Sunday, January 26, 2014 | By: Luna Biru

Mengukur baju

Setiap pasangan itu selalu punya aspirasi berbeza. Punya ideologi yang jauh bertentang, juga cara pendekatan dalam menangani sesuatu permasalahan. Selalunya, keduanya akan saling mempertahankan bahawa ideologinya lebih mapan, lebih terkesan rasional dan jauh lebih waras berbanding pasangannya. Bagi aku, kompromi penting di sini. Selain itu, menjangka kemungkinan juga sangat penting. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Maka kerana itu setiap manusia itu berbeza caranya menghadapi sesuatu situasi kerana dia seharusnya lebih tahu ukuran baju yang dipakainya sendiri.

Monday, January 20, 2014 | By: Luna Biru

Sukar

Abang pernah mengatakan bahawa menjadi lelaki itu sukar.
Dan aku mengatakan bahawa menjadi perempuan itu jauh lebih sukar. 
Setelah kedewasaan menapak di usia kami, aku sedar, bahawa persoalan siapa yang jauh lebih sukar bukanlah persoalan utama. Hakikatnya, menjadi orang tua kepada enam anak adalah sebuah kesukaran yang mutlak.

Hari ini abang telah mengorbankan sesuatu yang sangat disayanginya, dan yang didapatinya dengan segala susah-payah demi mereka yang bergelar anak. Aku melihat hatinya sengsara dengan bebat tanggungan yang selalu berusaha dipuaskannya. Kami pula cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dengan menyangkalkan segala kegusaran. Ketenangannya hapus dan dia cuba meminjam kebahagiaan dari tawa anak-anak yang naif dan tak pernah mengerti. Aku tak habis menuduh diriku punca pada semua ketenaran ini. Aku menyesali kegagalanku yang gagal menjadi juru arah yang bijaksana hinggakan si juru kemudi kesasar tidak menentu. Apa yang dapat kulakukan untuk menebus semua kesilapan ini? 

Ya Tuhan, 
Sesungguhnya Kau maha tahu, maha sempurna, maha bijaksana, maha perancang, maha pengasih lagi maha penyayang. Jadikanlah aku seorang isteri yang menjadi penyejuk damai hati suami tatkala jiwanya gelisah ditimpa ujianMu.

Amin. 
Sunday, January 19, 2014 | By: Luna Biru

sarkastik melankolia

Tak bolehkah sekali dalam hidup mak sediakan makanan abah tanpa rasa marah walau apapun alasannya dan tanpa menghiraukan apapun benda yang bakal mencetuskan rasa marah?

Tak bolehkah sekali dalam hidup mak, dia hidangkan makanan atas meja dan panggil bah dengan kasih sayang seperti yang abah lakukan, walaupun abah tau masakan abah tak sesedap mana?

Tapi bak kata abah, tak kira sebanyak mana aku memberi, jesteru yang kudapat itu-itu juga...

Mak tetap selalu cari alasan untuk marah dan jadikan semua benda sebagai alasan untuk marah. Mak tak sedar agaknya, hal2 makan ni sensitif sifatnya. Makanan juga adalah satu hadiah terbesar yang seorang pasangab boleh bagi pada pasangannya setelah semua hadiah tak mampu diberi kerana ketidakmampuan dari segi materi. Menyiapkan makanan adalah suatu cara untuk mengekspresi cinta. Tak perlu nak bawa ke restoran mahal2, setakat masak nasi goreng dan telur mata pun, kalau dimasak dan dihidang dengan cinta, akan terasa sedapnya.

Tapi mak tak pernah sedar.

Saturday, January 18, 2014 | By: Luna Biru

sirna

Aku punya sekecil-kecil harapan. Tak banyak sebenarnya, 

dan tidak besar. Betapa aku ingin harapan itu tersempurnakan, walaupun cuma sekali seumur hidupku. 

Sudah belasan tahun aku menyimpan harapan itu . Beginilah barangkali perasaan kawan halimunanku yang mengharapkan ucapan ulang tahun untuknya saban tahun. Dan ketika segala yang diharapkan itu tiada, kita jaid sebal, kesal, sedih, kecewa dan marah. 

Tapi mungkin aku harus melupakan harapan itu mulai sekarang. Kebetulan yang berlaku pagi tadi sudah cukup membuktikan bahawa harapan yang kusimpan itu sia-sia adanya. Ia tidak seharusnya tumbuh dalam hatiku. Aku malah tidak layak bermimpi untuk memilikinya sama sekali. Siapalah aku untuk mengharapkan itu semua....


Kebetulan

Kebetulan itu memang selalu terjadi. Anehnya ia sentiasa berlaku dalam tempoh yang sangat lama, berulang-ulang sampai berbelas tahun. 

