Wednesday, October 31, 2012 | By: Luna Biru

Anis & Kain biru muda

Sedari kelmarin sibuk mengurus kemasukan Anis ke tingkatan 1. 

Oh, seorang lagi anak naik sekolah menengah. Mesti pelik rasanya tahun depan aku tak nampak bayang Anis lagi di Sk.Surati. Tiada lagi tempat aku nak curi-curi mengadu tepi pintu macam selalu. For sure Anis juga akan rindu beli aiskrim di Petronas habis jam sekolah macam yang hari-hari kami buat. Apa yang pastinya, tempat duduk Anis di kereta akan digantikan pula dengan Ade yang akan masuk tadika tahun depan. 

Aku pasti akan rindukan masa-masa indah yang kami lalui bersama di sekolah yang penuh kenangan ini. Esok, kami akan ke pendaftaran tingkatan 1 di SMK Takis. Bah, Anis. Kain warna biru tua kena tukar ke warna muda sudah. Kasut warna putih akan ditukar ke warna hitam. Lencana Surati akan ditukar ke lencana Takis. Kain hijau muda sekolah agama pula tak akan dipakai lagi. Hmm...besar sudah anak mama ni kan?  If you said; mama, someday I'll make you proud; my answer is, I am always proud of you, my princess...(uppss....tak boleh lebih-lebih nanti Anis terharu dan minta di'backdated'kan tarikh lahirnya dalam surat beranak)

Selamat menempuh dunia pra baru esok, my princess....


p/s : Anis sudah lebih tinggi dari aku.


Sunday, October 28, 2012 | By: Luna Biru

Pertemuan dengan pemilik Borneo Chocolatier

Berita penuh di sini
Namanya Jcyanty Jamaludin. Orangnya manis dan sangat ramah. Dia membahasakan dirinya Dayang. Anak kelahiran Sarawak ini sebenarnya adalah pemilik Borneo Chocolatier yang sudah bertapak di Miri, Sarawak.   

Petemuan dengannya adalah satu rahmat. Dayang tidak sahaja manis dalam tutur katanya, tapi juga sangat tidak kedekut berkongsi ilmu. Melaluinya aku belajar lebih dari sekadar dunia coklat. Seperti sebuah kotak coklat yang tertutup dan indah, Dayang bagiku juga sangat bermisteri. Diamnya berisi. Senyumnya yang tak pernah lekang dari bibir membuat kita merasa betah menjadi sahabatnya. Dia adalah lambang wanita berani dan tabah. Dia begitu berani keluar dari kotak tradisional kek lapis untuk mencipta sebuah ambisi baru dalam bidang coklat yang kiranya mempunyai peminat minimal di tempatnya. 

Kontra pelengkap

Pagi tadi saat terjaga, satu lintasan baru muncul bagai ilham diberi Tuhan sebagai jawapan pada resahku. 

Lalu sebuah kesedaran pun menyentap jiwa. 

Mungkin, 

Tuhan sengaja mewujudkan dia dalam hidup aku untuk memberikan kontra dalam warna hidupku. Tanpa dia, hidupku pasti akan aman-aman saja. Hidup yang aman menjadikan kita selalu lupa untuk menangis dan mengadu pada Tuhan. Lalu di sinilah peranannya. Melalui kesakitan yang diberikannya padaku, maka aku pun menginsafi diri dan lebih mendekatkan diri pada Tuhanku. 

Kalau itu hikmahnya, maka aku terima dengan redha. 

Soalnya, apakah pula perananku dalam hidupnya? Adakah aku juga wujud sebagai pelengkap warna yang menjadikannya lebih mendekati Tuhan? Kalau tidak, maka barangkali aku sudah tersilap menafsir hikmah. 

Wallahuaklam. 

p/s : entry ini ditaip dengan iringan lagu Another You, Cromox.
Saturday, October 27, 2012 | By: Luna Biru

Hidup adalah tentang prinsip

Hidup adalah tentang prinsip. Itu kata abah. 

