Lupa pulak aku mau cerita pasal kes yang berlaku pada 27 Ramadhan.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Kriteria pilihan
Pagi tadi seorang sepupu aku berkunjung ke rumah sempena gempak raya. Sudah lama tak jumpa sepupu aku sorang ni. Biarlah aku gelar dia sebagai abang Min.
Cucu Abol Hassan
Inilah antara cucu arwah Abol Hassan yang tersisa di KK. Selebihnya bermastautin tetap di Lahad Datu.
Key-in SAPS
SAPS...apa dalam bahasa sebenarnya pun aku tak tahu. Cuma akronim tu begitu popular sekali di kalangan guru-guru sejak akhir-akhir ni. Sampai naik cuak aku mendengarnya. Sana-sini ribut pasal hal yang sama.
Anak-anak dah besar
Hari ni tak ke mana-mana. Cuma lepak layan tamu di rumah. Hajat hati mau juga beraya. Tapi anak-anak aku hilang dari pagi beraya sampai ke petang baru pulang.
Syawal kami
1 Syawal 2011...
Alhamdulillah....bisa ku nikmati hari bersejarah ini untuk kali ke-34nya, bersamaan kali ke 14 bersama suami tercinta. Tahun ni giliran beraya di sini.
29 Ramadhan...persiapan akhir
Wah....banyak betul yang belum disentuh lagi. Padahal hari ni sudah 29 Ramadhan. Esok kompom raya walaupun belum ada pengumuman lagi. Sepanjang hari ni aku sudah 5 kali bolak-balik ke pekan beli persiapan. Penat gilak ooo....
Rezeki raya tahun ni
Alhamdulillah....
Nampaknya rezeki berlimpah ruah tahun ni. Hasil darpada penjualan biskut raya dan kek lapis cecah ribuan ringgit. Setelah dibahagi-bahagi duit modal dan gaji pekerja, maka inilah hasilnya...
Nampaknya rezeki berlimpah ruah tahun ni. Hasil darpada penjualan biskut raya dan kek lapis cecah ribuan ringgit. Setelah dibahagi-bahagi duit modal dan gaji pekerja, maka inilah hasilnya...
Sebuah pentengkaran
Dua hari kelmarin,tepatnya saat 28 Ramadhan, waktu baru balik dari bazaar ramadhan, ada pentengkaran terjadi berlokasi dekat dengan keretaku. Kukira mereka adalah pasangan suami isteri dan memarking kereta bersebelahan dengan keretaku. Dari bait-bait bahasa yang ku tercuri dengar, si suami marah benar ke isteri kerana menghabiskan banyak wang untuk membeli bunga.
Topeng haiwan
Ni pula lesson yang aku ajar untuk kelas tahun 2I (kelas si Acik) dalam topik Animal in the zoo. Kreatif juga bebudak ni buat topeng haiwan.
Persiapan menjelang pemantuan PPDa peringkat negeri
Aku sudah janji untuk tidak terlibat lagi dalam hal-hal PPDa nih. Tapi bila Noy minta tolong, mahu tak mahu aku turun tangan juga. Nah...inilah hasilnya...semoga Noy berjaya dalam misinya....Tahun lepas sudah bergelar juara negeri. Mudah-mudahan tahun ni disandang lagi Amin...
Sebuah pengorbanan sang ayah
Kreatif betul ciptaannya,kan? Penuh teliti dan penuh sempurna. Harapannya tersimpan dalam setiap kayuhan menuju ke pencarian sebuah rezeki. Semoga si anak mampu menghargai titik peluh pengorbanan si ayah.
Sungkai with kidz
Entah bila exactly tarikh kami sekeluarga bershopping kali kedua ni. Kamera aku tak set tarikh jadi aku terhilang panduan. Jez share here....aktiviti sungkai setelah penat bershopping. Kesian Acik sampai tertidur-tidur di kedai kasut menunggu abang-abangnya membeli kasut supra.
Shopping-Shopping weh!
Selesai saja semua tempahan dan penghantaran biskut raya, aku dan abang pun segeralah melalut ke KK untuk shopping 1 Malaysia. Haha....kira reward untuk diri sendiri lah...Sebenarnya hari tu dah setel semua bab-ban shopping ni. Tapi pasal ada rezeki lebih, so kami pun menambahkan lagi koleksi untuk menyesakkan almari dan koleksi peribadi.
