Thursday, May 29, 2014 | By: Luna Biru

Kalam Ilahi

Mataku tak memejam lagi. 

Ia kini sudah terbuka luas-luas dan membelalak menatap langit-langit rumah. Kipas siling yang berputar laju telah menyejat lembap di mataku sampai kering. 

Ah. 

Kenapa mesti menangis? Pengorbanan bukanlah berupa penawar untuk menjadi tenang. Tapi ia adalah sebuah kemenangan mutlak yang hasilnya akan kau rasai dalam tempoh yang panjang. Apalagi bila kau berkorban untuk orang yang begitu kau sayang dan menyayangimu. Asal saja kau ikhlas, Tuhan pasti akan memberi segala cara untuk membayarnya kembali. Bukankah sudah kau jual jiwamu pada, Tuhan? Ya, Atie betul. Barangkali Tuhan sudah membelinya. Tiba-tiba aku menjadi bangga dengan pengorbanan ini. Bukankah hidup itu adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya? Rasulullah sendiri telah bersabda bahawa sebaik-baik manusia itu adalah memberi manfaat kepada orang lain. 

Kepada hati,

kudengar rengekmu menempuh sedih saban malam.
biar kurengkuh dukamu dalam dakap kalam Ilahi.
agar kau tahu bahawa tak ada luka yang tak akan sembuh.


Wednesday, May 28, 2014 | By: Luna Biru

Kisah yang bakal bermula : Antara Doha dan Abu Dhabi

Aku masih terus memejam mataku. 

Akalku berjalan dan imaginasiku liar menjalar. 

Kosong. Tak ada visual yang kuharapkan . Otak kananku lumpuh. Jesteru yang hidup hanya si otak kiri, yang mengira-ngira tentang hukum logistik. Lembar2 pound sterling yang bakal bertukar jadi ungu RM lebih berkuasa dari segala kemungkinan yang bakal aku hadapi. Sengsara melenyapkan ketakutan dan aku pun tewas dalam keberanianku yang tak berkepala.

Aku memerlukan seseorang yang memahami pergeseran jiwaku. Bukan ucap tahniah atau motivasi untuk memantapkan jiwa. Sudahku katakan padamu bahawa aku kuat. Kalau kau penggal dua kakiku pun, aku masih mampu berjalan. Kata-kata semangat tidak penting di sini. Aku hanya mahu sepasang bahu untuk menangis. 

Jadi kisahku bakal bermula antara Doha dan Abu Dhabi. Dua tahun bukanlah masa yang singkat. Bukan pula pengorbanan yang calang-calang besarnya. Aku redha menyulam nasibku di manapun dan ke manapun aku tercampak. Aku redha kehilangan segala hak yang telah kujalankan selama 15 tahun ini. Aku redha kehilangan bau tubuh abang yang setiap hari kuhidu untuk bekalku. Aku redha kehilangan waktu menemankan Ade ke tahun 1 dan turut mengaminkan Acik menuju ke dewan UPSR. 

Aku benar-benar telah menjual jiwaku ke tangan Tuhan.   


ITU UPDATE 3 TAHUN LEPAS

Nyatanya sampai 2017, aku masih tetap di sini. 

Aku pernah dicabar untuk berambus saja lewat gaduh yang panjang dan ganas. Tapi hakikatnya, aku masih tetap di sini.

Penakut!

Tidaklah.
Penakut bukanlah istilah terbaik. Entahlah. Mungkin aku belum benar2 nekad. Sekadar mengirim borang cuti tanpa gaji atau bersara pun aku malas. 

Apadaaaa....

Aku memang cuma pemimpi tegar. Fakof. 


aku tanpa akal

Aku dah kata aku akan menjual nasibku ke luar bumi.

Beberapa signal yang kuhantar sudah dibalas oleh penghuni luar angkasa sana. Saat Tuhan menunaikan segala hajat, kenapa masih ada yang membeku di hati? Kenapa tak bersorak gempita atau buat sujud syukur? Kenapa sekarang baru teringat nak buat solat iktiharah? Kenapa sebelum aku jadi keyboard warrior dulu?

Aku pejam mataku balik-balik.

Friday, May 16, 2014 | By: Luna Biru

tanpa tajuk

Maaflah kalau salah faham. Niat nak buat surprised tak menjadi sebab aku yang tak alert. Aku tak alert? Iyalah...dah bunyi macam orang merengus, agak2lah kalau aku tak salah faham..
Saturday, May 10, 2014 | By: Luna Biru

100

Kalaulah aku mampu memaksamu berbuat sesuatu untukku, maka inilah harinya. Padamu aku melutut merayu menuntut sedikit belas ehsan atas segala yang telah kuberi maka berilah aku sedikit pengertian hari ini.

