Monday, March 26, 2012 | By: Luna Biru

Jangan lewat

Kalau kau pergi
jangan lewat untuk kembali
kutakut kau kesasar mencari
jalan pulang
atau sabarku mungkin saja hilang
saking menunggumu
di atas pagar antara mahu dan jemu.

Kalau kau merajuk
jangan lewat untuk menyembuh
kutakut rajukmu berbinar jadi angkuh
lalu aku pula sungkan menjadi pengemis.
Mengemis maafmu.

Kalau kau masih menyintai aku
jangan lewat mengatakannya
kelak lidahmu kelu dan kau tak punya kuasa
untuk melembutkannya
sedang hatiku sudah kaku dan aku tak mahu
lagi menjinakkannya.

Kota tanpa Janji

Kota ini sudah hancur dua kali
serpihnya menimbun jadi batu hancur
sehancur hati kita yang luluh.
Lalu dari serpih itu kita bina
lagi sebuah kota
tanpa janji
bahawa kita tak akan meruntuhkannya lagi.

Konsekuensi

Kata sahabatku;

"Mungkin suamiku tak tahu betapa berharganya aku padanya sebab dia belum pernah kehilangan aku. Tetapi bekas kekasihku sudah tahu betapa pedihnya kehilanganku maka sebab itu dia lebih menghargai aku,"

Lalu sahabatku itu pun curanglah bersama bekas kekasihnya.

Lagi-lagi Online

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan dunia tanpa kertas adalah satu hasrat murni ke arah menyelamatkan bumi. Kertas kini digantikan dengan sistem atas talian yang pastinya menampakkan kesungguhan kerajaan untuk memudahkan kerja sekaligus mempercepatkan informasi. Sistem kerja online ini juga sudah lama dijalankan di negara maju lain. Mungkin kita agak terbelakang namun hakikatnya, kalau kita tidak mulakan sekarang, bila lagi?
Sunday, March 25, 2012 | By: Luna Biru

....a single word that killed

Maybe I put too much ingredients in a small bowl of hope, so when the bowl is full, it lays nothings but a mess that leave a dirt on my table cloth.

Sometimes, small thing happen and killed all the joy that you had planned just by it's single word or act. No matter how hard you make an effort to make thing good, in the end, you must admit that every single dream and hope that you plant is not necessary mean to grow as what you want. And yet, as the result, it digs a black hole in your heart into deeper and bigger.

Deeper and bigger.

Tersentap.


























....
Thursday, March 22, 2012 | By: Luna Biru

Aku di March, 20 (II)



A private birthday party to me, by abang.  

It was held at FullHouse Cafe that situated at Suria KK. It was a great private birthday party which is well arrangement by abang. It is just about the two of us. He sacrificed his match practice just to be with me. It was exactly what I wanted but would never had the nerve to ask for. …and yes, the celebration was sweet and simple. Like always, he is so gosh darn awesome.

Thanks for loving me that much... 

Wednesday, March 21, 2012 | By: Luna Biru

A Suprise Birthday Party from my students


Sebenarnya, aku sudah tahu yang dorang merancang suprised party sempena birthday aku. Anis yang bocorkan rahsia dengan syarat, aku kena buat-buat terkejut waktu masuk kelas 6I. Haha...acting is easy, huh? Err...sorry guys....
Tuesday, March 20, 2012 | By: Luna Biru

Aku di March,20

Hari ini sudah genap 35 tahun menghirup udara di bumi Allah.

Bermakna, sudah 35 tahun juga aku menikmati segala sesuatu yang bernama kurnia yang sifatnya kadang bikin senang, kadang bikin sakit kepala.

Dan itulah maknanya hidup.

Terima kasih pada kamu-kamu yang selalu sayang aku.
Terima Kasih Tuhan.


Selamat ulang tahun untuk aku.

The Woman in Black is too depress



It is a supernatural thriller movie that promised you the scares experienced from the beginning till the end.

…well, at least, before the movie is close up with the most unsatisfactory ending.

Watching this movie remains me of the Malay movie which is giving more concentration for the scare part rather than the story itself. I haven’t read the book and I have no experience watching the former television series that presented in late 1980, so I cannot compare which is better than the other.
Monday, March 19, 2012 | By: Luna Biru
Saturday, March 17, 2012 | By: Luna Biru

John Carter is awesome!




It is a great experience watching John Carter after having enough with the Malay Movie. Let me say this loud and clear; The movie is awesome! It has enough excitement, enough romance, enough action and enough humor to keep everyone in the audience entertained. It has full of great special effects and charismatic characters which made me stayed entertained until the end of two hours and twenty minutes. Err... At least it was the movie for me.

Ke Majlis Kahwin dan Reunite


Ini majlis kahwin anak buah aku, si Aswad namanya. 

Apa yang mengujakan pada majlis ini ialah perkumpulan semula bekas-bekas unduk ngadau (huahuahua) yang sudah lama terpisah. Mimi di Lahad Datu, Kak Meng di Sepanggar, Ila di entah mana, aku tak sempat tanya tadi dan Ana, walaupun di Papar, tapi tak pernah terserempak di mana-mana. Itulah yang menariknya tentang istilah berziarah,kan? Akhirnya kami yang berjumpa di sini...
Wednesday, March 14, 2012 | By: Luna Biru

Lewat

Anis was celebrating her birthday on March, 10th.