Persahabatan selebar daun kelor
Waktu kecik-kecik dulu, saat tubuhku masih merah jambu, dan ubun-ubunku masih lembik, abah selalu masuk campur dalam urusan persahabatanku. Dia sentiasa mahu tahu siapa kawanku, dan apa yang telah aku lakukan sepanjang hari itu bersama kawanku. Aku menyifatkannya sebagai penyibuk. Tapi abah selalu menegaskan bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikanku. Baginya, dia perlu sentiasa ada di sisi aku dalam pencarianku memilih sahabat. Dia khuatir sekali aku salah memilih. Bukan kerana takut aku akan terpengaruh dengan negatif yang bakal dibawa sahabatku. Tapi kerana dia tidak mahu aku bakal kecewa dengan sebuah persahabatan yang tak pernah kita tahu jujur mulusnya.
Majlis Nuzul Quran
Jumaat, 25 August, 2011, sekolah kami mengadakan majlis Nuzul Quran peringkat sekolah. Tentatif program adalah untuk memberikan ceramah kepada pelajar mengenai sejarah turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan. Terus-terang, seronok sungguh ceramah ustaz jemputan kali. Memang ceria dan menghiburkan. Beliau dapat menyampaikan kandungan ceramah tersebut dalam bentuk yang mudah difahami murid. Atau...keseronokan itu sebab hari ni hari terakhir sekolah sempena cuti raya?
Biskut raya edisi Luna Biru
Alhamdulillah....Khamis itu, 24 August, 2011, semua tempahan biskut raya telah berjaya kami siapkan. Pada hari itu juga semuanya terus dihantar kepada pembeli yang sudah menempah sejak awal-awal lagi. Pada hari itu juga, kami menerima bayaran cash yang membuatkan segala kepenatan selama ini terasa sangat berbaloi.
Main bunga api
Petang tu aku dengan bongoknya membeli mercun dan bunga api berharga RM80 untuk anak-anak aku. Gila weh...bakar duit. Kalau aku beli tudung lagi best. Tapi, apalah bestnya raya kalau tak ada mercun dan bunga api,kan? Ni kes illegal lah ni...kalau kedapatan, huuu...naya aku...
Update terkini aku
Bersawang sudah mengkali aku punya blog ni. Dekat dua minggu aku tak tersentuh langsung laptopku sebab sibuk benar dengan aktiviti shopping dan tempahan biskut raya. Macam-macam hal berlaku yang tak sempat aku rakamkan mengikut masanya. Tapi tak apa...malam ni aku cuba updatekan sikit-sikit ya....
Ok, lets start with the latest story yang buat aku rasa agak terkilan sikit hari ni. Sebenarnya, perkataan terkilan tu pun bukannya istilah yang terbaik untuk gambarkan perasaan aku. Aku tak tahu istilah yang lebih lengkap...mungkin, lebih tepat kalau aku katakan....
"I'm SHOCK!"
Ok, lets start with the latest story yang buat aku rasa agak terkilan sikit hari ni. Sebenarnya, perkataan terkilan tu pun bukannya istilah yang terbaik untuk gambarkan perasaan aku. Aku tak tahu istilah yang lebih lengkap...mungkin, lebih tepat kalau aku katakan....
"I'm SHOCK!"
Kenduri arwah nendaku...
Malam 23 Ramadhan tahun 1993, adalah malam paling bermakna dalam hidup aku. Itulah kali pertama dalam hidup aku menghadapi sebuah kematian nyata di depan mata yang berkait dengan orang yang paling rapat dalam hidup aku. Pada malam itulah arwah nenek yang kupanggil mama meninggal dunia akibat sakit tua.
Jelaga
(Cerpen)
Aku masih ingat saat kau menjenguk aku di ruang mimpi dan ilusi yang mengganggu lenaku saban malam. Aku tidak ingat bila ianya bermula hinggalah mimpi itu mulai mendera nurani wanitaku. Aku tidak pernah sekalipun bermunajat untuk mengingatimu. Hanya saja hadirmu mengundang nestapa dalam kalbuku, memaksa aku meraih kembali memori yang telah kita cicirkan tanpa sebuah alasan yang benar-benar dimengerti.
