Monday, March 2, 2015 | By: Luna Biru

simposiumku

Bila kupejam mataku, yang terbayang adalah betapa hebatnya aku berdiri di atas pentas dan membuat presentation talk aku.

Kesalkah?

Entah. Aku masih ingat betapa terujanya aku hari itu saat Kerrilee memberitahu tentang simposium ini. Bersemangat aku dan Maria membina angan-angan P&P sambil menikmati pizza di Beringis Resort. Maria menyimpan harapannya padaku. Dan aku menggantungkan mimpi di langit. Aku percaya aku ditakdirkan di situ
...

Tapi,

kita cuma merancang. Tuhan menentukan segalanya. Idea reshuffling guru2 BI sedikit sebanyak memberi impak pada mimpi itu. Aku kehilangan hak menjadi mentee dan digugurkan dalam Program ELTDP. Aku dah tak layak ke sana lagi. Terima kasih pada si pembunuh impian. Semoga Tuhan menggantikanku dengan suatu hal yang lebih baik.

Sungguhpun aku masih boleh berkeras untuk memilikinya kembali, tapi halangan kemudiannya muncul lagi untuk membuatku akur bahawa takdir itu bukanlah untuk aku. Abang silap. Aku bukan ratu di pentas itu. Ini hidupku. Aku ditakdirkan menjaga kamu, memelihara anak-anak. Dan aku bahagia dengan pengorbanan itu...sungguhpun ia melelahkan. Bukan lelahku kerana aku benci, tapi kerana kudratku sudah semakin tua...

Jadi,

Selamat tinggallah untukmu....simposiumku. Keep on going, Kak Lela. You deserve to be there. Amin...

0 comments:

Post a Comment