuk meneruskan hidup dan melengah2kan waktu...

Hari ini sudah cukup terbukti aku gagal total.

Nil.

Fatal.



Oktober. 

Itu limit aku. Dan itu cuma sejengkal dari September.

Jadi malam ini aku perlu segera kemaskan segala, siapkan apa2 yang patut, lupakan segala kecewa dan paksa hati untuk terima segalanya dengan keredhaan yang extra, seperti selalu.

Kalau kau tanya aku bulan,

aku minta kau tahan dua kakiku supaya aku tak perlu pergi, potong dua sayapku agar aku tak bisa terbang. Tapi oleh kerana tak ada apa yang dapat membuatku bertahan di sini, maka simpan sajalah keinginanku itu kerana aku masih perlu dua kaki dan sayap ini untuk meneruskan sesuatu yang bernama hidup. Aku sudah merisikokan segalanya untukmu, bulanku. Tapi nampaknya kau tak mau menerima hasil korbanku. Maka semua ini hanya sia-sia saja...


Apapun...ini hidupku. Patah sayap bertongkat paruh kan kutongkah jua...