Aku masih ingat saat kau menjenguk aku di ruang mimpi dan ilusi yang mengganggu lenaku saban malam. Aku tidak ingat bila ianya bermula hinggalah mimpi itu mulai mendera nurani wanitaku. Aku tidak pernah sekalipun bermunajat untuk mengingatimu. Hanya saja hadirmu mengundang nestapa dalam kalbuku, memaksa aku meraih kembali memori yang telah kita cicirkan tanpa sebuah alasan yang benar-benar dimengerti.
Kuih oh kuih
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih awet muda= Seri Muka
............Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit kronik= Batang Buruk
Kuih kaki pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
Kuih bangun sendiri= Kuih bangkit
Kuih org x mandi= BAU-LU
Kuih paling tenteram= Kuih makmur
Kuih paling lembap= kuih siput
Kuih kena marah= Kueh teow
Haha...aku dapat ni dari kawan aku si Connie Husny...lawak sungguh!
Sehelai mukasurat yang hilang
Kalau saja hatiku ini bagai lembaran kertas
pasti sudah kucabik satu helai
untuk kau baca
pada bahagian yang paling kuingin
kau tahu
saat pertemuan singkat kita
di rongga takdir yang terluas bicaranya.
Namun secabik kertas itu pun
takkan pernah bisa
menjadi saksi pada pemahamanmu
kerna nyatanya kenangan tentangmu
sudah enyah dari lipatan sejarah hidupku
bersama rupa-rupa alam yang pernah
membayangi langkahku.
Maafkan aku terlupa untuk mencatat sejarah
tentang kita
ataukah aku sengaja melewati mukasurat itu
agar tak bisa lagi aku membaca sepatah perkataan pun
tentang kewujudanmu.
Menu sungkai hari ke9 Ramadhan
Menu sungkai hari ke8 Ramadhan
Cuaca panas gila di Sabah
Memang teruk betul cuaca panas di Sabah sekarang ni. Menurut sumber Kosmo! darjah kepanasan sudah mencapai 38.1 darjah celcius! Subhanallah....
Kepanasan ini cukup terasa selama dua minggu ini. Minggu lepas, stor rumah kami terbakar waktu cuaca panas ni. Mungkin sebab dalam stor tu tersimpan banyak cermin lama dan buku-buku buruk yang akhirnya membiaskan cahaya matahari. Entahlah...teori akulah...
Dan petang ni, seekor ular padang telah tersesat ke dalam rumah kami dan bersembunyi masuk dalam bilik anak dara aku. Mungkin habitatnya sudah tercemar panas melampau menyebabkan anak ular ni mencari teduh dalam rumah. Panjang juga ular ni. Seram aku tengok. Nasiblah ada my superhero abah yang berjiwa pahlawan menyelamatkan keadaan yang genting tu.
Jelapang Kasih
Sejauh mata nan memandang
Seluas bendang tak bertepi
Berkilau berbumbung angkasa
Bila kulaung cinta
Namun tiada gema….
Jelapang kasih yang kutatang
Tiada bergunungkan sudi
Hanyalah pohon seadanya
Bila Kulaung cinta
Tiada balasnya
Bertepuk tangan,hanya sebelah
Itukah jawabnya
Tiadaku sangka….
(Chorus)
Jelapangku penuh dengan harapan
Kasih seluas alam di dalam penantian
Kasih ini berbenih permainan
Dari jelapang kasih…
Jadi jelapang pedih…
(Bridge)
Mengapakah begini
Aku menabur budi
Namun tumbuh tak sudi…
Bukan tagih simpati
Kepada yang tak kasih
Biarlah aku pergi…
Jelapang Kasih
Jelapang Pedih
Lagu/lirik/Susunan Muzik:Asmin Mudin
Penyanyi: Uchu CATS 2006
*lagu ini dinyanyikan oleh seorang sahabat. Cantik liriknya. Yup! That's Asmin Mudin. To my dearest friend, Uchu, doaku sentiasa menyusur antara lenamu...