Prinsip itu pula katanya, adalah berdiri atas rasional dan kebenaran, bukan keegoan. Prinsip yang berdiri atas dasar ego tidak akan dihormati, tapi prinsip yang berdiri kerana kebenaran akan menjadikan kita lebih berharga dari sebutir berlian sekalipun. 

Prinsip adalah petunjuk arah layaknya kompas. Ia merupakan satu guideline atau penunjuk arah. Ia berfungsi sebagai penyuluh jalan, agar kita mampu menjalani kehidupan dengan kadar kebingungan yang paling minimal. Ia adalah bahagian yang paling hakiki yang menjadi dasar pada setiap tindakan dan tingkahlakumu. Manusia yang hidup tanpa prinsip adalah ibarat lalang yang akan tunduk merunduk bumi setiap kali angin meniup.

Nilai persahabatan

Sahabatku yang cantik dan mulus itu sekali lagi menuntut pengertianku hari ini. 

Sama seperti yang selalu dimintanya dariku sejak awal perkenalan kami. 

Selalunya kuberi saja pengertian itu padanya tanpa sebarang penawaran. Tapi hari ini kurasa permintaanya yang sudah banyak kali itu mulai menginjak kepalaku. 

Maaflah sahabat manisku. 

Kita cuma manusia biasa yang punya batas-batas yang sudah kita tetapkan dalam hidup. Aku sudah membiarkanmu cukup lama melewati batas itu. Mana mungkin kubiarkan kau mengambil semuanya dariku hingga nanti aku tidak punya suatu apapun untuk aku banggakan. Aku sudah memberimu segala yang kau perlukan. Hanya yang ada padaku kini hanyalah secebis prinsip yang berdiri atas selembar harga diri yang masih tersisa di sudut manusiawiku. Kalau benar kau sahabatku, fahamilah aku sekali ini. 

Cuma sekali ini. 

Cuma sekali ini.

Cuma sekali ini. 

Pertahankanlah aku sekali ini. 

Itupun kalau kau benar kau menganggap aku sahabatmu. 

Ku ketuk mimpimu

Aku cuba lupa, tapi tak dapat. 
Aku marah, itu hakikat. 

Aku cuma terfikir-fikir kalau dia tahu yang aku sangat kesal dengan sikapnya. Atau dia tahu bahawa aku tidak berniat untuk merampas glory yang berusaha dibinanya dengan sungguh-sungguh. 

Ya Allah...bukalah hatinya untuk memahami perasaanku. Sampaikanlah salamku padanya. Ketuklah mimpinya agar dia dengar jeritan di relung batinku yang menyumpahmaki keterlanjuran yang sialan ini. 

Hilangkanlah segala kebencian ini, Tuhan. 

Maha suci Engkau.
Thursday, October 25, 2012 | By: Luna Biru

Uninvited

Terasa macam diri diperbodohkan. 

Terasa macam aku ni muka tak tahu malu.

Terasa macam aku ni terhegeh-hegeh menumpang bahagia orang.

Terasa sangat macam aku ni sedang menyorong-nyorong muka sebab aku tahu hidung aku ni tak mancung.

Fuh....itulah pengalaman hidup,kan?

Manusia sifatnya sukar ditelah. Hatinya sukar diduga. Kita tak boleh nak expect hati orang mulus macam keinginan kita. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, ini semua bukan idea aku! Aku disuruh dan aku dijemput. Kenapa pada akhirnya aku pula yang dipersalahkan? 

Apapun, aku minta maaf banyak-banyak pada mereka yang merasa bahawa aku sudah melanggar batas. Sungguh, aku tak berniat untuk merampas hak. Aku hanya manusia bodoh yang terlanjur percaya pada sebuah undangan. Hakikatnya, I was UNINVITED!


Oh...malunya!


P/S : The slot is just takes 6 minutes ok......

Wallahuaklam. 