But there's no such official celebration yet. Kami semua setuju untuk membuat double party pada 20 March, macam selalu, during mine. Aku terfikir-fikir juga kalau Anis sudah mulai dewasa dan mahu memonopoli hari lahirnya sendiri. But unfortunately, kami semua langsung tiada mood untuk berparty sebab baru saja sambut birthday Mizan minggu lepas.

Sunday, March 11, 2012 | By: Luna Biru

Filem-filem

Sepatutnya entry ni sudah lama aku uploadkan. Tapi memandangkan talian Celcom agak menyakitkan hati semenjak dua menjak ni, maka semua hasil taipan hanya dapat tersimpan dalam ‘draft folder’ sahaja. Uhh...I hate Celcom! Selalu saja ada masalah. Pernah juga tukar Maxis. Lagi kantoi.

Ok. Lupakan itu. Disingkatkan cerita, jom tengok rumusan filem-filem melayu terkini...dari sudut kacamataku.

Saturday, March 10, 2012 | By: Luna Biru

Program Guru Penyayang di SK.Surati Papar

Yang ni Acik
Program Guru Penyayang sudah mula dijalankan di sekolah kami bermula sejak Rabu lepas. Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.
Friday, March 9, 2012 | By: Luna Biru

Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar




10 Mar 2012 (Sabtu)
Semalam kena sms oleh pak GB untuk hadir ke Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar. Acara akan diadakan di Dewan Papar bermula seawal jam 7.30 pagi. Oh, bestnya, cikgu-cikgu sekarang sudah on call. 
Tuesday, March 6, 2012 | By: Luna Biru

Mizan's birthday celebration (a long delayed)



Hendak dijadikan cerita, hari ni barulah kami sempat buat majlis ulang tahun Mizan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Jan. Mizan sama kongsi birthday ngan cik Shafizah kita yang nun jauh di sebelah Laut China Selatan. Punca-punca tertangguh tidaklah pula diketahui dengan jelas. Ngeh...

Cuti sakit



Oh, tajuk macam gempak tapi sebenarnya bukan aku yang sakit, tapi si Abe. Dia diserang demam panas dan tounsil mungkin sebab terlalu berjemur di padang minggu lepas. 
Sunday, March 4, 2012 | By: Luna Biru

Malu

Ada cinta yang tak pernah dibisik
menari-nari dalam hati
sampai jantung pun jadi gila menahan detak
sampai kapan akal waras bertindak memahat adat
sedang berahi sudah tertuang-tuang tak keruan
menahan angau dan dendam.

Oh cinta, menjalarlah kau dalam nafsu
di lidah manusiaku
agar dapat kubisik terus ke sukmanya
bahawa namanya sudah kupaku mati dalam
jiwa wanita pemaluku.

Reward untuk anak-anak

Chicken Rice Shop, Suria Sabah, while waiting the order...
Ia adalah 3 minggu yang getir dan memenatkan. 

Banyak yang telah dikorbankan dan menjadi mangsa pada kesibukan yang bertalu-talu ini, terutamanya masa senggang untuk mereka yang bernama anak dan keluarga. 
Saturday, March 3, 2012 | By: Luna Biru

Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) - MonoloQue menampilkan Azlina Aziz


Tanggang versi moden. Tapi sayang Azlina Aziz langsung tiada dalam video ni.

But this is a great song!

Karnival Kokurikulum Sk.Surati


3 March 2012, Sabtu.

Karnival kokurikulum berlangsung dengan meriah sekali hari ini. Pelbagai aktiviti disediakan yang dilangsungkan dengan kerjasama yang padu oleh semua warga guru SAKTI. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. 

Err...formalnya bahasa aku...
Thursday, March 1, 2012 | By: Luna Biru

Bola Baling Friendly match SK. Surati vs Sk.Kuala


27 Februari 2012 (Isnin)

Sepatutnya entry ni aku masukkan lebih awal daripada entry MSSD Bola Baling yang telah terlanjur di post lebih awal tanpa mengikut urutan. 

MSSD Bola Baling Peringkat Daerah Papar (Lelaki)


1 March 2012 (Khamis)

Hari ni masuk hari kedua perlawanan bola baling peringkat daerah Papar bagi pasukan lelaki.

MSSD Papar kali ke 40 (Final day)



24 Februari 2012

Hari ini Anis berentap lagi dalam acara 4X200m. Err...aku tak menjangka apa-apa kejayaan setelah kalah teruk pada acara 4X100m dan lompat pagar kelmarin. Korang tahu-tahu sajalah acara berbaten-baten macam ni. Sorang salah, semua pun jadi salah. Sorang lambat, yang lain laju macamana pun memang susah mengejar.

MSSD Papar kali ke 40


23 Februari 2012.

Impian Anis untuk mewakili zon ke daerah tercapai hari ini. Syukur Alhamdulillah...Kejayaannya dalam acara saringan lompat tinggi telah melayakkan dia untuk terus mara ke final. Catatan masa Anis merupakan rekod baru yang memberikan satu sinar harapan untuk dia berentap di peringkat bahagian.