ARTIFAK DALAM BOTOL
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
FG Salmah 2020
2021
Loss
Aku ingin berteriak mencaci maki egomu.
Ya.
Demikian sakitnya hatiku sampai memaksa aku menulis di sini kerana aku sudah kehilangan kekuatan untuk bertengkar denganmu.
Kau tahu sakitnya seperti apa?
Tidak.
Kau takkan pernah tahu.
Kerana kau tak pernah merasakannya.
Kerana kau belum benar2 pernah bersungguh2 memberi pada tahap yang aku memberi.
Aku ingin berteriak dan mencaci maki egomu.
Sungguh.
Seperti selalu dan dulu.
Seperti sebelumnya.
Tapi aku sudah terlalu tua untuk semua itu.
Tua dan sekarat.
Entah kapan pula egomu menua setua usia.
Manifestasi Perkahwinan
Saat dia menatapku dengan semburan berbisa dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia memang takkan berubah.
Dia hanya menangguh masa. Menanti datangnya alasan untuk berbalah-balah kerana itulah cara hidupnya.
Namun bukanlah kenyataan bahawa dia tidak dapat berubah itu yang mengecewakan aku. Tapi hakikat bahawa aku tidak pernah dapat benar-benar mengubahnyalah yang sebenarnya membunuhku.
Kenyataan itu lebih menyakitkan dari dibenci, tidak dicintai, mahupun tidak menjadi keutamaan lagi. Aku mengutuki diriku yang gagal menukarkan peribadi jeleknya kepada yang lebih baik. Aku menyumpahi diriku yang tidak mampu menjadi inspirasi baginya untuk menjadi pemimpin di negeri kecil. Kegagalan itu membawa maksud bahawa aku bukanlah pendamping yang disayangi Allah. Pasti peribadiku sendiri melompang di mana-mana hingga ketirisan akhlak berulang2 kali terjadi.
MANIFESTO PERKAHWINAN
Coming soon.
Lunazura
Pengongkong II
Lagi berkisah tentang sahabat pengongkongku.
Mungkin dia mulai sedar yang dia tidak dapat menjinakkan aku dengan kuasa autonominya. Maka dia pun mulai uring-uringan sendiri. Lalu operasi mencari kelemahan dan kesilapanku dilakukannya; baik secara senyap mahupun terang-terangan.
Baiklah.
Jujurnya, aku kecewa juga. Semakin hari, dia makin melampau. Terserlah bodohnya di mana2. Syukurlah dia jumpa aku dalam usia matang begini. Kalaulah dia jumpa aku waktu darah muda masih menggelegak dalam diri, mungkin nasibnya juga akan berakhir dengan pil penenang seperti mangsa marahku sebelum ini.
Ah.
Drama Queen. Orang macam dia banyak bersepah dalam dunia. Kita akan menemukan duplikasi sepertinya di mana2. Mereka ada dalam setiap kurun dan zaman. Namun berapa kali pun kita melalui pengalaman ngeri dengannya, hati manusia kita tetap akan terluka juga. Dan dia... hanyalah satu daripada rusuk yang bengkok.
Ustaz Hisyam
Ini kisah tentang Ustaz Hisyam.
Dulunya, dia rakan semaktab; sama2 muda dan nakal. Kini, dia menjadi rakan sekerja; nakalnya masih ada. Namun warak dan akhlaknya sudah bercabang matang.
Mengenali Ustaz Hisyam dalam versi berbeza, sedikit sebanyak memberi impak dalam hidupku. Sebagai pemikul tanggungjawab seorang Al-fadhil, kurasa, dia sudah menjalankannya kewajipannya dengan baik sekali. Bahasanya yang bersahabat saat memberi peringatan dan teguran, meski adakalanya menjengkelkan tapi tetap mengesan aura yang mendalam. Lantunan doanya mampu memberi sengatan di nurani yang kontang. Keperihatinannya adalah kejituan dirinya. Prinsip hidupnya mudah, hidup biar berbakti, dan jangan menyakiti.
Beruntunglah murid2 SK Kuala yang pernah berada di bawah didikannya. Beruntunglah dia sebagai manusia yang mampu memberi manfaat dunia dan akhirat pada orang lain. Beruntunglah aku mempunyai kesempatan bekerja dengannya. Dia, adalah jambatan yang mampu membuat jatidiri dan iman manusia menjadi lebih baik. Beruntunglah ibunya, beruntunglah anak2nya.
Masya Allah.
Semoga aku dapat mendidik anak2 lelakiku menjadi manusia berjiwa protogonist seperti itu. Semoga aku dan abang dapat menanam dan menyemai benih2 ilmu dan iman dalam hidup anak2 kami. Semoga kelak, anak2ku dapat membimbing keluarganya menuju jalan yang lebih baik.
Terus-terang saja, seumur hidup bergelar guru, aku tak pernah menemukan karakter ustaz seperti ini. Syukurlah aku diberi peluang menyelami makna seorang mursyid.
Semoga Allah sentiasa merahmati kau dan keluarga mu ustaz.
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.