Menu sungkai hari ke7 Ramadhan
Menu sungkai hari ni agak ringkas sekali kerana aku sudah lelah menjadi penghuni dapur. Maka aku hanya buat 1 menu utama saja, 1 jenis kuih dan satu jenis minuman. Namun istimewanya hari ini ialah kami berbuka dengan cara yang lebih unik. Abang mengajak kami semua bersila di lantai dan menikmati juadah sungkai dengan lebih keinsafan.
Melihat abang membaca doa sebelum puasa dibuka, ada sehiris rasa teruja dan haru muncul dalam hati wanitaku. Itulah...suamiku...imam pada makmumku, wali pada anak-anakku....Syukur alhamdulillah....
Melihat abang membaca doa sebelum puasa dibuka, ada sehiris rasa teruja dan haru muncul dalam hati wanitaku. Itulah...suamiku...imam pada makmumku, wali pada anak-anakku....Syukur alhamdulillah....
Menu utama : Nasi ayam panggang |
Rezeki anak-anak
Dua hari ni kami tak bersungkai di rumah sebabnya...ada jatah rezeki untuk anak-anak. Jadi kubawa dorang berbuka di luar. Sebenarnya kelmarin tidak berniat juga hendak berbuka di luar cuma pasal aku sibuk uruskan tempahan biskut raya sampai jadi malas mahu masak. Akhirnya kami berbuka saja di Restoran Juara yang menyediakan menu utama nasi ayam ala-ala Singapore Chicken Rice. Restoran ni merupakan tempat favorite anak-anak aku. Abang tak ikut sebab terlibat dalam majlis berbuka di sekolahnya. Kami berbuka beramai-ramai dengan para sepupu sepapat aku. Memang meriah!
Egoku
Semakin dekat menuju Syawal, semakin kuat debar di jantungku. Debar? Ah, ia bukanlah istilah terbaik untuk mengungkapkannya. Sebak. Itulah barangkali istilah terbaik untuk menggambarkan sebuah perasaan seorang aku kala ini.
Pastinya Syawal kali ini punya rentak yang berbeza dari sebelumnya. Sesuatu telah dirampas dari aku hingga aku tidak mampu lagi merai Syawal yang seharusnya gemilang kuraikan. Murni jiwaku telah dirampas dan dibawa pergi oleh si perampas yang haloba pada kehancuranku. Aku kini tidak mampu lagi menjadi pemberi paling setia.
Pastinya Syawal kali ini punya rentak yang berbeza dari sebelumnya. Sesuatu telah dirampas dari aku hingga aku tidak mampu lagi merai Syawal yang seharusnya gemilang kuraikan. Murni jiwaku telah dirampas dan dibawa pergi oleh si perampas yang haloba pada kehancuranku. Aku kini tidak mampu lagi menjadi pemberi paling setia.
Sebuah kisah di 4 Ogos...
Hari ini 4 Ogos....
Ada sesuatu di masa silam tentang tarikh ini. Sesuatu yang mengajar aku tentang makna sebuah cinta. Ia adalah sebuah hari yang telah derasnya mengubah seorang remaja nakal kepada seorang gadis yang begitu berambisi tentang cinta. Ya. Tarikh itulah...kira-kira 15 tahun lalu aku nekad menyerah perawan kasihku pada seorang jejaka yang telah merampas waras hidupku...Tidak pernah terfikir di benakku bahawa aku akan sebegitu nekad memaling harga diriku dan meletakkannya pada sekeping sampul surat agar rasa itu sampai terus ke jantung si pencuri hati.
Lalu itulah permulaannya.
Ada sesuatu di masa silam tentang tarikh ini. Sesuatu yang mengajar aku tentang makna sebuah cinta. Ia adalah sebuah hari yang telah derasnya mengubah seorang remaja nakal kepada seorang gadis yang begitu berambisi tentang cinta. Ya. Tarikh itulah...kira-kira 15 tahun lalu aku nekad menyerah perawan kasihku pada seorang jejaka yang telah merampas waras hidupku...Tidak pernah terfikir di benakku bahawa aku akan sebegitu nekad memaling harga diriku dan meletakkannya pada sekeping sampul surat agar rasa itu sampai terus ke jantung si pencuri hati.