Tolonglah lakukan sesuatu untukku sepertimana aku melakukan segalanya untukmu.
Tolonglah ringankan bebanku sepertimana aku meringankan bebanmu selama ini.
Tolonglah usahakan sedaya mampumu sepertimana aku yang tak pernah leka mencukupi kamu.
Tolonglah selamatkan maruahku ini kerana maruah itu bergantung pada selembar wang seratus ringgit yang kuminta darimu...

Sungguh menyakitkan permainanmu, Tuhan
Monday, May 5, 2014 | By: Luna Biru

Kata hati


Terus-terang saja, kadang tugas memasak itu seakan membebankan. Lebih lagi bila kau bertarung dengan kepentingan kerja dan kehendak hati yang begitu meronta-ronta mahu menyiapkan tugas rasmi yang dibawa balik ke rumah. Tak kisahlah kalau tugas (memasak) yang maha mulia itu adalah pahala percuma dari sang suami ataupun reward dari Tuhan yang menyamai pahala jihad. Hakikatnya, fitrah manusia yang berupa perasaan itu tidak dapat dinafi-nafikan begitu saja. 
Thursday, May 1, 2014 | By: Luna Biru

penakut

Sekali lagi aku merancang untuk berhijrah besar-besaran. 

Kenapa ya orang kita takut sangat nak berhijrah? Kalau Christopher Columbus itu punya cara fikiran seperti orang kita, tidaklah sampai sekarang kita tahu bahawa bumi ini sebenarnya bulat. 

Ketakutan telah menjadi penghalang besar untuk kita berjaya. Sejak kecil aku sudah dilatih untuk merasa takut dalam membuat keputusan. Kita terus-terusan menjadikan ketakutan pada bayang-bayang menjadi taboo dalam hidup kita. Padahal, bukankah bumi Allah itu luas? Adakah Allah sengaja melahirkan aku di bumi ini semata-mata untuk hidup dan mati di Takis dan kemudiannya berkubur di Kuala? That's it? Untuk itu saja kepentinganku di dunia ni? 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. 

Jadi sekali lagi aku mahu menjual nasibku. Kenapa kalian tak berani membelinya? 

pathetic-nya dia

Aku tak pernah jumpa manusia yang begitu dahagakan perhatian lebih dari dia.
Aku tak pernah jumpa manusia yang begitu obses dengan penyakit, selain dia.
Aku tak pernah jumpa manusia yang tak pernah rasa bahagia, kecuali dia.
Aku juga tak pernah jumpa manusia yang begitu sukar untuk digembirakan, juga dia.

Malang benar menjadi dia.

Tuhan, berikanlah dia sedikit cahaya gembira agar dia sedar betapa beruntungnya dia hidup di bumiMu ini.

Sungguh-sungguh aku meminta padaMu di bulan Rejab ini.

Amin.

khilaf

Sebenarnya aku  bercadang nak marah-marah dan hampratkan rasa marah itu macam abah sembur racun rumput.

Tapi bila aku tengok dorang semua (the 6+1) tu makan dengan penuh gelojoh dan berselera (walaupun tak sedap), aku ketawa sendiri dalam hati.

Masya Allah...

Inilah keluargaku. Anak-anak aku, suami aku.

diam selalu lebih baik

Kadang-kadang, bila idea kita ditolak, itu bukan bermakna yang idea kita tu teruk. 

Mungkin saja aspirasi kita dan keperluan kita dengan orang lain berbeza hinggakan apa yang kelihatannya baik di mata kita tak semestinya baik juga di mata orang lain. Lebih daripada itu, kita juga kena sedar yang masalah yang mungkin tak pernah terlintas di kepala kita saat merancang sesuatu itu, sudah bergaris di kepala orang lain yang sebenarnya sudah melalui fasa-fasa berfikir yang sedang kita lalui. 

Idea yang baik perlu diselenggara dengan baik. Tanpa pasukan penyelenggara yang baik, sebaik mana pun idea takkan ke mana. Percayalah, aku pernah melalui semua ini dulu. Kesilapan besar yang aku lakukan ialah bila aku terlalu merasa yakin bahawa ideaku benar tanpa memikirkan kebenaran idea itu dari kaca mata orang lain. Keghairahan merealisasikan sebuah idea menjadikan aku kurang prihatin pada keperluan dan hak orang lain.Waktu tu aku cuma rasa betapa hebatnya ideaku hingga aku lupa bahawa orang lain sebenarnya punya masalah lain yang membuatkan mereka tak mampu nak bantu aku menggapai mimpi ideaku. 

Ah...sebenarnya aku tak perlu susah-susah bersuara. Si tua rambut putih itu betul, mulutku ada busur panah. Menyuruhku diam lebih baik dari mendengar pendapatku. Srikandi, konon. Bagus kau ambil gam gajah dan palit atas bibir kau, Luna woi!

p/s : maaf kalau tersinggung.