Sunday, June 30, 2013 | By: Luna Biru

Hectic

Minggu-minggu yang penuh hectic terus menggila-gila. 

Aku selalu tekankan pada diri yang aku adalah pencinta kesibukan tapi nampaknya kali ini aku tewas dalam kisah cinta itu.

Ketewasanku untuk jadi gagah telah memberi impak pada hasil kerjaku. Sudahnya, tiada satupun yang benar-benar berhasil. Dua kali bawa budak pergi bertanding, kegagalan jadi penyudah segala usaha. Oh...kena terimalah hakikat bahawa kita menuai apa yang kita tanam.

Tahun ni memang tahun tiada rezeki untuk menang. 


WWZ

Filem ni memang awesome.

Penuh dengan aksi yang buat jantung terpaksa bekerja keras lebih kerap.

Tapi aku lebih teruja dengan watak Brad Pit yang berjaya memegang watak sebagai family man. Sesukar mana keadaan pun, sesibuk apapun bahkan dalan keadaan darurat pun dia tetap ingat untuk call isteri dia. Women may consider this as a romantic value. Tapi aku lebih suka menganggapnya sebagai satu sifat menghormati hak kebimbingan seorang isteri. Oleh kerana perempuan itu terlahir dengan sifat prihatin melampau, maka sudah sewajarnyalah seorang lelaki memahami sifat yang mereka benci ini sebagai satu elemen penting dalam kejayaan sesebuah hubungan.

Oh....dalam durasi 1 jam 53 minit, itu saja ke moral yang aku dapat dalam filem ni?
Saturday, June 29, 2013 | By: Luna Biru

kebergantungan

Aku dah nampak bibit-bibit sayang lewat matanya yang kesunyian. Dari sayang itu timbul pula kebergantungan. Lalu aku pun sudah jadi macam malaikat penyelamat dalam hidup dia.

Aku tak suka keadaan tu.
Jujurnya aku tak mahu dia sayang aku dan aku juga tak mahu jadi hero di mata dia. Aku tahu dia sunyi dan dia perlukan kawan dalam hidup dia yang gelap. Tapi aku  tak mahu jadi lilin yang terangkan dunianya.

Jahatkan aku?

Tapi bagi aku, persahabatan yang lahir atas alasan yang lemah akan membesar dengan banyak kelemahan juga. Kalau dia ikhlas nak berkawan dengan aku, dia kena bunuh dulu status malaikat aku di matanya...

Tapi mungkin susah untuknya sbb dia dah terlanjur pandang tinggi pada aku. Esok lusa bila dia sedar aku cuma manusia biasa yang banyak kelemahan, dia akan gantikan kekagumannya dengan hinaan yang lebih besar dari dunia.

penat yang tenat

Kepenatan sudah jadi musuh utama. Dibunuh pun dia hidup balik. Macam zombie.

Bila kuhirup nafas panjang-panjang di tengah malam sambil menekuri meditasi, baru aku sedar kalau semua kepenatan itu datangnya kerana mengurus hal dunia. Lepas tu, pandai pula mengadu pada Tuhan minta kekuatan. Padahal nak sipi kan sikit masa untuk Dia pun aku selalu berdalih-dalih.

Jadi bila si zombie itu datang lagi hari ini, terima sajalah tanpa rungutan, ok?


Thursday, June 27, 2013 | By: Luna Biru

secuil balasan

Selalu aku tak faham dengan keluh kesahnya yang kemudiannya jadi dengus amarah yang dihempas-hempasnya atas lantai.

Bukan sebab aku bodoh benar  untuk faham. Cuma aku tak faham-faham kenapa mesti aku gagal untuk memahami gontai jiwanya.

Kalau Tuhan sengaja turunkan ujian ini untuk menduga sejauh mana ketaatan aku sebagai anak, maka aku harap Allah sudi bimbing aku untuk terus jadi penyabar. Dia sudah memberi separuh nyawanya untuk menghidupi aku. Dan dia cuma meminta sesuku masaku untuk memerhatikannya sebagai balasan. Kalau itupun aku tak sanggup bagi, lebih baik kau kumpul kayu api dan bakar saja aku!


Tuesday, June 25, 2013 | By: Luna Biru

Sebuah Kisah Paranormal....