...yang baik itu dariMu...
Tuesday, October 23, 2012 | By: Luna Biru

Bermulanya kisah 'Bola & Buku'


Ia sepatutnya bermula pada hari Rabu (17 Okt 2012).

Tapi desakan komitment lain menjadikan projek ini tertangguh sampailah ke hari Sabtu (20 Okt 2012). Oh...tolonglah. Masa yang ada begitu suntuk sedang segalanya harus siap dihantar pada hari Isnin (22 Okt 2012). 

Projek Bola & Buku adalah sebuah projek filem pertama bagi Sk. Surati dalam mempertaruh cabaran dalam pertandingan Festival Filem Pendek JPNS. Sudah dua tahun hasrat untuk mengikuti pertandingan ini tertangguh oleh desakan masa. Kali ini kami tetap dihadapkan cabaran yang sama. Namun, sumpah yang tertanam dalam diri membuat kami, KRU Produksi SAKTI MOVIE PRODUCTION gagah meneruskan langkah. 

Music is my life

Muzik is my life. 
My cinta. 
Meski genreku sukar diterima baik di zaman muda dulu hinggalah ke zaman senior ini, namun aku tetap hidup dalam dunia penuh seni itu. 

Berpuluh tahun aku menikmati dunia muzikku sendiri, hari ini, baru aku sedar kalau aku sudah punya teman untuk itu. Berbelas tahun menjadi ibu, kukira aku takkan punya waktu lagi untuk merasa ghairah semanis remaja dulu. Hari ini, tanpa aku sedar rupanya anak-anakyang kudodoi dulu dengan lagu-lagu lullaby ternyata sudah besar dan mulai pandai memilih genre mereka sendiri. Anehnya, hati mereka terpaut pada genre yang sama!

Oh...terasa macam muda balik...haha...



Wednesday, October 17, 2012 | By: Luna Biru

kisah cinta 1

Kasih padanya adalah cinta yang tak pernah mampu diungkapkan dengan selaut bicara. Kau tak akan pernah mengerti makna kasih itu kerana kau sendiri tidak pernah berdodoi dengan bantal cinta. Aku tidak perlu memilikinya untuk merasai nikmat cinta itu. Hanya dengan melihatnya bahagia bersama kehidupannya hari ini sudah cukup menjadikan aku manusia yang istimewa. Kebahagiaanya hari ini membuatkan aku masih terus bisa menikmati senyumannya setiap hari. Bersamaku, dia hanya hidup berendam airmata. Kau mengertikah? Itulah makna cinta bagiku. Oh, kau pasti takkan mengerti kerana cinta bagimu adalah tentang hak mutlak yang perlu dimiliki dan dikuasai setiap hari, detik dan waktu. Cinta bagimu adalah veto kuasa yang menjadikan kau seorang maharaja.

tentang kota

Ini adalah kisah tentang kawan aku. Kawan aku yang selalu cuba menjadi yang terbaik dan buat yang terbaik to pleasant and to impress orang yang dirasakannya dapat memberi kesan dalam kerjaya dan kariernya. Kalau dia terbaca entry ni (sebab aku tahu dia tak suka baca blog aku yang super mengarut ni),syukurlah. Sekurang-kurangnya dia tahu betapa sakitnya hati aku. Kalau pun konsekuensinya kami putus kawan pun aku tak kisah sebab tindakannya hari ini bagi aku memang sengaja untuk menuju ke arah itu. Otherwise, aku juga bukanlah manusia yang mempunyai pengaruh apa-apa dalam karier dan kehidupannya, maka aku rasa, kalaupun dia kehilangan kawan macam aku maka itu tidak akan memberi apa-apa makna dalam dirinya.

Kepada kawan aku yang dikasihi,

Hidup ini adalah tentang kata yang dikota. Setiap kata adalah ibarat kota yang berdiri satu persatu dari sebiji bata hinggalah menjadi sebuah bangunan. Kata yang tidak dikota adalah ibarat cairan-cairan logam yang menitis ke bumi; yang nantinya akan meninggalkan kesan yang dikikiskan pun tak boleh, dibiarkan pun menjijikkan.