Lalu itulah permulaannya.
Menu sungkai hari ke4 Ramadhan
Salam ramadhan semua...
Hari ni masuklah hari ke 4 kita berpuasa. Aku pun mula kekeringan idea untuk membuat variasi dalam juadah berbuka untuk keluarga aku. Biasalah...bukannya expert sangat pun. Hihi...Cuma aku harap masuk hari ke 4 ni pengurusan masa aku lebih baik dari sebelumnya supaya senang aku nak berkarya sikit. Resolusinya, memang bajet masa ku lebih baik cuma....semua macam tak menjadi. Kek butter marble aku hangus, agar-agar ros pandan aku keras dan....uri meroyan aku pun mulalah mencanak-canak naik. Hampeh!
Hari ni masuklah hari ke 4 kita berpuasa. Aku pun mula kekeringan idea untuk membuat variasi dalam juadah berbuka untuk keluarga aku. Biasalah...bukannya expert sangat pun. Hihi...Cuma aku harap masuk hari ke 4 ni pengurusan masa aku lebih baik dari sebelumnya supaya senang aku nak berkarya sikit. Resolusinya, memang bajet masa ku lebih baik cuma....semua macam tak menjadi. Kek butter marble aku hangus, agar-agar ros pandan aku keras dan....uri meroyan aku pun mulalah mencanak-canak naik. Hampeh!
Kek butter marble yang dicorak spider web oleh Abe |
Nikmat melukaimu
Entah kenapa aku begitu merasa nikmat
meninggalkan mu dalam rasa bersalah
hingga aku teryakin puas
bahawa kau benar-benar terluka.
Ah...seharusnya aku melakukannya dari dulu lagi
supaya tak perlu aku diburu resah mengingatimu
hingga tersejat pesona setiaku
pada rupawan kasih yang selalu
sedia untukku.
meninggalkan mu dalam rasa bersalah
hingga aku teryakin puas
bahawa kau benar-benar terluka.
Ah...seharusnya aku melakukannya dari dulu lagi
supaya tak perlu aku diburu resah mengingatimu
hingga tersejat pesona setiaku
pada rupawan kasih yang selalu
sedia untukku.
Variasi tart versi Luna Biru
Tart cheese dan tart buah merupakan resipi favorite aku. Oleh kerana hampir kesemua ahli jemaah di rumah ni tak berapa minat dengan kedua benda ni, so ada chance lah aku melantak sorang-sorang benda ni. Haha! Puas hatiku!
Kecuali untuk resipi tart telur yang menjadi idaman kesemuanya. Aku tak berapa mahir buat tart telur berbanding umi. Sesuatu yang paling unik pasal pastri tart umi ialah ianya agak rangup dan berperisa mentega vanila yang agak terasa di lidah. Memang sedap sungguh!
Kalau mau rasa, singgahlah ke bazaar ramadhan setiap petang.
Kecuali untuk resipi tart telur yang menjadi idaman kesemuanya. Aku tak berapa mahir buat tart telur berbanding umi. Sesuatu yang paling unik pasal pastri tart umi ialah ianya agak rangup dan berperisa mentega vanila yang agak terasa di lidah. Memang sedap sungguh!
Kalau mau rasa, singgahlah ke bazaar ramadhan setiap petang.
Resipi Cheese Cake versi Luna Biru
Terharunya aku bila my best friend Melati Atie minta aku resipi cheese cake yang aku buat semalam. Sebenarnya aku malu mau berbagi resipi ni sebab resipi aku ni pun bukannya betul sangat. Sama macam prinsip masakan aku, semuanya ada short cut. Original resipi ni aku dapat dari chef Noraini untuk kek span. Untuk lapisan cheesenya pula aku dapat dari kedai bakery tempat aku beli bahan kuih di Papar; Let's Bake. Aku namakan kek ni versi Luna Biru sebab semuanya sudah aku modifikasikan mengikut kemampuan dan kesenangan aku. Yang penting....jadik!