Ketenangan agak sedikit terganggu semenjak kisah Balan-Balan jadi momok ngeri melanda di kampung kami. Kemunculan manusia ala-ala exotic semacam 'werewolf' ini benar-benar telah menukar segala rutin manusia yang aman-aman. 

Kalau bukan kerana telah melihat dengan mata yang sanggup menjadi saksi di akhirat nanti, maka aku pun pastilah tidak akan percaya dengan semua ini. Entah apa gilanya si encik Balan-Balan ini hingga selalu muncul di kawasan rumah kami. Mungkin sedang mengincar bahan makanan atau juga mungkin tersesat jalan. Paling tidak pun, mungkin rumahnya dekat dengan kawasan tempat tinggal kami hingga dia menjadikan kawasan kami sebagai laluan mudah. 

Wallahuak'lam...
Friday, June 14, 2013 | By: Luna Biru

kita ni ketam, tau tak?

Bila anak2 minta izin untuk stayback di sekolah sementara tunggu latihan sukan waktu petang, aku akan marah2. Bagi aku apalah salahnya pulang dulu: makan, mandi, rehat sekejap...sementelah pula rumah pun bukannya jauh mana. Tak sampai lima minit berjalan kaki pun...

Abang pun tak galakkan anak2 buat begini walaupun si anak berusaha yakinkan kami yang cikgu dah sediakan makanan untuk dorang.
Monday, June 10, 2013 | By: Luna Biru

Damai Eco Ranch, Ranau (Episod akhir)


Pagi yang agak lewat untuk dimulai di tempat yang indah ini. Aku pun memulainya dengan kebengangan di otak sebab Mizan buat hal pagi-pagi buta. Tu belum lagi bila si Abe dan Acik bangun. Makin biul kepala otak aku oleh dorang semua hingga dah tak de beza lagi antara rumah dan vacation!

Setelah bersarapan ala kadar sebab save bajet untuk makan  tengahari, kami pun memulai acara dengan ber-boating ria. Caj dikenakan sebanyak RM10 untuk satu setengah jam. Aku ambil dua bot kononnya nak buat lomba boat macam paintball kemarin. Tau-taunya life jacket pula tak cukup menyebabkan kami terpaksa sekali lagi menunggu giliran. Akhirnya bayaran untuk bot yang satu lagi hangus begitu saja...

Damai Eco Ranch, Ranau (Episod 3)



Memang seronok sungguh berada di Damai Eco Ranch ini pada waktu malam. Biasanya pihak hotel mahupun resort yang kami pilih sebelum ini lebih menumpukan kepada acara relaxing. 

Berbeza dengan resort ini yang menyediakan pelbagai aktiviti pada waktu malam yang juga sesuai untuk semua lapisan umur, kecuali kanak-kanak kecil. Mungkin kalau ada peti cadangan, aku nak cadangkan agar pihak resort buat sedikit playground khusus untuk bebudak ni. 

Damai Eco Ranch : Pilihan yang Tepat (Episod 2)


Belum pun sudah penat berpaint ball tadi, kami meneruskan juga ke aktiviti flying fox (kurubung terbang). Caj dikenakan sebanyak RM15 seorang. RM12 kalau berkumpulan dan RM8 kalau mengulang terbang. 

Aktiviti ini mungkin tiada masalah bagi Anies, Aieman dan Abe sebab dorang pernah mewakili peringkat negeri sebelum ini bagi acara ini. Jadi kami cuma mau tengok si Ade, Arin, Aiezzat, Acik dan Ayang yang pertama kali  melakukannya. Nasib abang sudah pernah sekali buat aksi stunt ni waktu di Malanggang hari tu, kalau tak, confirm dia pun jadi bahan tonton Anies yang sudah sedia untuk gelakkan dia.

Damai Eco Ranch Ranau : Pilihan yang tepat



Cadangan untuk menikmati minggu terakhir cuti ini hampir batal kerana desakan kewangan yang agak limit sebenarnya. Lebih dari itu, aku juga terus terperangkap dengan permasalahan menyiapkan urusan Hari Keluarga Hajah Salmah & Sulaiman yang menuntut lebih komitment dari aku. 

