Friday, March 14, 2014 | By: Luna Biru

direktor picisan

Speechless...

Kali ini mulutku betul-betul terbungkam. Aku cuma mampu melopong penuh kehairanan, terpinga-pinga men cari kepastian lalu kemudiannya memaksa diriku menerima hukum mandotori yang telah dijatuhkan pada kami. Kasihan nasib12 orang pemain bola balingku. Malang sungguh mereka ber'kepala'kan aku yang langsung tak punya kekuatan untuk membela nasib dan hak dorang. Lebih malang lagi bila mereka selalu terdektasi dan dapat membandingkan betapa ketaranya unsur nepotisme dan krononisme antara mereka dan pasukan lainnya.


Memang daif sekali bila nasib kita berada di tangan orang lain. Memang hebat bila kita punya kuasa untuk menentukan 'yes or no'. Memang teruja rasanya bila kita mampu pengaruhi orang lain untuk ikut keputusan kita. Akhirnya, anak-anak kecil jadi mangsa. Baiklah. Tak perlu peduli hatiku yang gundah dan rasa macam nak mengamuk ni. Tolong fikirkan saja perasaan pemain-pemain cilik itu semua. Mereka sudah gigih berlatih setiap petang, mengorbankan masa sekolah agama, sanggup berlapar kerana tak punya kenderaan untuk pulang, sanggup tebalkan muka menumpang rumah orang semata-mata nak realisasikan impian bola baling. Tapi malangnya, hanya kekecewaan yang mereka dapat. Kalah sebelum berjuang. Mati sebelum bertarung.

Aku tak tahu di mana silapnya.

Mungkin GB ku tak baca surat jemputan rasmi yang bertanda tangan PPD sampai dia tersilap perhitungan mempertahankan sesuatu yang beristilahkan MMI, walaupun istilah itu tidak disebut secara nyata. Alasan yang diberikan padaku kedengaran sangat tidak logik. "Tidak dibenarkan kecuali sebelah petang k..." Lucu amat. Aku nak bertanding dengan siapa waktu petang kalau jadual perlawanan diadakan sebelah pagi? So ridiculous. Nampak sangat tak alert.


Mungkin abang betul. It's time for me to fly away from this. Hijrah sekali lagi. Dulu niatku ke sekolah ini juga atas nama hijrah. Nampaknya niat itu terpaksa di reset balik. Cukuplah segala ketidakadilan. Aku kena terima hakikat. Aku ni memang tak akan pernah jadi sesiapa kepada sesiapa pun.

Atas segala apa yang berlaku, aku redha. Allah adalah sebaik-baik penilai. So, biarlah Dia saja yang menentukan.

Amin.

p/s : Dalang tok dalang menari-nari di belakang pentas.

0 comments:

Post a Comment