Contohnya, kebetulan sekali kalau aku lambat bangun, umi juga tak buat sarapan. Tapi kalau aku awal bangun dan siapkan pelbagai jenis sarapan, umi pasti juga sudah tercongok di dapur jauh lebih awal dariku. Kebetulan lagi kalau aku tak siapkan sarapan, cuaca di rumah akan mendung sekali. Anehnya, bila meja penuh dengan juadah, cuaca mendung tu tak pernah pula terjadi. 

Jadi ini namanya kebetulan. 

Aku kena terima kebetulan ini dengan dada lapang dan positif sekali. 

Amin. 

Janjiku

Aku melihat kerinduan dalam matanya. Juga kekhuatiran dan ketakutan. Aku tahu hatinya getir. Melihatnya gembira buat aku akur pada kesialan diriku. Aku telah merosakkan segala keindahan hidupnya. Aku telah merampas satu-satunya harta yang paling dijaganya selama ini. Aku telah memutuskan ikatan yang begitu dibanggainya. Betapa aku ingin memulangkan semua itu kembali padanya...

Kenapalah aku tidak mampu jadi seperti mereka yang lain? Selalu saja keberadaanku jadi beban dan saingan. Kehadiran tidak mampu diterima dan keberadaanku tidak mampu disyukuri. Mereka begitu menikmati perasaan untuk membenci aku. Hanya mereka yang kuat cintanya saja yang sanggup bertahan di sisiku. Dan malangnya, manusia seperti itu jumlahnya sangat sedikit. Sebelah jariku pun tak habis membilang. Lebih malang lagi kalau jumlah yang sedikit itu pula harus menerima risiko untuk kehilangan segalanya hanya kerana mempertahan aku!

Membuatnya kehilangan segalanya adalah hutang terbesar aku padanya. Tidak ada satu harta pun di dunia yang mampu kugunakan untuk membayar dan menebus hutang-piutang itu. Aku hanya mampu menawarkan khidmat baktiku, ketaatan, kesetiaanku dan seluruh cintaku. 


Selamat Ulang Tahun, Ibu

Dia, ibu mertuaku. 

Darinya, lahirnya seorang lelaki yang menjadi imamku.

Aku menghormatinya, menyayanginya sama seperti aku mencintai keluarga yang sedarah denganku. Maka kerana itu, pergolakan sentiasa berlaku. Bukankah keluarga sememangnya begitu? Kita berselisih pendapat dengan ibu kita sendiri lebih seratus kali dalam sebulan. Tapi bila kemarahan hilang, kita mencantumkan kasih itu kembali, sebaik saat ia bermula...dan kalau besok, kasih itu kita koyak kembali, kita tahu bahawa ia akan bercantum lagi, seperti teratai-teratai di dalam kolam.

Selamat Ulang Tahun, Ibu.

Entry yang tertangguh

Aku rasa aku tak update lagi kisah tahun baru dan azam-azam klise. 

So, ini adalah entry-entry yang tertangguh. Aku ringkaskan sekadarnya. Cukup untuk rujukan aku kalau blog ni jadi buku nanti. 

31 Disember 2013.

Pada hari terakhir di tahun 2013 tu, akhirnya aku cuba jugalah capaikan hajat umi yang teringin sangat join venture dengan Mummy Enun untuk berjualan di pantai. Aku pun tumpang sekaki buat dua-tiga jenis kuih dan pertaruhkan nasib pada warga Papar yang mungkin akan sesat di Pantai Manis. Hasilnya memang tidak menggiurkan sama sekali. Hujan lebat dan angin kencang, ketakutan pada tsunami serta kepercayaan tahyul yang sudah memudar tidak memungkinkan pantai itu dikunjungi lagi untuk upacara membuang sial akhir tahun. Kalau dulu, warga Philipine akan memenuhi pantai tapi sekarang mungkin dorang pun dah educated kot...

Kau gila ke aku gila?

Jadi kisahnya ialah; aku ni sakit jiwa dan datang pula dari keturunan sakit jiwa. Mak aku sakit jiwa dan keluarga aku berantakan hinggakan aku tak pernah nak tenang selagi tak hancurkan hidup orang lain. Aku juga adalah seorang ibu beranak enam yang hidup dalam rumahtangga yang kacau-bilau hingga tak tersisa lagi ketenangan dalam diri aku. Kisahnya lagi, dia tak tau kenapa aku benci sangat dengan dia dan kenapa aku ni letak rasa cemburu yang tinggi sangat pada dia. Dia pun keliru...dan merasa sangat sedih dengan segala perilaku ku yang tidak adil padanya, sedangkan dia begitu sayang pada aku...

jambak

Mendidik anak adalah tugas manusia dewasa, tak kira siapapun mereka. Aku tak ambil hati kalau ada sesiapa nak tolong tegur-tegur anak aku. Kalau nak bagi sentuhan mengajar pun aku tak kisah. Tapi biarlah kena adabnya. Aku sendiri sebagai ibu yang melahirkan sangat menjaga adab ini. Jadi, bila adab ini dilanggar, aku jadi sangat sensitif. 
Saturday, January 11, 2014 | By: Luna Biru

Aku cinta mereka

8 Jan 2014

Ada dua peristiwa meruntun kalbu hari ini.