Tapi syukurlah dua peristiwa dari dua manusia yang begitu aku harapkan menjadi penyokong (yang kemudiannya menjadi watak antogonis) telah memberi aku alasan kuat untuk meneruskan percutian ini. Sungguh tidak adil apabila aku terpaksa mengorbankan kepentingan keluarga aku sendiri semata-mata untuk memuaskan hati kedua manusia antogonis ini. Mungkin Tuhan sengaja bangunkan aku yang hampir leka dengan janji. Alhamdulillah...
Saturday, June 8, 2013 | By: Luna Biru

Encik Pahat yang tak mahu penat

Rumah sudah siap tapi pahat terus berbunyi....

Memang sadis.
Sadis kalau kita sentiasa berhadapan dengan manusia yang tidak pernah mahu puas selagi pendapat dan cadangannya tidak diterima oleh manusia lain. Mungkin bagi mereka istilah pendapat tidak wujud sama sekali. Kenapa tidak tukarkan saja pada istilah arahan? Lebih sesuai untuk mereka yang bersifat diktator dan kuku besi! 

Kenduri Kahwin Cik Ana dan Tan


31 May 2013. 
Di saat rakyat Kadazan-Dusun di Sabah meraikan Pesta Menuai ini, kami sekeluarga memulakan langkah untuk pulang ke kampung abang di Tenom bagi memenuhi jemputan kahwin dari seorang cousin. Cik Ana namanya. 
Tuesday, June 4, 2013 | By: Luna Biru

dungu vs bodoh

Segalanya pasti baik-baik saja kalau benar kita berpaksikan nawaitu kerana Allah. Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk dan bukan pula kerana mahu mencari nama.

Lalu aku pun menyoal diri bertalu-talu untuk apa segala kesusahan ini rela kupikul hingga sanggup kuketepikan urusan yang lebih penting? Untuk apa pula aku merisikokan diri mempertaruhkan sejemput pengalaman yang aku ada demi merealisasikan impian orang lain? Kenapa aku perlu bersusah-payah sedangkan aku boleh mengacuhkan saja semua ini...

Jawapanku kemudiannya menyimpul kepada satu: bahawa niat utamaku hanyalah untuk melunasi hutang janji, mengeratkan silatur-rahim, mengongsi sedikit kegembiraan dan melaksanakan sebuah impian...kerana Allah...

Ah...cepatlah masa berlalu agar semua yang kurang enak ini enyah dimakan waktu.

P/s : mungkin segala usaha ini terlihat bodoh di matamu. Tapi bersyukurlah kau mengenali manusia bodoh ini yang rela memperbodohkan diri untuk sebuah urusan perjuangan. Tidak ramai manusia bodoh macam aku.

Dan aku menyintai kebodohan itu. Kau yang dungu kerana tidak pernahmelihat

antogonis vs penderhaka

Watak antogonis bisa muncul bila-bila saja; pada saat yang tak terduga, bahkan tidak pernah memilih waktu yang tepat. Lebih memualkan kalau si antogonis jesteru wujud di kalangan mereka yang terdekat dengan kita sendiri...

Ah,semuanya pasti baik2 saja kalau semua kita lebih bersikap terbuka. Kerakusan pada pangkat dan ketaksuban pada darjat hanya mengeruhkan sungai bahagia yang mengalir mulus.

Katalah aku si penderhaka tapi setidaknya si penderhaka sialan inilah yang telah menghidupkan rapuh silatur rahim antara dua benua.
Monday, June 3, 2013 | By: Luna Biru

Hari Keluarga Salmah & Sulaiman : Semoga dipermudahkan segala urusan



Hasrat untuk membuat Hari Keluarga Salmah & Sulaiman ini sudah lama diimpikan. Namun, kita masing-masing sibuk dengan hal peribadi hingga mimpi ini kekal jadi mimpi. Lebih dari itu, kesukaran untuk mengumpul sanak-saudara juga adalah salah satu dari cabaran terhebat selain tentu saja, hambatan dana. 

Hari Guru yang ceria

Acara dimulakan dengan laugan ikrar dan lagu hari guru

24 Mei 2013 adalah hari terakhir sesi persekolahan bagi pertengahan semester ini. Oleh kerana peperiksaan semester sudah selesai dijalankan, maka pada hari terakhir ini kami mengadakan Hari Guru Peringkat Sekolah.