Monday, July 14, 2014 | By: Luna Biru

Goal Post

Kurang dua minggu menuju Syawal.

Kau faham tak kita cuma ada kurang dari separuh masa terakhir? Masa tambahan tak wujud dan kita tak mungkin nak jaringkan apa2 gol dalam masa paling singkat ini.

Aku tak tahu apa perancangan Tuhan.

Tapi percayalah, Tuhan.

Aku sudah benar2 putus asa. Sakit ini pula sudah jadi seperti jurulatih tambahan tepi padang. Kudengar suara jerit pekik penonton atas astaka bersorak gempita. Itu ibarat suara gundah hati aku.

Bolehkah kuserahkan button tugas ini ke tangan yang lebih berhak?

Aku bukan captain mahupun mid field. Apalagi si tukang jaring. Aku bukan siapa2 atas padang ni. Aku dah cuba buat yang terbaik untuk pasukan ni tapi nampaknya setakat ini sajalah kemampuan aku.

Wahai tuan pengarah atas langit, silalah ambil tindakan.

0 comments:

Post a Comment