Thursday, March 20, 2014 | By: Luna Biru

tiga puluh tujuh

37.
That's my number today on 20th Mar 2014.

Percaya atau tidak aku mengharapkan agar nombor itu dapat bergerak lebih pantas. Sepantas jangkauan ke usia pencen atau ke tahap Ade tamat kolej. Bila itu tercapai, maka barulah aku mampu jadi surirumah tegar. Atau merasa bebas dari belitan beban2 professional mahupun beban fitrah. Wktu itu juga aku akan mampu memiliki diriku sendiri seutuhnya dan menzahirkan kegembiraan ku seperti keinginanku.

Friday, March 14, 2014 | By: Luna Biru

direktor picisan

Speechless...

Kali ini mulutku betul-betul terbungkam. Aku cuma mampu melopong penuh kehairanan, terpinga-pinga men cari kepastian lalu kemudiannya memaksa diriku menerima hukum mandotori yang telah dijatuhkan pada kami. Kasihan nasib12 orang pemain bola balingku. Malang sungguh mereka ber'kepala'kan aku yang langsung tak punya kekuatan untuk membela nasib dan hak dorang. Lebih malang lagi bila mereka selalu terdektasi dan dapat membandingkan betapa ketaranya unsur nepotisme dan krononisme antara mereka dan pasukan lainnya.
Tuesday, March 11, 2014 | By: Luna Biru

sad but true

Perkataan dan istilah 'lepas tangan' itu kedengaran agak kejam. Apalagi bila kau merasa sudah menguras seluruh tenaga untuk memberikan yang terbaik.

Perkataan itu kejam tapi benar.

Betapa pun aku cuba menolaknya dengan alasan2 dangkal tapi hakikatnya memang begitulah. Samada aku marah kerana tidak dimengerti atau aku marah kerana ia benar.

Lepas tangan.

Tidak ada satu pun dari kita berniat melakukannya. Tapi itulah yang berlaku dan itulah yang telah kita lakukan.

Sad but true.

surrender

Aku adalah soldadu yang kalah perang. Tubuhku sudah dimamah kekalahan satu-satu. Aku dapat melihat kudratku bergelimpangan di tanah harap. Jasad dan nafasku cuma tinggal sekadar untuk membuatku semakin malu.

Sudahku kibarkan bendera putih.

Mahu apa lagi?


Monday, March 10, 2014 | By: Luna Biru

malam cuti

Malam ni aku nak cuti habis-habisan. Boleh tak? Bukan sebab aku dah terima keping2 ungu dari agen paling aktif aku petang tadi, tapi sebab aku memang dah lunyai sesangat. Jasad aku merengek2 minta rehat. Kesian dia...dah berbulan dipaksa bekerja. Biarlah dia baring2 atas tilam malam ni sambil picit2 keypad layan kawan yang dah lama tak dikawan.

Hajat hati nak buatkan hadiah untuk puteriku yang sambut birthdaynya ke 14 tahun ni. Malangnya, mama dia ni dah jadi mak bermata duitan sampaikan tak sanggup nak korbankan masa sejam dua siapkan hadiah anak sendiri. So cuma wish dan ciuman di dahi saja yang dapat aku kasi. Kesian puteriku..seumur hidup tak pernah minta apa2, tak pernah menuntut apa2, tak kisah diberi ke tidak...

So demikianlah berlangsungnya malam ini...malam yang aku rindu nak dakap. Malam penuh isolasi...semoga jasad aku puas hati dengan sumbangan yang aku beri. Besok kita mula kerja balik, ya puan jasad...

Tuhan, tolong jaga kesihatanku baik2...aku memerlukannya sekarang. Besok kalau aku dah kaya barulah aku ada masa nak layan semua ni.