Tuesday, October 16, 2012 | By: Luna Biru

ntah apa-apa

Aku duduk atas balkoni dan merenung langit yang hitam biru. Ada bulan separuh sedar yang berlindung di balik altokumulus. Ada bintang yang lupa menyinar. Ada angin mengheret awan tapi aku tak melihat angin itu seperti apa bentuknya. Pernahkah kau melihat angin? p/s : angin gastrik melanda kerana super bangang!

element of suprise

Kata abang, lelaki itu sifatnya suka memberikan element of suprised kepada wanita yang dicintainya. Hanya takat kemampuan yang membatasi diri. Tapi percayalah bahawa setiap lelaki itu akan selalu cuba membahagiakan wanita yang dicintainya, dalam bentuk apapun, meskipun sama sekali tidak disedari oleh wanita itu. Lalu aku pun cuba menggali-gali the element of suprised yang pernah abang lakukan untuk aku sebagai pengukuhan pernyataan cintanya pada aku... 

Teori cinta Umi

Umi bilang, dalam hati perempuan itu ada suatu ruang yang sangat gelap yang di dalamnya ada nama bekas kekasih. 

Ruang itu adalah kawasan larangan yang sama sekali tidak dibenarkan untuk tersentuhkan; samada untuk dibersihkan atau disitakan; baik oleh orang lain, mahupun oleh kita sendiri. Kata umi lagi, ruang yang gelap itu adalah sebenarnya cahaya dalam hidup kita; yang membuat kita selalu merasa kuat saat diri kita dihempap kecewa oleh kehidupan hari ini. 

Cinta barangkali sangat misterius sifatnya. Kita barangkali tidak diberi kuasa untuk memiliki manusia yang kita cintai. Tapi kita sentiasa punya kuasa untuk terus merasa bahagia dengan cinta yang kita miliki; meskipun kita harus terus menipu diri dengan bahagia-bahagia palsu antara kelam harapan masa lalu. 



  p/s : rindu umi malam-malam begini...

Twilight VS Balan-Balan

http://mandarox.wordpress.com/2012/05/17/twilight-saga-book-review/

Kisah Bella dan cinta keramatnya bersama vampire dan serigala jadian adalah lagenda orang barat yang klise. Sejak kecil kita sudah disogok dengan kisah begini hingga kita sudah hafal benar hantu jenis ini lebih dari hantu di negara kita sendiri. 

Istimewanya Stephenie Meyer ialah bila dia mampu menghuraikan kisah ini dalam bentuk yang sebegitu indah.

Lalu aku pun terfikir untuk membuat kisah cinta antara manusia dan hantu dalam bentuk yang paling romantik dan penuh tragedi. Satu-satunya 'hantu' yang muncul di kepala aku adalah balan-balan (walaupun sebenarnya balan-balan bukan hantu tapi keturunan).
Friday, October 12, 2012 | By: Luna Biru

Berani Punya Budak

gambar di sini
Afdlin dan 'air tangannya' memang selalu aku tunggu. Meskipun agak terkecewa dengan beberapa filemnya sebelum ini, namun Afdlin sudah meletakkan satu standard dalam diri aku untuk wajib menonton filemnya. 

Dan, 
Filem Berani Punya Budak nyatanya masih terkeluar dari sasaran filem kegemaranku. Mungkin aku buta seni sebab bila aku baca review, kebanyakkannya memberikan komen positif terhadap filem ini. Mungkin aku juga bukan jenis manusia yang akan tergelak besar dalam komedi berbentuk lip sync. Tapi terus-terang bagi aku, filem ini sangat membosankan. Padahal ia bermula dengan sangat baik, hinggalah pada saat adegan imbas kembali bermula. Pemainan dubbing yang berpanjangan hanya meletihkan aura pendengaran sebab kita mulai berperang dengan keaslian suara dan mimik muka. 