Menu sungkai hari ke3 Ramadhan
Hari ni agak kelam kabut sikit sebab pulang sekolah saja aku tertidur sebab cuaca panas sangat. Jam 4 baru aku mula beraksi di dapur. Fuh! Berantakan semuanya! Abang pula tiada hari ni sebab sibuk buat persiapan untuk Penyerahan Netbook 1 Malaysia esok bagi zon Kawang. Cheif assistant aku si Abe pula demam panas. Terpaksalah aku sorang-sorang di dapur.
K. Inilah menu kami hari ni yang boleh aku share dengan korang suma. Tidak seperti yang aku plan tapi bolehlah....
K. Inilah menu kami hari ni yang boleh aku share dengan korang suma. Tidak seperti yang aku plan tapi bolehlah....
Menu utama : Soto ayam. Cadangan mau buat sup gear box. Tapi tiada masa sudah mau lembutkan daging. Huhu... |
Ramadhan dan kisah kita I
Ramadhan...
Pastinya setiap kita punya ceritanya sendiri. Kisah yang manis dan lucu, juga menyakitkan, bahkan pastinya punya rahsianya sendiri. Ramadhan itu adalah himpunan sebuah kisah yang bisa kita bukukan untuk dikongsi bersama dengan generasi dunia hari ini.
Aku masih ingat kali pertama belajar puasa. Ketika itu, usiaku baru menganjak 9 tahun. Hari pertama puasa aku cuma mencapai sekerat hari saja. Pecahnya puasaku kerana tidak tahan dengan godaan bau bubur ayam yang umi masak untuk adikku yang baru berusia setahun. Tipis betul imanku waktu tu. Bila abah tahu aku ponteng puasa kerana alasan yang begitu kecil, dia marah betul. Abah denda aku tak boleh berbuka bersama dan cuma boleh tengok saja sepanjang dorang makan. Sedih betul aku waktu tu dan aku nekad akan menghabiskan puasaku keesokan harinya.
Menu sungkai hari ke2 Ramadhan
Kelmarin aku tak sempat bajet masa sampai semuanya jadi berantakan. Lagipun kelmarin masak simple saja, mee kon low dengan pegedel daging. Pencuci mulut sempat buat puding mangga saja dan jus apple merah. Tapi hari ni, awal-awal lagi aku dah ready. Pulang sekolah saja, aku sudah mula beraksi. Dan...taraaa......inilah menu kami hari ni. Memang mantop gilak!
Telur bungkus ditempah khas oleh umi. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
August
(48)
- Girlfriends
- Kriteria pilihan
- Suami seorang rakan
- Cucu Abol Hassan
- Key-in SAPS
- Anak-anak dah besar
- Malam terakhir sebuah harapan
- Jangan tunjuk kepala sendiri
- Syawal dulu dan kini
- Syawal kami
- 29 Ramadhan...persiapan akhir
- Aku punya kehidupan?
- Rezeki raya tahun ni
- Sebuah pentengkaran
- Kaunter pembayaran zakat
- Topeng haiwan
- Persiapan menjelang pemantuan PPDa peringkat negeri
- Insiden si Abe
- Sebuah pengorbanan sang ayah
- Sungkai with kidz
- Shopping-Shopping weh!
- Persahabatan selebar daun kelor
- Majlis Nuzul Quran
- Biskut raya edisi Luna Biru
- Main bunga api
- SONY NEX 3
- DELL inspiron
- Update terkini aku
- Kenduri arwah nendaku...
- Kateringku
- Jelaga
- Kuih oh kuih
- Sehelai mukasurat yang hilang
- Menu sungkai hari ke9 Ramadhan
- Menu sungkai hari ke8 Ramadhan
- Cuaca panas gila di Sabah
- Jelapang Kasih
- Menu sungkai hari ke7 Ramadhan
- Rezeki anak-anak
- Egoku
- Sebuah kisah di 4 Ogos...
- Menu sungkai hari ke4 Ramadhan
- Nikmat melukaimu
- Variasi tart versi Luna Biru
- Resipi Cheese Cake versi Luna Biru
- Menu sungkai hari ke3 Ramadhan
- Ramadhan dan kisah kita I
- Menu sungkai hari ke2 Ramadhan
-
▼
August
(48)