Satu kerana Anis.

Dua kerana abang.

Dua-dua peristiwa itu sewaktu terjadi rasanya amatlah pahit. Tapi percayalah, keduanya menambah rasa cintaku pada mereka.

Tuhan telah menegur. Maka dengarkanlah baik-baik.

Insya Allah.




Aku si Loser III

Sedar tak sedar dah bertahun aku tak jejak kaki di sini. 

Tempat ni simpan paling banyak kenangan. Di sinilah aku kenal cinta dan persahabatan. Aku kenal semua yang baik-baik di sini sambil diiringi lagu 'Pujaan Hati'. Aku rindukan semua tu yang aku tahu takkan berulang lagi sampai bila-bila. 

Sampai sekarang aku tak tahu dengan pasti apa dan siapa sebenarnya yang dah rampas semua tu...paling-paling bodoh pun, aku kena tuduh diri aku sendiri sebagai punca pada semua keretakan itu...

Aku si Loser II

Sungguh aku sayang dia sebagai kawan. 

Tapi malangnya, aku bukanlah kawan yang dia inginkan. Aku terlalu loser untuk jadi kawan dia. Tidak berkepentingan dan tidak membawa manfaat sama sekali. Soon, kalau dia perlukan aku, aku tahu dia akan datang balik juga pada aku. Tapi buat masa ni tak kot, sebab dia dah jumpa kawan yang lebih berbaloi untuk disandarkan harapan. 

Friday, January 10, 2014 | By: Luna Biru

Aku si Loser

Agak malang bila kita sentiasa menjadi 'the uninvited'.
Dan sebagai seorang manusia dewasa yang telah didewaskan oleh pengalaman, tidaklah sukar untuk kita mengetahui nilai diri kita di mata orang lain. Senyum barangkali dapat berbohong. Tapi riak wajah dan sinar mata tidak. Kerana mata itu adalah cerminan hati....tanpa mulut pun, mata dapat berbicara dengan baik sekali.
Sunday, January 5, 2014 | By: Luna Biru

happy birthday, Mizan

Hari ni birthday Mizan. Dah seminggu dia tunggu. Aku pun sebenarnya dah plan macam2. Tapi bila sampai waktunya, aku tak dapat nak kawal diri sendiri. Kebengangan yang aku alami buat aku tak mampu nak redha dan ikhlas untuk jadi pemberi yang setia. Kesian anak aku jadi mangsa tulah pemberontakan jiwa aku yang kusut masai. Padahal, yang kumarah lain, alih2 dia jadi mangsa....

Agh! Kalaulah aku boleh menjerit2 mcm setan kesurupan!

muntahkan semua

Aku mau muntahkan semua kekesalan ini dalam balang lubang tandas. Lepas tu aku akan pom dan biar semuanya hanyut tak bersisa. Tapi aku tak mampu nak luahkan segala isi perut itu. Baik ikut mulut atau ikut mata. Akhirnya segalanya tertumpu dalam kepala. Bersarang2 dan berkepul2 mcm asap terkurung dlm bilik tertutup.
Saturday, January 4, 2014 | By: Luna Biru

cuti

Mahukah Kau memberikanku cuti sebulan penuh tanpa komitment, Tuhan? Bukan soal terseksa dengan rutin-rutin tapi kerana rutin-rutin itu telah menyisa penat dan sekaligus membunuh semua rasa untuk berkarya. Tapi sebagai perempuan, kita memang tiada pilihan....setidaknya, kalau perempuan itu aku...

Susan, tolong aku!

Aku rasa macam nak sepak2 minah sorang ni. Betul. Sumpah!

Apa nak buat kat atas? 

Buat kek ke...buat kuih ke....

Hadoila...buang masa betul. Aku sudahlah limit masa nak siapkan kerja. Kena pula jadi kaunselor pakar seks dan cinta. Gila apa...!

Ya Tuhan...adakah dia benar2 manusia yang memerlukan pertolonganku? Kalau kutolong dia dan kuluang kan masaku sehari suntuk untuk membantunya, mahukah Kau menggantikan hari itu untukku?

Pukul 1.00 pagi.

Nyahlah kau!

Hidup Bersama - A. Samad Said



Kau tetap masterpiece, Encik Samad.
Friday, January 3, 2014 | By: Luna Biru

melalak

Kemarahan yang disertakan dengan emosi yang berdebur2 buat kita nampak bodoh. Kata2 yang dilafazkan saat kebodohan itu menguasai pula buat kita nampak jauh lebih bodoh dari yang bernama keangkuhan. Aku sudah puas hidup dengan manusa sebegini. Dan nampaknya, sampai sekarang pun sumpahan itu seakan tidak pernah berakhir.