Man Sewel Datang KL

Gambar di sini
Mulanya aku fikir cerita ni macam kisah si Ampal datang KK.

Ada persamaannya juga sebab si Ampal dan Man sama-sama sewel dan lurus bendul. 

Terus-terang, aku rasa filem ini lebih layak dipanggil telemovie yang ditayangkan pada waktu-waktu prima. Secara keseluruhannya, aku dapat terima jalan cerita tapi ada beberapa babak yang menimbulkan keraguan sampaikan aku terpaksa rewind balik takut kalau aku sudah terlepas babak yang terkait ke babak yang membingungkan tu. Tapi rupanya tidak. Nyatanya, si pengarah filem memang ter'skip' beberapa adegan mungkin dengan harapan penonton tak perasan. Tapi maaflah...memang tak boleh nak elak sebab babak tu penting. Kita pun sebenarnya tertunggu-tunggu bila adegan tu mahu dikupas tapi malangnya, pengarah mengambil jalan mudah untuk menghabiskan cerita.  

Hantu Air

Gambar dari sin
Maaf cakap. Tapi aku sememangnya terkejut kalau filem sebegini masih wujud di zaman 2012 ini. 

Filem ini memaparkan kisah Hantu Air, iaitu sejenis hantu yang rasanya belum pernah dijadikan pilihan oleh mana-mana penerbit di Malaysia. Murali mungkin cuba menampilkan kelainan. Namun malangnya, seperti kesilapan mana-mana 'pemfilem' lainnya, kajian dan homework yang kurang menjadikan filem ini cacat dari serba-serbinya. Terumbang-ambing tanpa tahu kemana hala tuju meskipun pada mulanya ianya bermula agak baik. 

29 Februari

Harap pix ni tak dideletkan lagi oleh admin

Sekali lagi KRU mencabar diri mencipta fenomenan baru dalam filem 29 Februari. Kuasa sentuhan Edry benar-benar menjanji sebuah kelainan. Mengulang kejayaan dalam filem Magika, Edry sekali lagi memilih tema muzikal dalam meringankan beban kisah cinta antara dua bangsa utama yang hebat ini. 

Budi, lakonan Remy Ishak, yang lahir pada 29 Februari, dikurnia satu anugerah untuk kekal muda walau zaman berlalu pergi. Kehebatan Edry terserlah di sini apabila beliau berani mengambil risiko dalam mempersembahkan peredaran zaman ini yang nyatanya berlangsung selama 120 tahun. Bermula dari zaman jajahan British, taklukan Jepun, zaman yankee ke hippies, lalu ke zaman Brorey Marantika hinggalah ke tahun 2012. Edry begitu teliti pada setiap detail hinggakan kita benar-benar merasa melihat filem sezaman itu.
Monday, October 1, 2012 | By: Luna Biru

Kesanggupan setinggi galah

Sudah pernah kukatakan bahawa kemampuan manusia itu berkorban adalah bergantung kepada kekuatan empatinya. Sudah pernah juga kukatakan bahawa kesanggupan manusia itu untuk membantu adalah bergantung pada keikhlasannya. Tak semua manusia sanggup untuk berkorban dan tidak ramai pula manusia yang dilahirkan untuk menjadi lilin membakar diri demi kepentingan orang lain.

Manusia itu sifatnya ala kadarnya.Kerana itu bila memberi atau membantu pun mereka cuma sekadar adanya. Sebab itu wujud pepatah melepas batuk di tepi tangga. Buat apa memaksa manusia berjalan cepat kalau mereka hanya memakai tongkat? Oh..shame on you lah Luna...


Ingatlah, kasih sayang ibu setinggi langit, kasih sayang anak setinggi galah. Inikan pula kita yang tiada berkait darah, hanya bergantung pada ikatan silaturahmi hablum-minannas...